View: 18130|Reply: 27
|
[Dunia]
Malaysia mohon sertai BRICS
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 29-7-2024 08:22 PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi antara kerajaan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) kepada Russia selaku Pengerusi BRICS.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan hasrat Malaysia menyertai organisasi BRICS itu inti pati utama perbincangan Anwar dengan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov, yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana hari ini.
Malaysia telah menghantar surat permohonan untuk menyertai organisasi (BRICS) kepada Russia selaku Pengerusi BRICS, selain menyatakan keterbukaan untuk menyertainya sebagai negara anggota atau rakan strategik," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Pada 18 Jun, Anwar mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS kepada Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva.
BRICS yang merangkumi Brazil, Russia, India dan China ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi dan sedang pesat membangun. Afrika Selatan kemudian menyertai blok itu pada 2010, sebelum disertai Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia.
Terdahulu, ketibaan Lavrov dan delegasi pada pukul 10 pagi di Kompleks Seri Perdana disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Zambry.
Dalam pertemuan hampir sejam itu, Anwar dan Lavrov juga membincangkan usaha perkukuh hubungan Malaysia-Russia serta memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor meliputi perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertahanan, pendidikan tinggi, sains dan teknologi, pelancongan dan kebudayaan.
Turut dibincangkan ialah situasi semasa di Palestin termasuk penegasan Malaysia mengenai keperluan mendesak untuk gencatan senjata kekal dan bantuan kemanusiaan pantas di Gaza serta Palestin diterima sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu mengenai Ukraine, Anwar turut menggesa agar dialog dan perbincangan menjadi jalan keluar kepada konflik berkenaan. – BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-7-2024 07:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
asalkan kena dengan ekonomi Malaysia, bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 29-7-2024 08:25 AM
Wooow... Awal kebangkitan Bangsa Melayu Mahawangsa Penguat Kuasa Alam Menjadi menjadi negara kuasa besar atau superpower dunia ... mengembalikan kebesaran dan kejayaan empayar melaka sebagai luasa besar dunia pada masanya ....
Apakah setelah ini .. Malaysia akan menghapus atau menghilangkan peran masa lalu Empyar Britania Raya atau UK sebaai induk dan majikan yang telah begitu baik memberikan kemerdekaan + melegitimasi eksistensi status feudalistic monarchi raja-raja melayu kecil dan pemberian status istimewa kepada bangsa melayu mahawangsa untuk terus bertindak racis selaku Owner dan Tuan Tanah ? ... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kat Twitter tu tulih Global Order..
transformation dari Old World Order (Unipolar World) to New World Order (Multipolar World)
la ni fasa sebahagian negara2 tertentu dedollarisation..
setiap kali perubahan world order, new world reserve curency..
cth world order yg dulu..
Portugis kmdian Belanda kmdian Perancis/ Spain/ kmdian Britain dan la ni U.S
semua di atas adalah Unipolar..
kali ni multipolar
|
|
|
|
|
|
|
|
multipolar? ingat next global order dari israel
|
|
|
|
|
|
|
|
aku saspek lepas Perang Besar kat Middle East nnt..
Yis real akan jatuh...
Zionist no longer kat Middle East
Orang Islam Palestin akan dapat hak ke atas Baitulmaqdis..
seterusnya Baitulmaqdis akan makmur seperti hadith di bawah ;
"Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah), kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal." (Hadis Riwayat Abu Daud)
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 29-7-2024 09:18 AM
aku saspek lepas Perang Besar kat Middle East nnt..
Yis real akan jatuh...
Sekarang ni yahood zion tengah nak drag US utk join dia serang Iran pulak. Hezbollah punya rocket terbunuh 12 israelites kids baru2 ni.
France punya recent attack outages semua dia blame Iran. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow bagus.
Ada alternatif akan menguntungkan, negara-negara didunia ada kuasa memilih.. jadi tren perniagaan juga ikut berubah |
|
|
|
|
|
|
|
dengarnta bukan roket Hezbollah..
tp missile dari Iron Dome Yis real
yg mati tu bukan orang Yehudy...
tp kanak2 Syria yg mmg tinggal kat Golan Heights tu..
Yis real coba wat false flag attack
|
|
|
|
|
|
|
|
rasanya NATO & U.S x kan join perang kat Middle East walaupun Iran join perang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 29-7-2024 07:59 AM
Wooow... Awal kebangkitan Bangsa Melayu Mahawangsa Penguat Kuasa Alam Menjadi menjadi negara kuasa b ...
makanya orang orang belanda itu harus diusir-si buta dari gua hantu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 29-7-2024 12:56 PM
Itulah strategi cerdas yang harus diambil oleh para penubuh awal BRICS (Brazil, Russia India dan China) mengundang Malaysia dan negara lainnya untuk menjadi member di sana ...
Ingat ... BRICS tahu dan sedar bahwa masuknya Malaysia bukan berarti menambah kekuatan BRICS ... tetapi bukankah semakin banyak burung (negara selevel Malaysia) yang datang maka boleh dipastikan Kicau-Kicau Burung di "hutan rimba BRICS" akan terdengar oleh dunia bersuara semakin merdu, ramai, indah dan bervariasi ....
Pertanyaannya .. Apakah nanti di BRIC .... Malaysia akan berkicau macam burung Gagak atau Mengaum macam Harimau atau Diam Membisu atau NATO (No Action Talk Only) macam yang dilakukan PMX selaku Imam Mahdi terhadap tindak genosida zionis israel terhadap bangsa Palestinei ?... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 29-7-2024 08:11 AM
kat Twitter tu tulih Global Order..
transformation dari Old World Order (Unipolar World) to New Wo ...
Ok kah klu malaysia ni side rusia? |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 29-7-2024 07:50 AM
asalkan kena dengan ekonomi Malaysia, bagus
Setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, Malaysia dah boleh jual palm oil n balak tanpa sustainability certificate, CoC bagai. Get ready orang utan, gajah, harimau... another wave of extinction. Jangan sibuk nak IVF kan the last standing rimau pulak demi nak justify terbang semua hutan primer. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 29-7-2024 12:32 PM
dengarnta bukan roket Hezbollah..
tp missile dari Iron Dome Yis real
Ooo false flag. Bijak. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 29-7-2024 12:33 PM
rasanya NATO & U.S x kan join perang kat Middle East walaupun Iran join perang ni
Yeker ....ker tunggu outcome election dulu. Macam2 cara false flag dengarnye nak sabo election ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 29-7-2024 02:38 PM
pilih...
Rusia atau U.S?
Maybe rusia kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|