View: 30056|Reply: 26
|
Untung bersih 99 Speed Mart melonjak kepada RM125.53 juta
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2024 melonjak kepada RM125.53 juta daripada RM75.48 juta pada suku kedua 2023.
Keuntungan bersih yang lebih tinggi itu didorong oleh sumbangan jualan yang bertambah baik, pencapaian diskaun yang lebih baik dan kadar pendapatan operasi lain daripada pembekal, kata peruncit rantaian pasar mini tempatan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Hasil juga meningkat 8.2 peratus kepada RM2.41 bilion daripada RM2.23 bilion sebelumnya, terutamanya oleh sumbangan positif daripada pengembangan cawangan.
"Kumpulan mempunyai penambahan bersih sebanyak 59 cawangan, menjadikan jumlah cawangan sebanyak 2,646 pada 30 Jun 2024.
"Terdapat juga impak positif daripada platform e-dagang jualan pukal yang dilancarkan secara rasmi pada Disember 2023, yang telah menyumbang kepada pendapatan tambahan kira-kira RM2.6 juta kepada kumpulan pada suku kedua 2024," kata 99 Speed Mart.
Sejajar dengan itu, jumlah urus niaga jualan meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada 113.8 juta urus niaga pada suku dalam tinjauan berbanding suku kedua 2023.
Dalam kenyataan berasingan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata keputusan yang kukuh telah mencerminkan daya tahan model perniagaannya.
"restasi kewangan yang kukuh menekankan komitmen kami untuk menyediakan kemudahan dan nilai yang lebih besar kepada pelanggan.
"enyenaraian kami yang akan datang di Pasaran Utama Bursa Securities mewakili peristiwa penting bagi syarikat kerana kami terus memacu pertumbuhan yang mampan dan memberikan nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan," katanya.
Thiam Wah melahirkan rasa teruja tentang peluang baharu penyenaraian itu akan dibuka, yang akan membolehkan mereka mempercepatkan trajektori pertumbuhan.
"Hasil daripada penyenaraian akan digunakan secara strategik untuk mengembangkan kehadiran pasaran kami dan mengukuhkan kedudukan peneraju pasaran kami dalam industri pasar mini di Malaysia," tambahnya.
Penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Securities dijadualkan pada 9 September 2024, dengan permodalan pasaran kira-kira RM13.9 bilion berdasarkan harga runcit akhir RM1.65 dan modal sahamnya yang diperbesarkan sebanyak 8.4 bilion saham selepas penyenaraian .
Sumber – Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pantau supplier stokin ketat2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Still untung lg tu wpun byk bukak cawangan baru |
|
|
|
|
|
|
|
Speedmart tempat aku ni, x dan diorg susun kat rak dah diambil orang. Hari lori sampai anta stok, suri rumah dah tunggu nak borong. |
|
|
|
|
|
|
|
bangga org klang...
>
Our founder, Mr. Lee Thiam Wah opened a sundry store called Pasar Raya Hiap Hoe in Tepi Sungai, Klang — first foray into the retail grocery sector. |
|
|
|
|
|
|
|
wicha je ha
bukan kaleng2 ya
|
|
|
|
|
|
|
|
woww... kaya lah fonder... tak dapat dato' ke?
aku setakat ni macam wajib sekali sehari paling kurang... kadang2 4-5 kali sehari... kedai paling dekat dengan rumah... betul2 depan pagar taman.... |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman jib dulu ada kedai 1 malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Harap 9/9 ni merasa la 200%.. Dday IPO. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tu Mydin yang banyak supply barang
|
|
|
|
|
|
|
|
taman baru ada shoplot, sure 1 speedmart punya. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la sapa dapat ipo sepitmart nextweek. |
|
|
|
|
|
|
|
speedmart sekarang banyak betul cawangan. setiap taman mesti ada satu cawangan.
mau nya tak untung. |
|
|
|
|
|
|
|
speedmart baru nak bukak kat area rumah aku....yeayyyy
kalau tak, yg terdekat 4km jaraknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Nombor 99 betul2 ada ong maa |
|
|
|
|
|
|
|
Kat area taman aku ni ada 2. Pergh, jarang tengok speedmart lengang waktu puncak (waktu lunch, waktu orang balik kerja, & waktu nak tutup). Aku suka beli susu farm fresh coklat dekat speemart, murah berbanding lotus dan seangkatan dengannya.
Kat rumah mak aku kampung ceruk2 pon dah ada speedmart. Lega sikit. Kalau x, stress bila mak suruh pergi kedai 4-5 kali petang raya sebab kedai paling dekat kena drive 15minit 1way dari rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
I suka beli roti dekat speedmart.
Roti cheese dgn coklat tu yg rm4.20 harga kat speedmart rm3.90/rm3.95 jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|