View: 24807|Reply: 54
|
Syamel Dituduh Buat Pembedahan Hidung Selepas Wajah Dilihat Berubah Ketara - “Original Lagi Dan Tak Ada ‘Plastik’ Pun"
[Copy link]
|
|
Penyanyi terkenal Syamel sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila penampilan terbarunya mencetuskan spekulasi bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik pada bahagian hidung.
Syamel, yang sebelum ini pernah menepis dakwaan melakukan pembedahan dagu, kini terpaksa berdepan dengan tuduhan baru yang mengatakan hidungnya telah diubah untuk kelihatan lebih runcing dan kacak.
Syamel, atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 31, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Menurut Syamel, sehingga kini dia masih belum melakukan sebarang pembedahan kosmetik pada wajahnya, walaupun dia tidak menafikan mempunyai keinginan untuk mencuba pada masa hadapan.
“Buat masa ini, saya masih tak buat apa-apa lagi pada wajah saya. Original lagi dan tak ada ‘plastik’ pun. Jadi, tak ada apalah yang nak saya sorokkan,” tegas Syamel.
Syamel turut mengakui bahawa hidung adalah salah satu bahagian wajah yang pernah difikirkannya untuk dibedah, namun buat masa ini, dia berpuas hati dengan penampilannya yang asli.
“Saya memang ada rasa tertarik untuk buat pembedahan plastik. Sebab, banyak juga benda saya terfikir nak buat, tapi yang pasti sekarang ini benda itu tak betul,” katanya lagi.
Dalam dunia hiburan, imej dan penampilan sering menjadi tumpuan. Syamel mengakui bahawa sedikit solekan adalah sesuatu yang biasa dilakukannya apabila membuat persembahan di atas pentas.
Selain itu, dandanan rambut juga menjadi satu kemestian bagi Syamel untuk memastikan penampilannya sentiasa kemas dan menarik di hadapan khalayak.
“Saya memang ada mekap sedikit apabila mahu membuat persembahan di atas pentas dan begitu juga, satu kemestian untuk mendandan rambut,” jelasnya.
Menariknya, Syamel tidak berasa tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Dia tidak keberatan untuk berkongsi gambar dirinya, sama ada yang dahulu atau yang terkini, di media sosial.
“Kalau berada di luar pula, saya memang okay jika pakai atau tak pakai ‘mask’ sebab tak sorok apa-apa, termasuk saya juga tak kisah untuk buat ‘post’ muka saya yang dulu dan sekarang di media sosial,” tambahnya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
road to Hael
anyway no harm pun perbaiki penampilan diri …jgn bertentangan dengan Hüküm sudah….tak ke mana ghupe tu….. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nampak 1st pic macam cik b pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
KAka syamel semakin maskulin yaachhh.. cuolls mampooo? ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Masih bentuk jambu.
Etlisss mebi hada buat threading kt idong.
Rhinoplasty tu idok ler |
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit semua boleh. Takan retis muka kepam, mesti nak nampak segar.. |
|
|
|
|
|
|
|
haram buat pembedahan plastik. tak kan tak tau hukum agama |
|
|
|
|
|
|
|
Iols husnuzon aje lah
heols rajin urut, tarik tulang hidung tu hari2
menurut cerita sepupu kepada kawan kepada kawan Iols masa sekolah dulu, kakak kepada sheols rajin urut hidung. dari kemik bulat kepada mancung. lepas tu sheols makeup hidung bagi nampak mancung
Iols lebih tertarik kepada sanad cerita kawan Iols tu, berbanding cerita hidung si polan |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 28-8-2024 08:38 AM
dah nampak 1st pic macam cik b pulak tu
Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...duit dah berkoyan koyan...harap cik B diet and hired personal coach |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 28-8-2024 12:07 PM
Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...du ...
Alaaa kalau badan kurus, mmg muka jadi lagi nampak muda. Hidung kembang pon boleh nampak kecik, auto nampak mancung. Cer kalau gemuk, mmg terus auto nampak kepam… gittchewww |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb dah kurus
Muka pun turut kurus
Baru terserlah features yg sebelum ni tersorok |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo. sbb dia dah kurus lahhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
moolaaattnya dia dulu.. baguslah dahnkuwus.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan gmbr aizat kasi gegarrrrr. muka mcm lebih kurg |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan cik B. Tp i tengok same je hidung dia. Maybe sbb kurus sikit kot |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 28-8-2024 12:07 PM
Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...du ...
Amin..harap cik b bace komen uols |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 28-8-2024 12:07 PM
Makna kata cik B pun boleh transform jadi gorgeous..cuma tunggu tuan punya badan nak ke tidak...du ...
takdenya cik b ni nak bertransform bagai..kalau tak lama dah dia buat kan...duit dah ada kepuk2 tu lawa tak lawa tetap org pandang apadehal janji kita enjoyyyyyy
|
|
|
|
|
|
|
| |
|