CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6790|Reply: 24

DRAMA "PONDOK INGATAN CINTA" DI TV1 15 APRIL 2011

[Copy link]
Post time 11-4-2011 06:23 PM | Show all posts |Read mode
SHAH JASZLE DAN FAEZAH ELAI SERASI ‘JADI KEKASIH’ DALAM TELEMOVIE PONDOK INGATAN CINTA DI TV1


Pasangan pelakon yang mula mencipta nama dan meniti di bibir peminat drama tempatan, Faezah Elai dan Shahz Jaszle sememangnya serasi melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Kemunculan kedua-duanya membawakan drama yang dilatari babak-babak percintaan yang romantis berjaya meyakinkan penonton kedua-duanya serasi ‘berkongsi perasaan’ di layar kaca.
Dengan di bantu oleh pelakon Latif Borgiba, Zoey dan Zara Zya, kedua-dua pelakon yang mencetus fenomena menerusi drama Asmara ini muncul menghidupkan watak masing-masing dalam teledrama menarik, Pondok Ingatan Cinta pada 15 April 2011 (Jumaat), jam 3.30 petang di TV1.






Drama mengisi slot Ceritera Cinta ini berkongsi kisah Farish, lakonan Shah Jaszle sebagai pelajar kolej yang sosial dan liar. Dalam diam dia meminati gadis bernama Shila setelah mereka selalu berjumpa di kelab malam. Namun malangnya Shila sudah mempunyai kekasih.Kebetulan di kolej ramai wanita bertudung dan soleha meminatinya, termasuklah seorang gadis cantik bertudung bernama Nur Iftisya (Faezah Elai). Semestinya Farish tidak memandang langsung kerana Nur adalah budak kampung yang tidak pandai bergaya.Pada masa sama Farish tidak jemu berusaha untuk memikat Shila. Sehinggalah satu hari, kehadiran Shila di kolej tersebut telah membuatkan Farish berjaya memikatnya dan mereka selalu berfoya-foya di kelab malam.Nur melihat keintiman mereka dengan sakit hati. Farish sengaja menyakitkan hati Nur dan tidak menyukai segala yang cuba dibuat Nur bagi memikat hatinya. Dia sedar Nur tidak mampu membuat apa-apa lagi dan sentiasa mahukannya berputus asa daripada menarik perhatiannya.Dalam diam kekasih Shila memerhati gerak geri mereka berdua. Terntaya Shila hanya ingin mengikis duitnya sahaja. Kekasih Shila memukul Farish di satu tempat kemudian mencampakkan Farish di dalam hutan.Kehilangan Farish dirasai semua orang yang mengenalinya. Termasuklah Nur yang tidak putus-putus mendoakan untuknya. Tok tua menjumpainya lalu mengubati dan menjaga Farish dengan anak perempuannya Mila. Farish mula jatuh cinta dengan Mila dan ingatannya mula pulih sikit demi sedikit.Setelah pulih, Farish takut dan terus melarikan diri keluar dari hutan dan pulang ke rumah. Di kolej semua tahu kehilangannya dan kepulangan Farish dinantikan oleh Nur. Malang sekali Farish masih menghina Nur dan teringatkan Mila. Farish ke tempat tersebut semula dan mencari kelibat Mila dan Tok. Namun tiada langsung kewujudan rumah dan sebagainya dikawasan tersebut. Farish mula hairan dan takut kemudian pulang mencari Nur.Namun pada penghujung jalan itu, mampukah Farish kembali merebut cinta Nur? Masih adakah ruang di hati Nur untuk Farish yang secara terang-terangan mengkhianati perasaanya?

Credits: budiey.com
p/s: mcm best jek Like Faezah Elai...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 06:42 PM | Show all posts
gossipnyer pe????
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 07:25 PM | Show all posts
sesat... salah benang nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2011 08:05 PM | Show all posts
ptg????
mne bleh tgk.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 08:23 AM | Show all posts
nak tgk kener amik cuti ??? RTM sgt kejam ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 09:39 AM | Show all posts
ambik cuti gak ke..hehee..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2011 10:35 AM | Show all posts
Reply 6# shalady


   what to do ..dah berapa kali ulang tayang asyik terlepas .....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 04:47 PM | Show all posts
dh pernah tgk..tp gerammmm sgt dgn RTM sbb byk babak diorg potong.. :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2011 06:13 PM | Show all posts
mana tau babak dorg kene potong
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 11:20 PM | Show all posts
dh wat reminder ........takut lupe plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:05 AM | Show all posts
rtm nie memang tak patut betul..ulang tayang waktu org keje ..terpaksalah keje separuh hari atau ambil mc..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:06 AM | Show all posts
nasib baiklah cerita nie sj dengan fe yang berlakon..Kalau org lain yang acting tak teringin teman nak nengoknya..buang masa je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 01:58 AM | Show all posts
mana tau babak dorg kene potong
shalady Post at 13-4-2011 06:13 PM



    dlm guide astro tulis 1 jam tp jadinya 40 minit jer..
paling terpinga-pinga tetiba babak hero kena pukul,takde..
terus gi cari heroin yg selalu pegang bunga kemboja kat rumah ala-ala chalet tepi sungai..(ni dlm koma)
bila hero sedar dia sibuk cari siapa NUR & bunga tu..
bila dh abis,time kuar nama2,mmg ada tunjuk babak2 dlm citer ni..
yg lelain ada..cuma part hero kena pukul je takde..padahal ada..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 11:49 AM | Show all posts
terukkan rtm ni kul 3.30 dia siar..kejam tul
aku tgh keje la wei:@
siarla malam2 ke....xpesal aku cuti 1/2 ari
nk nengok fe ^ sj nyer pasal
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 12:17 PM | Show all posts
fuhhh..seb baik cuti setiap hari jumaat n Sabtuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 02:32 PM | Show all posts
Very tak logik lah pulak erkkk...ada ke pompuan yg baik mcm nur boleh tergila2 lelaki playboy dan sosial mcm farish...buta hati apa ke pompuan cam nih...kalo yer pun nak buat konflik dlm citer mcm nih..logik ahh sikit dn bleh kita terima.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 02:33 PM | Show all posts
Best ke cite ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 04:48 PM | Show all posts
Akak Sure tengok punya... buleh golek2 depan tv dengan anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 05:03 PM | Show all posts
aku EL esok ..ha ha ..sanggup ..aper alasan nak kasi boss nih aku belum pikir
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 02:46 AM | Show all posts
owh cite nih repeat dah ke? ingat baru lagik... nk tgk jugak.. xkira..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.213981 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list