View: 12169|Reply: 85
|
Remaja maut dipercayai keracunan makanan lepas makan telur mata
[Copy link]
|
|
Gombak: "Isteri membawa pulang mihun dan telur mata selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin dan dimakan kami lima beranak," kata seorang lelaki dikenali sebagai Kamal yang kematian anak lelakinya berusia 17 tahun dipercayai akibat keracunan makanan, hari ini.
Kamal berkata, hanya dia, isteri dan anak lelaki makan telur mata berkenaan, manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan mihun.
Menurutnya, arwah makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut hingga hari ini.
"Hari ini, saya ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, saya terkejut kerana anak sudah meninggal dunia di rumah.
"Saya difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program terbabit," katanya kepada Harian Metro hari ini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
"Bagaimanapun tiada pelajar sekolah itu yang terbabit dengan kes keracunan.
"Seramai 33 guru yang juga urus setia terbabit dan dakwaan membabitkan dua kematian membabitkan pihak ketiga (orang luar)," katanya.
Beliau berkata, Jais masih menunggu laporan untuk mengesahkan kes kematian ini.
Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah…kalau keracunan makanan…sakit perut…muntah dan cirit…jgn tangguh2 nak pi hospital…bahaya tau… |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti rs luluh hati blk klinik, anak dah meninggal...asbab nk meninggal dirumah, mesti ayah/mak ajak g klinik sekali,dia xnk pergi (ni agakkan den je la)..
Innalillahi wainna ilaihirojiun...moga Allah SWT mengampuni dosa2mu dik dan merahmatimu... Amin ya rabbal a'lamin |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah
tapi murid lain takde pulak kena keracunan kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp jap, murid yang lain ok je.
X kan telur yang ade salmonella hanya kat 5 biji yang ahli keluarga ni bawak balik je? |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 10-6-2024 11:52 PM
Tp jap, murid yang lain ok je.
X kan telur yang ade salmonella hanya kat 5 biji yang ahli keluarga n ...
Mungkin salah satu telur tu dah tercemar
Dalam setandan pisang
Belum tentu semuanya gebus
Eh tiber |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
sedihnya balik rumah anak dah meninggal
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun
Kalau dah ajal tp camner blh kena dkt diarg je. Mkn lambat sgt sampai telur tu rosak atau telur tu tercemar dr awal. Tp aiol biar je telur hampir seharian dkt atas meja tu alhamdulillah okay je . |
|
|
|
|
|
|
|
Seram pulak baca berita ni,aq pon suka makan telur mata lembu ni...takziah pada keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Semoga punca sebenar akan diketahui segera.
Saya pun suka makan telur mata. Tapi kalau telur tu dah lama sangat dan agak cair bila dipecahkan, memang buang terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KamikuP at 11-6-2024 02:23 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Ya Allah kesiannya.
Balik rumah tengok anak dah meninggal. Dah le nak ambik SPM tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
takkan famili ni je yg dapat telo tercemar
anak lelaki makan 3 biji, dia laki bini contoh makan sorang sebiji
dah 5 biji di situ...
dak2 lain takkan takde yg makan
biasa telo mate ni laris maris
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengar berita ni.Seram jugak la nak bawak balik makanan dari majlis2.takut berlaku mcm ni dekat anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa lama dah budak tu cirit dan muntah baru nak bawak ke klinik? Boleh pulak ingat budak tu ok dan takde apa2. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dah lebih dari 4 jam. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akuMNdia at 11-6-2024 12:27 PM
ada lg sorang budak meninggal
Polis sahkan dua maut keracunan makanan disediakan program sekolah
Gombak: Polis mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut dipercayai akibat keracunandaripada makanan yang disediakan di sebuah sekolah di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.
"Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan yang dibawa balik oleh ibunya daripada satu program di sebuah sekolah di sini. Mangsa serta ibu dan bapanya mengalami cirit-birit selepas memakan makanan itu kelmarin.
"Jam 1.30 tengah hari semalam mangsa mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999 dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mangsa kedua adalah anak kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah berkenaan.
"Jam 10.45 semalam mangsa mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Selayang bagi tindakan lanjut," katanya.
Katanya, siasatan setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).
Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 01250118901, atau Ketua Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad 0142389151.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang remaja maut selepas dipercayai memakan tiga biji telur mata yang dibawa pulang oleh ibunya daripada satu program di sekolah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.
Menurutnya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 11-6-2024 12:32 PM
slyfynx replied at 10-6-2024 11:52 PM
Tp jap, murid yang lain ok je.
X kan telur yang ade salmonella hanya kat 5 biji yang ahli keluarga n ...
Ada sorang lg budak mati anak mak gad
Umur 2 tahun
Maybe maknya tapau juga bawak balik telur tu
Iols penah kena keracunan lps mkn sik lemak telur mata
Masuk wad dekat seminggu, sakit gila perut mcm kena hiris.
Tak lalu mkn sudahnya kepala sakit sgt, air dah kurang dlm badan segalanya dah kurang
Pikiran jd melayang2 bila melangkah rasa tak pijak lantai.
Dah g klinik tp tak hilang2 sakit perut jd suami iols bawak g emergency plak
lepas masuk air sakit kepala hilang dan tiba barula rasa cam lapar nk mkn.
Tgh malam kul 10.30 masa tu kena tahan wad la. Misi bg la nasi sbb iols tiba2 rasa cam kebulur sgt.
Tp perut masih sakit duk ulang toilet je la, seksa la nk g toliet ngn tgn masih ada branula dan tube segala tu.
Syukurlah iols selamat kalau tak g sepital maybe melayang gak nyawa sbb air dan gula, garam mineral semua mmg dh kurang dlm badan.
|
|
|
|
|
|
|
|
telor kuning tu gamaknya ek, aiol tak suka tolo kuning tak masak/ separuh masak.. takziah pd family..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|