View: 53961|Reply: 291
|
Terpaksa Berpindah Sebanyak 11 Kali, Diana Danielle Kongsi Cerita Dilahirkan Daripada Keluarga Bawahan
[Copy link]
|
|
Pelakon popular Diana Danielle, 33, baru-baru ini berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh dengan kesusahan semasa zaman kanak-kanak.
Melalui perbualan dalam ‘podcast’ di YouTube Debonair Podcast kendalian Deborah Henry, Diana mendedahkan bahawa dia pernah melalui kehidupan yang sangat mencabar bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal.
“Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun,” kata Diana.
Menurut Diana, mereka terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat.
“Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan ketika itu berusia sekitar 10 ke 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan dia kehilangan perniagaannya,” tambahnya.
Kesempitan hidup yang dialami oleh Diana dan ibunya menyebabkan mereka kekurangan wang dan makanan.
“Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon lebih dengan serius,” katanya.
Pengalaman hidup yang sukar ini telah membentuk sikap dan pandangan hidup Diana, menjadikannya lebih mensyukuri apa yang dimiliki tanpa mengejar kebendaan semata-mata.
“Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan,” jelas pelakon filem Imaginur itu.
Diana turut menyatakan bahawa tekanan untuk mencapai jangkauan yang ditetapkan oleh masyarakat boleh memberi kesan negatif terhadap individu.
“Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita,” katanya.
Sumber: Murai.my
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi hebat gak mak dia dapat hantar dd ni belajar kt international ke private school entah |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat jugak mak dia yg rupa gitu, boleh tangkap kokesen. |
|
|
|
|
|
|
|
So mana link podcast tu @CARI-MAL?????? |
|
|
|
|
|
|
|
so sbnrnya dorg ni ada2 ke tidak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Abih naper ko tak berbakti pada mak ko tu? Ni mesti ajaran meleis kena berbakti pada laki lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 24-7-2024 11:09 PM
Tapi hebat gak mak dia dapat hantar dd ni belajar kt international ke private school entah
Tulah. Macam tipuuuuuu je. Kadang org buat cerita, nak attention. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu ramai je yg hidup susah...sekarang pun ramai.. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 25-7-2024 02:11 AM
Zaman dulu ramai je yg hidup susah...sekarang pun ramai..
Tp susah-susah dia pun sempat masuk internesenel school
Ke mak dia bergolok gadai supaya anak dia senang nk networking? |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 25-7-2024 02:01 AM
Tulah. Macam tipuuuuuu je. Kadang org buat cerita, nak attention.
Kaannnn.
Rasanya dia pernah duduk hotel masa awal berlakon dulu |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 25-7-2024 02:35 AM
Tp susah-susah dia pun sempat masuk internesenel school
Ke mak dia bergolok gadai supaya anak dia ...
Dah katanya nk beli.nasi lemak singgit pun susah...masuk internesyenel skol pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Memanglah DD kena sekolah antarabangsa atau sekolah swasta. Bapak dia bukan Malaysia. Mana lepas nak masuk sekolah kebangsaan. Nak tak nak, dalam tak cukup duit, satu-satunya sekolah yang mak dia boleh masukkan ialah sek antarabangsa atau sek swasta. Aku syak ramai rakyat Malaysia di luar sana yang tak tahu bapak bukan warga Malaysia, memang anak2 amat susah nak masuk sek kebangsaan. Ni yang sekarang ni dorang ie ibu2 yang kahwin dengan bukan warga Malaysia nak lawan. |
|
|
|
|
|
|
|
ajeajelah replied at 25-7-2024 03:42 AM
Memanglah DD kena sekolah antarabangsa atau sekolah swasta. Bapak dia bukan Malaysia. Mana lepas nak ...
ND elok je sekolah biasa walaupun mak ayah bukan warganegara |
|
|
|
|
|
|
|
ajeajelah replied at 24-7-2024 07:42 PM
Memanglah DD kena sekolah antarabangsa atau sekolah swasta. Bapak dia bukan Malaysia. Mana lepas nak ...
Apo pulak. Even anak Indon pon boleh masuk sekolah kerajaan. Inikan DD yg maknya Malaysian. Bebudak mix ni kalau nak register sekolah kerajaan, salah satu dari parents tu Malaysian, dah boleh register.
Sheolls sekolah private sebab time tu mak tengah mampu, standard la sikit kan, anak half American takkan nak sekolah kerajaan. Paling tak pon masuk CBN. Pastu mak sakit kan, habis la guna duit sbb kanser. Itu je. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 25-7-2024 03:52 AM
ND elok je sekolah biasa walaupun mak ayah bukan warganegara
Itu lah. Tak pernah dgr aku system kalau mak/pak negara luar susah masuk sekolah kebangsaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada. Classmate anak aku kembar sepasang, bapak nigerian.
Pastu student akak aku ada beberapa orang bapak indonesian, mak malaysian
boleh je masuk sekolah kebangsaan
bezanya, kalau dia warganegara, free mcm org lain
kalau bukan warganegara, kena bayar yuran beberapa ratus setahun
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 24-7-2024 07:52 PM
ND elok je sekolah biasa walaupun mak ayah bukan warganegara
ND both parents bukan Malaysian tapi sheolls lahir di sini. DD tak lahir di sini. Cuma DD boleh je masuk sekolah gomen sbb salah sorang parents dia Malaysian. Jadi susah kalau sheolls anak tak saf taraf, tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
DD masuk private school masa dia dah start berlakon dengan Yusuf Haslam (umur 14 tahun)
Masa tu sebenarnya dia nak berhenti sekolah sbb jadual shooting ketat ya amat
Tapi DYH suruh dia teruskan belajar
So dia masuklah private school
Apatah lagi masa tu dia berkapel ngan SY
Maka bolehlah masuk private school sebab boyfriend yang tanggung
|
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 25-7-2024 04:14 AM
ND both parents bukan Malaysian tapi sheolls lahir di sini. DD tak lahir di sini. Cuma DD boleh je ...
Tp ND kan tulis lahir kat maynmar... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu tak mampu nk beli nasik lemak.
Sekarang terlebih mampu nak tayang nasik lemak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|