Pelakon sensasi Fathia Latiff mengaku melakukan prosedur perubahan pada wajahnya dan mengikut trend semasa demi untuk kelihatan lebih cantik dan awet muda.
“Dulu muka saya cengkung saya rasa tak cantik. Sebab tu saya suntik agar lebih cantik.” katanya.
Menurut Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, dia juga mahu memastikan wajahnya tidak dimamah usia dan lebih cantik dari dulu.
“Saya tak faham kenapa ramai yang nak cakap wajah saya yang dulu lebih cantik. Padahal saya rasa saya nampak cengkung dan tak cantik.
“Lagipun umur saya semakin meningkat. Saya mahu kekal nampak muda dan berseri,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Farmasi Sound Zation, di sini, semalam.
Tambah pelakon drama Ariana Rose itu lagi, rawatan suntikan wajah untuk kelihatan lebih cantik bukan lagi perkara asing pada zaman sekarang.
“Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal.
“Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah.
“Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat,” ujarnya.
Tanpa berselindung, Fatiya mendedahkan dia melakukan suntikan ‘filler’ dan botoks pada bahagian pipi, bibir, hidung dan matanya.
“Terkini saya baru buat rawatan ‘salmon skin treatment’. Di tempat saya buat rawatan itu saya lihat ramai sangat wanita yang datang. Maknanya, perkara ini sudah menjadi trend.
“Rawatan-rawatan yang saya lakukan kebanyakannya ditaja. Ada juga yang tawarkan untuk menaja saya buat pembedahan bariatrik. Tetapi saya masih fikir lagi. Sebelum ini saya ambil ubat Ozempic untuk kurus.
“Saya tahu sekarang ini tubuh saya agak berisi. Saya perlu kuruskan badan supaya senang nak dapat tawaran lakonan selepas ini seperti sewaktu saya kurus dulu,” jelasnya.
Selain itu, Fatiya juga memberitahu dia masih dalam proses rawatan pakar berikutan masalah kemurungannya yang serius sejak dua tahun lalu.
"Saya ada masalah kemurungan yang serius, saya ada jumpa dengan doktor dan sekarang semakin baik. Dua minggu sekali saya akan jumpa doktor."
Sumber : Media Hiburan, KOSMO
Kuruskan Pipi Yang Tembam Dengan V Shape Face Slimming
WhatsApp: https://wa.me/+601119399888
Website: https://www.regionsclinic.com.my/v-shape-face/
Facebook: https://www.facebook.com/regionsclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/regionsclinic/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@regionsclinic |