View: 29098|Reply: 20
|
[Tempatan]
46 pegawai penguatkuasa jadi 'pengkhianat' 'counter setting' di KLIA - Azam Baki
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 30-8-2024 12:15 PM
46 pegawai penguatkuasa jadi 'pengkhianat' 'counter setting' - Azam Baki
August 29, 2024 @ 8:56pm
[email protected]
Tan Sri Azam Baki. FOTO Arkib NSTP
Kuala Lumpur: Seramai 46 pegawai penguat kuasa disyaki terbabit dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi modus operandi 'counter setting' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ia adalah susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Pump yang dijalankan, baru-baru ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, siasatan mengesan 46 pegawai penguat kuasa yang disyaki terbabit dengan sindiket membawa masuk pekerja asing melalui kaunter tertentu.
Katanya, ia bagi memudahkan laluan masuk tanpa pemeriksaan yang mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
"Terdapat keterangan menunjukkan wujudnya pembayaran wang rasuah dan turut bersubahat dengan pihak ejen.
"Ini menyebabkan warga asing terbabit dapat memasuki negara dengan mudah sebagai pelancong sebelum hilang dan disyaki bekerja tanpa dokumen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azam berkata, SPRM menggerakkan Op Setting, hari ini, hasil perkongsian maklumat perisikan antara agensi yang berjaya menahan 13 individu termasuk dua penguat kuasa di KLIA.
"Mereka dipercayai terbabit rasuah membabitkan sindiket yang menggunakan modus operandi sama.
"Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 50-an itu ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan dibawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan," katanya.
Menurutnya, dua suspek penguat kuasa itu disyaki terbabit dengan perbuatan berkenaan sejak 2016 dengan menerima bayaran rasuah antara RM300 sehingga RM2,500 untuk setiap warga asing yang masuk mengikut kewarganegaraan.
"Turut ditahan adalah sembilan ejen dan dua proksi yang menjadi pemegang aset bagi pihak suspek penguat kuasa.
"Pasukan khas sudah ditubuhkan untuk merakam percakapan pegawai-pegawai penguat kuasa yang disyaki bagi membantu siasatan.
"Kami tidak menolak kemungkinan akan ada tindakan susulan serta tangkapan lain dalam masa terdekat," katanya.
Katanya, hasil serbuan itu turut menyita wang tunai kira-kira RM50,000.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok bagi permohonan reman.
Semalam seorang warga Myanmar yang juga ejen sindiket dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 membayar rasuah RM5,650 kepada penguat kuasa Imigresen.
Bayaran itu adalah upah melepaskan kemasukan sembilan warga Myanmar melalui pintu masuk KLIA2 tanpa melalui prosedur ditetapkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pengkhianat patut hukuman mati |
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh.. 46org je?
Ko bior betol pak azam |
|
|
|
|
|
|
|
"46 pegawai penguatkuasa jadi 'pengkhianat' 'counter setting' "- Azam Baki
Staff Di Airport Ben Gur10n takada bodoh macam ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 30-8-2024 11:40 AM
pengkhianat patut hukuman mati
setuju sangatttt
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 30-8-2024 11:40 AM
pengkhianat patut hukuman mati
Kalau hukum mati sapa pulak nak jadi pemimpin negara?
Eh... Ok bai |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 imigresen tak menjadi |
|
|
|
|
|
|
|
ada 32 juta rakyat....pasti ada 'mat kilau' dan seangkatanya yg boleh diharap
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 30-8-2024 02:58 PM
ada 32 juta rakyat....pasti ada 'mat kilau' dan seangkatanya yg boleh diharap
Kalo takde kaunter setting tu entah2 rakyat malaysia baru 24 juta je |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman temvak di kepala.
Macam mana kalau orang tu pengganas? Takde otak kot penguatkuasa poket penyamun |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnye la penguatkuasa yg terlibat...sorry tiada maaf dan tiada Al Fatihah jika mereka meninggal nanti...musuh dan pengkhianat negara harus dilaknat di langit dan di bumi atas kezaliman yg telah dilakukan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebat doblas kali dikhalayak ramai. Kalau NGO memekak, sebat NGO sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Tembak mati ikut Kim Jong Un style. |
|
|
|
|
|
|
|
Name and shame sajork. Termasuk anak bini. Jadik pengajaran supaya penguatkuasa lain takut buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Jujurnya aku dah lost track berapa kali imigresen klia ni kantoi.
Kau payah2 sgt buang je semua imigresen. Tu ganti dengan kontrak worker Nepal jaga kaunter imigresen |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 31-8-2024 08:01 PM
Jujurnya aku dah lost track berapa kali imigresen klia ni kantoi.
Kau payah2 sgt buang je semua imi ...
Betul. Aku sokong!! Diorg lg lurus bendul ikut peraturan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|