CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10752|Reply: 54

[Jenayah] Mengamalkan Diskriminasi, Menawarkan Pakej Perkahwinan Berbeza Harga Mengikut Kaum!

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode




Iklan harga pakej kahwin di sebuah hotel di Johor Bahru telah menimbulkan kontroversi apabila kos yang ditawarkan berbeza mengikut bangsa.

Menurut MSN, iklan yang dipaparkan oleh Berjaya Waterfront Hotel itu menimbulkan tanda tanya dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen di subreddit r/malaysia.

Tiga harga pakej perkahwinan yang ditawarkan adalah RM788 bagi setiap meja untuk majlis perkahwinan Melayu, RM1,888 bagi majlis perkahwinan Cina, dan RM1,388 untuk majlis perkahwinan India.

Perbezaan ketara dalam harga ini menimbulkan persoalan mengenai rasional di sebalik struktur harga yang berbeza mengikut kaum.

Walaupun pada pandangan awal, perbezaan harga ini mungkin kelihatan tidak adil, beberapa netizen di subreddit cuba menjelaskan faktor di sebalik perbezaan harga ini.

Seorang pengguna menyatakan bahawa harga lebih rendah untuk perkahwinan Melayu mungkin disebabkan oleh faktor ketiadaan minuman keras.

Namun, perbincangan ini tidak berhenti di situ. Beberapa netizen kemudiannya berdebat sama ada alkohol benar-benar termasuk dalam harga pakej perkahwinan tersebut.

Seorang lagi pengguna, yang mendakwa pernah menguruskan acara untuk Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan Deepavali, memberi pandangan berdasarkan kos masakan sahaja, tanpa mengambil kira faktor alkohol.

Menurutnya, majlis Melayu adalah yang paling murah kerana banyak hidangan seperti satay dan lemang boleh dibeli daripada pembekal dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, masakan Melayu juga menggunakan rempah ratus Asia yang lebih murah.

Sebaliknya, masakan India dikatakan menggunakan rempah ratus dan herba yang lebih mahal.

Pengguna tersebut mendakwa bahawa 10 gram saffron boleh mencecah harga RM60.

Selain itu, majlis perkahwinan India biasanya menghidangkan kambing yang lebih mahal berbanding daging lembu.

Bagi majlis perkahwinan Cina, pengguna tersebut menjelaskan bahawa banyak hidangan yang disediakan adalah mahal seperti udang XXL, perut ikan, abalon, sayur lotus, dan ikan besar.

Selain faktor kos masakan, seorang lagi netizen memberi pandangan bahawa majlis perkahwinan Melayu, di samping makanannya yang lebih murah, majlisnya juga lebih sederhana.

Mereka mendakwa bahawa tetamu biasanya hanya akan makan dan kemudian pulang, menjadikan majlis ini kurang formal dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Sebaliknya, majlis perkahwinan India dianggap lebih ‘grand’ dan formal, dengan hidangan makanan yang lebih banyak berbanding perkahwinan Melayu.

Pengguna tersebut bagaimanapun tidak memberikan pandangan mengenai perkahwinan Cina kerana tidak mempunyai pengalaman hadir ke perkahwinan Cina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2024 04:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2024 01:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh betullah tu. Wedding melayi senang nak cater, balik2 nasi minyak ayam masak merah kari dalca pajeri ayam golek etc etc kalau cina masakkan banyak guna wine lah,  succulent roast pig la apa lah rega mahal2 belum lagi xoxo.  India ni tak sure naper dia mahai makan kut vegetarian tapi entahaybe mabuk2 rosakkan reta benda tu mahai kut
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah bodo ni pun jadik isu ka? Sah2 la wedding Cina tu mahal hidangan deol hada dry butter prawn bagai (stended lauk huntok wedding). Tu belum masuk kos wine/beer. Yang India aku kurang pasti la, barangkali gulab jamun ka hapa bikin mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 02:39 PM | Show all posts
sepatutnya tak perlu letak masakan dari melayu china india kah..

letak pakej murah, sederhana mahal.. mesti tak ada isu rasis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesapa yg penah hadir dan makan di majlis resepsi kahwin orang cina kat hotel, takkan komen pasaipa majlis dorang mahai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak mcm OK je
dah sah2 majlis mengikut kaum
salam kaut pun lain2 jumlah mengikut kaum khuens
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 8 courses+dessert.
Tak masuk lagi meja yg reserve utk halal food bagi tetamu muslim.
Kau tersalah meja, nasib la.
Meanwhile resepsi melayu, macam acik Rosie cakap atas tuh.... lauk memang pelbagai tetapi hidang cara buffet.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni pon nak kata diskrminasi? Bezakan sendiri harga sejug sirap bandung dgn sejug minuman keras pun dah cukup. Balik² main isu perkauman.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina lan makan shark fin. Tentulah mahal.
Tapi kesian kat shark. Stoplah makan shark fin.

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pun racist..racist btul sapa yg komplen nih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
korang yg bising neh tak pernah pergi kenduri lain bangsa kat hotel ke?? menu pun berbeza.
lgpun bagus la murah, igt semua pengantin yg kenduri kat hotel/dewan mewah tu tak berkira2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak sama rega boleh lah yg hat melayu free flow beer gak.  Apa masalah hati lah derang ni.  Oklah tu kalau melayu murah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 05:45 PM | Show all posts
Ada yang tahu harga yang dicantumkan untuk perkawinan  bangsa Bangla, Rohinga, Nepal, Pakistan ataupun Afrika di KL ?


Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 1-9-2024 05:45 PM
Ada yang tahu harga yang dicantumkan untuk perkawinan  bangsa Bangla, Rohinga, Nepal, Pakistan ataup ...

Harga tuk indon free sbb seludup masuk bangla malam2 rumah majikan tuk kawin beberapa kali semalam selama tak kantoi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadoi... nak murah order lah yang murah. Harga pakej ikut menu bukan customer. Ada ka dia kata cina mesti order nasi goreng cina, melayu haram?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat kat rumah lagi murah. Jangankan 788 per meja. Nak udang ke ikan mahal ke, separuh tu boleh dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols speku yg buat kontrobersi ni terkilan sbb tak pernah kena jemput mkn kat mana2 wedding
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tryla attend wedding negara luar, tengok sikit makanan diaorg ‘’mewah’ tang mana, silap hb dpt manisan je air pun tak kene hidang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065663 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list