View: 44955|Reply: 25
|
Mayat ‘TikToker’ hilang 2 minggu ditemui dikerat-kerat
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Mayat pesohor media sosial China yang hilang selama hampir dua minggu di Thailand ditemui, manakala seorang suspek warga China telah meninggalkan negara itu, demikian menurut akhbar tempatan seperti laporan saluran berita CNA semalam.
Perkembangan itu berlaku ketika Thailand dan Filipina merekodkan sebilangan kes penculikan yang menggemparkan rakyat kedua-dua negara.
Media tempatan memetik sumber polis Thai sebagai berkata, mayat berkenaan dipercayai ialah personaliti TikTok berumur 38 tahun, Yan Ruimin.
Mangsa diculik semasa melawat Thailand sebagai pelancong.
Ruimin tiba di Thailand dari Malaysia pada 26 Jun lalu. Dia dilaporkan hilang oleh rakannya pada 12 Julai lepas.
Sebelum ini, Ruimin telah memberitahu tentang rancangannya untuk melawat Phuket di selatan Thailand, awal bulan ini.
Pada Sabtu lalu, pasukan forensik polis menemui mayat reput dan dikerat-kerat dipercayai Ruimin di Chachoengsao, sekitar 50 kilometer ke timur Bangkok.
Sebuah pasukan mencari diketuai oleh timbalan ketua Biro Polis Metropolitan Thai(MPB), Noppasil Poolsawat menemui mayat itu di sebuah kawasan terpencil dekat taman perumahan Tambon Bang Phra, daerah Muang.
Pasukan penyiasat sedang bekerjasama dengan unit forensik untuk melakukan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa, demikian menurut akhbar Bangkok Post.
Polis juga mencari seorang suspek rakyat China dikenali sebagai Ma Qingyan
Lelaki berumur 32 tahun itu memasuki Thailand dari Singapura pada 30 Jun lalu.
Menurut media tempatan, suspek dipercayai bertemu dengan Ruimin pada 1 Julai lepas, hari mangsa dikatakan dibunuh sekitar Soi Sukhumvit 12 di pusat bandar Bangkok. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.
Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang kutuk negara deol tak selamat. Har. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.
Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang ...
Mn chuolz tepek la sini |
|
|
|
|
|
|
|
Main kerat2 dah sekarang. Teringat kt abby choi. Sadis jgk yg itu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 17-7-2024 03:50 PM
Mn chuolz tepek la sini
Aiol malas nak carik. Kat bahagian komen video Youtube pasal kes ni meka gaduh. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa hubungan suspek dengan mangsa? |
|
|
|
|
|
|
|
..harap tak jadi pada yang tengah holiday ke NZ tu pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.
Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang ...
Yg bunuh org china juga ye..ingtkn kena bunuh dgn org siam |
|
|
|
|
|
|
|
asyik ppuan la dibunuh org dikenali. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.
Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang ...
Takziah pd family tiktoker tu. Mcm kes sorang influencer kat china tahun lepas juga kan. Yg tu hubby yg bunuh pakat ngn family join skali
Cuma sorry to say, lega skit happen kat sana. Seminggu 2 ni x larat dah nak dgr kes bunuh2 kat malaysia, mcm musim pulak. Dah la kebanyakkan tu kes pasangan sendiri yg bunuh. Adehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Skandel dgn laki orang juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan yg mati kene bunuh, mostly memang kene bunuh dgn org yg dikenali. serial killer, organized criminal dgn orang gila je main bunuh strangers.
|
|
|
|
|
|
|
|
Silap2 Suspek penjawat awam juga |
|
|
|
|
|
|
|
Kat IG ai jumpa 3 kes hilang.
Sorang dah jumpa - lelaki 17 tido rumah kawan. Dah dekat berapa hari rasanya. Kes arwah ,baru mak bapak nak gelabah kot.
Budak pompuan 14 @16 - hilang dah berapa hari tak tau dah jumpa ke belum
Pemandu e hailing - 33 tahun,hilang dari khamis lepas hantar pelanggan ke Teluk Intan. Belum jumpa setakat malam tadi.
Harapnya selamat la 2 org yg belum jumpa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila siap kerat2 dendam ape la tu |
|
|
|
|
|
|
|
padah jadi terkenal.........sian |
|
|
|
|
|
|
|
giler main kerat2 org. ingt ayam ke wehhh |
|
|
|
|
|
|
|
nak kerat ayam pun susah ni kan manusia aiyoo ngerinyaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|