View: 7671|Reply: 60
|
"Saya Ada Kuota Khas, Tiada Kena-Mengena Dengan Atlet" - Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Perjelas Isu Bawa Tetamu Ke Olimpik Paris
[Copy link]
|
|
Semalam kecoh di media sosial memperkatakan tentang Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membawa anak dan isteri ke Olimpik Paris 2024 sedangkan pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terpaksa menghadapi perlawanan di Sukan Olimpik tanpa ditemani jurulatih profesionalnya, Nova Armada.
Tidak berdiam diri, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria tampil menengaskan beliau mempunyai kuota khas bagi membawa tetamu sendiri untuk menonton acara dalam temasya Olimpik Paris 2024.
Memetik laporan Malaysiakini, Norza bagaimanapun menegaskan kuota itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kad akreditasi melibatkan atlet dan pasukan negara yang menyertai kejohanan berkenaan.
“Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri. Saya ada kuota khas, tiada kena-mengena dengan atlet,” katanya.
Sebelum ini, tular hantaran di media sosial memaparkan individu yang didakwa isteri dan anak lelaki Norza mempunyai kad akreditasi dan sedang menonton acara Olimpik di Paris.
Menurut individu tersebut, wanita dan remaja lelaki yang dilihat duduk berhampiran dengan Norza merupakan keluarganya sendiri dan bukan keluarga Presien Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.
Dalam pada itu, individu yang membuat hantaran itu juga mempersoalkan Menteri Belia dan Sukan serta timbalannya bagaimana keluarga Norza boleh mendapatkan kad akreditasi.
Pada masa yang sama, individu itu juga berkata sekiranya benar ada kuota khas, mengapa tidak diberikan kepada jurulatih pemain badminton perseorangan wanita, Goh Jin Wei.
Terdahulu, Goh Jin Wei berkongsi di Instagram dia layak untuk ke Olimpik Paris 2024, bagaimanapun dia tidak akan ditemani jurulatihnya, Nova Armada kerana masalah kekurangan kad akreditasi.
Bukan Goh Jin Wei sahaja yang terkesan, malahan pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zhi Jia juga tidak dapat membawa ahli fisioterapinya dan rakan sparring.
Menerusi tinjauan, Norza telah menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas menerima pelbagai kecaman daripada warga maya atas tindakannya itu.
Sumber: Malaysiakini
Jerawat di Badan Runsingkan Anda?
WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Website: https://www.regionsclinic.com.my/bacne-treatment-malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa laaa Malaysia bolehh wahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kebal betul, brp kali tukar kerajaan dah pun maintain jah kedudukan dia, mmg kabel baek betul ini org |
|
|
|
|
|
|
|
damsel_fiji replied at 6-8-2024 03:21 PM
dia ni kebal betul, brp kali tukar kerajaan dah pun maintain jah kedudukan dia, mmg kabel baek betul ...
Taik lalat dia tu bawak tuah |
|
|
|
|
|
|
|
babi betui perangai menteri macam ni
pakej dengan family anat ni
orang lain nak p ko tak bagi
anak beranak ko dapat pulak p sampai parish tu
confirm la tengok kejap je pastu p soping je lebih tengok dahi bini ko yang berminyak tu pun dah tahu |
|
|
|
|
|
|
|
damsel_fiji: dia ni kebal betul, brp kali t ... bukan tuu ja...berapa kali road to gold Olympic tak dapat gold pun tak stepdown lg..paling controversy yg kes LZJ kluaq BAM tu pun ramai fans LZJ mintak NORZA stepdown. Sbb sblm tuu BAM ada buat statement nk gam LZJ 2y kot dari masuk tournament |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kan lah wei. Kan bangnon jd PM skrg ni, mn ada kroni nepotism ka hapa. Ni semua fitnohhh |
|
|
|
|
|
|
|
sakit ati ngan golongan mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul ada khas, bagi lah kat coach Goh Jin Wei tu 1. Cuba bermurah hati sikit. Priority adalah keperluan atlet. Nk pi Paris gi time bukan Olimpik lah bawak family semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Nyonyah Yeoh & Badam Badli Hilang telor dahhh...dulu kemain bergolek2 atas jalan konon untuk rakyat... dapat jawatan terus senyap kecut punai...si nyonya sibuk arrange tender untuk laki sheols... hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih pulak aku pegi telek dahi bini dia yg berminyak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah ada kuota tu kenapa tak bawa orang yang boleh beri manfaat kepada atlit? Bukan kau yang bertanding pun. |
|
|
|
|
|
|
|
jebatmaspunyer: Kalau betul ada khas, bagi lah ...
Yang ni aku setuju. Pergi atas urusan rasmi kan, siap bangga ber"quota" bagai. Bukan pergi 2-3 tahun pon sampai nak kena angkut anak beranak. Baik bagi peluang pada staff2 yg menjaga kebajikan & kesihatan atlet. Ataupon lagi baik bawak atlet pelapis untuk bagi inspiration. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 6-8-2024 06:04 PM
Nyonyah Yeoh & Badam Badli Hilang telor dahhh...dulu kemain bergolek2 atas jalan konon untuk rakyat. ...
mcm ada cite menarik..
tumpah la lebih sikit teh tu |
|
|
|
|
|
|
|
tetamu kau itu sekarang tidak memberi manfaat pun bila mana orang yang lebih layak tak dapat pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau dulu ada unsur rasuah dlm umngok kan |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar pentingkan diri. Selagi orang macam gini masih ada kat atas2 tu jangan haraplah sukan nak maju.
Negara kecik pun dah dapat gold. Buat malu, tapi sayang orang macam ni tiada malu nya. |
|
|
|
|
|
|
|
koata utk anak bini ada. utk jurulatih atlit xde. apa punya korup lahhh.. dala kebal nk mampus.. geramnyaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|