View: 44631|Reply: 59
|
Tonggang Terbalik Selama 10 Minggu, Membawa Pulang RM150,000!
[Copy link]
|
|
Edited by DidiAndFren at 15-7-2024 12:23 AM
Program The Hardest Singing Show yang mempertaruhkan kemantapan vokal serta ‘showmanship’ para peserta di atas pentas bagi merebut gelaran juara akhirnya melabuhkan tirainya, hari ini.
Penyanyi Aepul Roza dinobatkan sebagai juara dan sekali gus berjaya membawa pulang RM150,000. Tahniah!
Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.
Menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa setiap minggu dan pernah meraih tempat pertama sebanyak dua kali, Aepul sememangnya calon peserta yang layak menerima gelaran juara The Hardest Singing Show.
Menurut Aepul, dia berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang perjalanannya di dalam program ini.
Program yang bersiaran selama 10 minggu itu turut menyaksikan Ayda Jebat sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh Stacy dan keempat pula dimenangi oleh Aisha Retno. Stacy membawa pulang RM10,000 manakala, Aisha Retno membawa pulang RM5,000.
Vokalis kumpulan Madam iaitu Putera Muhammad mendapat tempat kelima dan pelantun suara ‘Eh’ Zizi Kirana mendapat tempat keenam. Kedua-dua mereka membawa pulang RM5,000.
Bagi Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa dimenangi oleh Stacy. Stacy berjaya membawa pulang RM10,000 tajaan Alha Alfa
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg lompat mcm monyet tu |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaikk aepol ...suara boleh maintain...harap dpt compose lagu yg terbaikk dan masuk AJL lagi... Stage Presentation dah well establish dah..perlukan material lagu yg berkualiti pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Iols peminat suara Nina Nose...dap eh chouls nyanyi lagu makiti tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah
Walaupun satu episod tak pernah tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Program apa ni, tak pernah dengar tetiber final. Esok lah tgk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|