CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7308|Reply: 31

[Tempatan] Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang

[Copy link]
Post time 21-5-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-5-2024 08:41 AM

Kadang-kala, kita tidak kisah untuk makan di sesebuah kedai makan yang lenggang kerana berniat mahu membantu mereka sahaja. Bagaimanapun, sebahagian kedai itu mungkin lenggang kerana ada “sebab” di sebaliknya.




Baru-baru ini, seorang pengguna X telah berkongsi satu ciapan mengenai bagaimana niat baiknya mahu membantu sebuah kedai makan yang lenggang hanya memakan diri.

Menurut individu berkenaan, dia telah menjamu selera di sebuah restoran dek kerana kasihan dan mahu memberikan sokongan memandangkan kelihatan suasana sepi dengan kehadiran pelanggan yang sedikit.

Namun pilihan tersebut telah memakan diri sendiri sekaligus membuatkan individu itu serik untuk mudah merasa simpati terhadap sesebuah kedai makan lagi.

“Nota untuk diri sendiri. Jangan cepat kesian dekat kedai yang tak ramai orang datang. Ada sebab kedai dia tak ramai. Steady lauk berapa hari punya dia panaskan ni?” tulis individu tersebut di laman X.

Dalam pada itu, dia turut memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan hidangan yang dimakan di kedai makan tersebut, iaitu sambal ikan dan sayur bayam.

Walaupun tidak basi dan kelihatan normal pada luarannya, individu terbabit mendakwa lauk-pauk itu telah dipanaskan beberapa kali selepas sudah merasainya.

Individu itu bagaimanapun tidak menyatakan nama dan lokasi kedai makan yang dimaksudkan di dalam perkongsiannya.

Menelusuri ke ruangan komen, netizen turut bersimpati dengan nasib individu itu dan berkongsi pengalaman serupa yang dialami. Menariknya, ramai juga berkongsi tips untuk memilih hidangan di sesebuah kedai makan yang tidak pernah dikunjungi.

“Selalunya ikan/ayam goreng tak habis hari ini, esoknya diolah jadi menu lain seperti di gambar. Jika nak juga, ambil ikan goreng sebab bole nampk fresh ke tak, lepas tu baru ambil sambal dari tempat ikan sambal tu,” kongsi seorang netizen.

“Betul tu. Belajarlah dari pengalaman. Kedai ramai orang, lauk cepat habis. Masak pun sedap barangkali dan murah sbb tu ramai. Kurang kemungkinan mereka simpan dan perangat balik lauk dan jual,” tulis seorang netizen lain.

“Kena dah tadi, nasi dengan ayam goreng 8 ringgit. kedai ramai orang yang selalu aku pergi baru 5 ringgit,” ujar seorang netizen bahawa harga juga boleh berubah bagi kedai yang tidak ramai pengunjung berbanding yang popular.

Dalam pada itu, mereka juga mengatakan sudah mempelajari perkara itu berdasarkan pengalaman dan akan lebih berhati-hati di masa kelak dalam membuat sesuatu kebaikan.

SUMBER
x

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun tidak basi dan kelihatan normal pada luarannya, individu terbabit mendakwa lauk-pauk itu telah dipanaskan beberapa kali selepas sudah merasainya.

Macam mana dia tau lauk tu semua dah reheat banyak kali ada rasa lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ni rumah ke nk perangai byk kali..xnk rugi tp caj harga lauk lama lauk baru sama je..xde discount sikit pun..hmm..

Hotel tu boleh je buang lauk lama..why kedai xmampu nk buat benda sama..bab harga boleh plak nk ikut level2 hotel bila caj
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:42 AM | Show all posts
Biasa peniaga camni dah la makanan reheat pastu caj mahal plak. Pastu dok over thinking org sabotaj la, guna mak esah la, takde rezeki la dan paling glamer "ni la Melayu". Amenda laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:45 AM | Show all posts
kalau ayam digoreng balik kita bole tau bab keras dia tu..kalau bab yg berkuah tak pasti pulak camne.pernah kena banyak kali tiap kali gi bazar ramadhan area kl..beli ayam dapat yg semalam siap berbau lagi..sumpah seranah aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Menda biase.
Nak² org ni mkn lauk ikan.
Ikan selar/pelaling ulang² perangat dia jd liat walau ko recycle wat sambal ikan.
Kt umah aku ni lauk sambal ayam mmg slalu sgt org bniaga wat mcm ni.
Ayam grg semlm yg xabeh hat tu la dia guna utk sambal ayam hari ni.
Ko mkn ko tau la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2024 10:53 AM | Show all posts
ohhh...nanti viral kata pagi2 jumpa duit syiling berterabur kat kedai, ada tanah kubur...yg sebenarnya niaga tak pandai tapi salahnya bomoh siam
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kedai melayu selalu mcmtu kn .nk suruh laku tp masak xsdp..bila dh sdp n laku sikit mula la kedekut kuah..kedekut ayam
teringin lak ns berlauk..dah lama xmkn..
kt area rimbayu ada kedai nasi kerabu ..sdp jgk nasi kerabu tu..nk cheat la ahad ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 10:56 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 21-5-2024 09:58 AM
Walaupun tidak basi dan kelihatan normal pada luarannya, individu terbabit mendakwa lauk-pauk itu te ...

kalau ikan atau ayam tu
rasanya dah keras kejung macam kau kunyah batu atau selipar jepun

aku terkena juga
aku tunggu orang tak ada
aku sound kat peniaga tu tentang ayam sambal aku yg rasa mcm kayu kering
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 10:58 AM | Show all posts
Tula pernah gak terkena. Servis laju tapi makanan keras batu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:05 AM | Show all posts
kedai beratur ramai ada 2 sebab satu sedap satu lagi lembab

kedai org tak ramai plak sebab tak sedap, mahal, seller mcm taik
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
lengang - tak meriah

lenggang - gelek pinggang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 11:32 AM | Show all posts
pastu tuduh orang bomoh, santau, toyol, pocong, etc

rupa2 nya diri sendiri servis tak bagus dan pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:11 PM | Show all posts
nak2 klu kita pi jalan2
singgah makan jap alas2 perut
sekali makan gitu yg dapat
geram, sedih semua ada


why ya org kita ni klu meniaga tangkap muat je
padan la tak kaya2
duk takat tu despite meniaga dah lama


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
nak berniaga tapi cara salah
nanti bila jadi apa2 mulalah salahkan itu ini
diri sendiri tetaplah betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tokchik replied at 21-5-2024 10:56 AM
kalau ikan atau ayam tu
rasanya dah keras kejung macam kau kunyah batu atau selipar jepun


Rasanya iols penah termakan sebelum ni. sambal ikan goreng, ikan rasa agak keras macam goreng terlampau rangup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn nk acah2 baik nk tolong org..
last2 ko kena sembelih balik..
kalau kedai mkn ni better pilih yg ramai org & laku giler..so mkanan dia sentiasa habis..
takda la jd lauk recycle
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah korang sama jugak kah masak sekuali sotong separuh makan inihari separuh masuk petias esok hari makan
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lauk makin sedap bila dipanaskan berkali2 tp bukan semua lauk laa yer
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 08:05 PM | Show all posts
kt RnR byk cmni..

tapi biasa org tgh lapar, mana nk check smua ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.137011 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list