CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26432|Reply: 109

Daniel Zaini Depression Tahap Peak, Hampir Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Kena Kecam Dengan Acik Porum Bermulot Puaka!

[Copy link]
Post time 22-8-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode


Danial mendedahkan dia hampir mencabut nyawanya sendiri akibat serangan kemurungan melampau gara gara buli siber yang diterimanya di media sosial.

Segalanya bermula apabila Danial menerima tugasan untuk mengacara satu program realiti tv – pertandingan nyanyian – sebagai bidan terjun. Ini kerana pengacara lelaki, Nabil Ahmad ketika itu sedang bercuti.

Menurut Danial, dia bertugas seperti biasa untuk slot di belakang pentas. Namun kali itu dia menyahut sahaja cabaran untuk menjadi pengacara utama program tersebut bersama sama dengan Elly Mazlein.

Dia dipanggil ‘last minute’ pada masa itu kerana pihak produksi terdesak mahukan pengganti pada masa itu.

Bercakap dalam satu podcast, Danial Zaini berkata: “Ada satu kejadian, saya pernah dipanggil untuk menjadi hos menggantikan Nabil yang sedang cuti.



“Sepatutnya saya hanya hos di ‘back stage’. Saya dipanggil saat akhir sekitar 4.30 petang. Ketika itu saya hanya positif tanpa sebarang latihan tetapi sekadar di ‘briefing’ sahaja.

“‘Briefing’ pun sekadar dua muka surat sahaja, selebihnya hanya ‘goreng’,” tegas Danial. Dia ketika itu dimaklumkan sepatutnya ada hos yang lain bertugas menggantikan Nabil Ahmad namun pihak produksi merasakan hos tersebut tidak sesuai bergandingan dengan Elly Mazlein.

Maka produksi telah memilih Danial menjadi pengacara. Apa yang menghairankan Danial, selepas dua segmen dia terus direhatkan untuk segmen ketiga sampai kelapan. Ketika itu dia terpinga pinga kenapa pihak produksi menahannya. Kerana dia merasakan dia tidak mengucapkan sebarang kata kata kesat dan sebagainya.

Pembantu peribadinya mengarahkannya agar mengikuti sahaja arahan. Dia kemudian keluar untuk segmen kesembilan. Dan selepas tamat program itu, pembantu peribadinya menunjukkan komen komen netizen di media sosial.

Ianya benar benar mengejtukan Danial. Dia tertanya tanya kenapa dia menerima komen berbaur kebencian dan kecaman yang sangat teruk seperti itu. Apakah salah yang dia lakukan sehingga dikecam dan dihina sertai dibuli siber.

Danial akui dia memang teruk pada malam itu, namun dia sukar menerima buli siber yang diterimanya. Sehinggakan pihak produksi menghubunginya untuk memastikan dia baik baik sahaja selepas apa yang menimpanya.

“Saya sampai ‘depression’ dan hampir bun*h diri,” kata Danial.

Namun dia enggan menyalahkan sesiapa kerana menurutnya, silap dia sendiri yang sanggup menerima tugasan itu walaupun tidak cukup bersedia serta tidak cukup bagus untuk menghiburkan orang ramai. Pengalaman itu menjadi satu pengajaran kepadanya.

Cerita Danial itu membuatkan ramai simpati dengannya. Dan mereka mengakui bahawa Malaysia memang harus lebih serius memandang gejala buli siber di media sosial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2024 02:44 PM | Show all posts

Comments

Lepas ni kalau tajuk wajib letak nama artis supaya kalau search google akan keluar thread cari. Admin dah tolong edit.  Post time 22-8-2024 06:14 PM
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 02:16 PM | Show all posts
kat porumcari ni pong aku kena buli ramai2 dulu..

mainly kena buli pasal nujum & conspiracyshitt

la ni..

bila da jadi conspiracy fact

aku sebut

konspirasi kapla bapak ko..


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 03:07 PM | Show all posts
dia ni sapa? kenapa aiols tak berpeluang kecam heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa gegarvaganza zaman bila tah yg dia ganti tempat nabil tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergilah tukar bidang kerjaya, kerja mengadap pokok2 dan haiwan2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2024 04:27 PM | Show all posts
danial ni takleh main porum cari.com...mau minum racun nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kental jgn jadi artis, jgn jadi influencer. Maki konfem, pujian bonus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aiol tak terlibat. tiber
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ya aku masih ingat. Gegar vaganza. Heran kenapa hujung2 baru dia keluar semula. Oh pasal ni ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2024 04:39 PM | Show all posts
jfq replied at 22-8-2024 03:47 PM
Masa gegarvaganza zaman bila tah yg dia ganti tempat nabil tu

@mat_arof

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dgr dia sembang ni
Depression is real
Dasyatnya msg2 duk kutuk2 dia smpai dia depress
Pembuli di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sangat kecaman tu masa tu? Sampai berbekas begitu sekali. Siapa yg ingat rangkuman kecaman tu, tulis sikit kat sini please
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg iols ingat org tak kenal dia siapa... Siapa yg tgk Maharaja Lawak kenal lah kut, dia asyik buat ajuk Najib Razak. Jadi org yg tgk memang huayus kan je dia. Itu je lah.. rasa Nabil Jihan punya kecaman yg dapat keras2 & ganas2 lagi ... Ok je diorang
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:41 PM | Show all posts
Kena kecam pun dapat bayaran kan.....sekurg2nya dia ni mungkin sedar diri la....

Depression is real, lagi depress org2 kat luar sana yg bekerja keras nak cari duit, artis2 ni perform asal boleh pun duit masuk poket...kalau bukan bawah pengurusan kan...selalunya yg kena kecam smpai kena depression ni artis2 Korea, Jepun, China jala....

Cuba belajar dr artis2 yg banyak kontroversi, xkisah la sampai masuk keluar lokap, tapi aman2 ja p cari duit lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:52 PM | Show all posts
Edited by rayna_raynes at 22-8-2024 06:56 PM

Aku kutuk seluar dia je malam tu. ketat yakmat
But otherwise dia taklah teruk sgt. Cuma dia tak mampu kontrol kak lina je.


oh dan aku cerca fish and chip kat cafe dia yang rupa macam span cuci pinggan lama


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X best ke teruk sangat dia ? Rasanya dulu time jijan host mele**;" lagi akward
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Jihan dengan Nabil nak ikut kata netizen, lebih pada bunuh diri dah. Sebenarnya masa tu memang tak kelakar pun dia ganti Nabil. Kena pula dengan Pom Pom yang suka overshadow tu. Auto kena cerca jelah dengan netizen. Patutnya dia tak payah buka social media. Buat bodoh je. Kat Malaysia ni satu satu isu teruk mana sekali pun seminggu dua orang lupa lah. Sedangkan yang hilangkan duit negara berbillion billion pun sekarang rilek je ramai panggil bossku bossku, apalah sangat kes Danial ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 06:57 PM | Show all posts
izat123 replied at 22-8-2024 06:55 PM
Kalau Jihan dengan Nabil nak ikut kata netizen, lebih pada bunuh diri dah. Sebenarnya masa tu memang ...

Aku rasa skrg org pun dah lupa dia siapa haha

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 22-8-2024 03:47 PM
Masa gegarvaganza zaman bila tah yg dia ganti tempat nabil tu

Masa arwah bapak nabil meninggal kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.354939 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list