CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14799|Reply: 22

[Tempatan] Ekonomi rakyat semakin stabil, pasar raya penuh pada 31 Ogos

[Copy link]
Post time 4-9-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Ekonomi rakyat semakin stabil, pasar raya penuh pada 31 Ogos
www.sinarharian.com.my
03 September 2024



CUTI sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu Merak Jalanan ambil peluang berjalan-jalan di shopping mall besar.

Niat hati nak tengok abang bomba beraksi di Putrajaya dalam perarakan Hari Kemerdekaan ke- 67 tetapi memandangkan terfikir ramai pengunjung tambahan pula sudah lewat, jadi hasrat itu terpaksa dibatalkan.

Menjelang jam 11 pagi, Merak Jalanan ambil keputusan untuk window shopping beli barang keperluan almari dan untuk rehatkan minda. Orang kata cuci mata kalau tak membeli sekali pun.

Anggapan Merak Jalanan, mungkin cuti peristiwa ini, ramai penghuni bandar keluar balik kampung atau pun pergi healing ke tempat lain yang lebih tenang. Tidak ramai orang lebih selesa di shopping mall.

Rupanya, sampai sahaja di parkir shopping mall, Merak Jalanan terpaksa pusing dua tiga kali mencari parkir kosong. Jenuh mencari sebab parkir penuh. Hampir 15 minit baru dapat rezeki parkir kosong.

Itu baru perihal cari parkir kosong. Belum lagi masuk dalam mall. Apa yang Merak Jalanan boleh ceritakan, dalam shopping mall itu dah jadi macam pasar malam. Boleh berlaga bahu bila berjalan.

Bukan Merak Jalanan nak perlekehkan apa yang berlaku, cuma nak ceritakan bahawa ramai pengunjung sehinggakan foodcourt dan restoran-restoran full house. Ada pula yang setia berbaris menanti meja kosong.

Belum lagi yang di tangan penuh dengan beg-beg belian. Dari rasa tak selesa terus Merak Jalanan rasa kagum dan bangga dengan kuasa membeli rakyat Malaysia hari ini.

Kalau dulu, kita dapat lihat suasana ini hanya berlaku pada musim perayaan tapi sekarang tidak lagi.

Apa yang berlaku ini dapat Merak Jalanan simpulkan bahawa ekonomi rakyat pada hari ini sudah stabil. Bila kuasa beli rakyat sudah meningkat, peniaga juga senyum lebar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 04:57 AM | Show all posts
penjawat awam naik gaji...semangat baru kew?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya kalau nk tengok ekonomi sesebuah negara tu stabil or tak kita boleh tgk org ramai kat pasaraya saja la no ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam nak setuju
Jumaat pagi 30/8 aku turun dr Cameron Highlands, berbondong2 bas rombongan, kereta, konvoi motor naik CH
Kalau xberduit tak sampai situ la kan
Minyak yg kata mahal pun xde hal naik bukit
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 09:18 AM | Show all posts
sukacactus replied at 5-9-2024 09:00 AM
Macam nak setuju
Jumaat pagi 30/8 aku turun dr Cameron Highlands, berbondong2 bas rombongan, kereta, ...

CH skrg sentiasa pack. pergi hari kerja pon ramai, walaupon tak sepadat hujung minggu.
mall skrg jumaat malam pon dah start penuh, i pi makan kedai tomyam tepi jalan pon penuh jumaat malam.
harga boleh tahan mahal jugek . maksudnya, makin ok la kot poket rakyat kita. takdela terus bertukar jadi T20, tapi cukup la kot nak buat makan2 luar, soping hujung minggu dgn family.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang perasan tak aircond dekat shopping mall dah tak sejuk macam dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2024 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
46BlueBerry replied at 5-9-2024 09:18 AM
CH skrg sentiasa pack. pergi hari kerja pon ramai, walaupon tak sepadat hujung minggu.
mall skrg j ...

Ok sebenarnya tp ramai yg tak dapat (tak nak) bezakan antara keperluan dan kehendak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 10:31 AM | Show all posts
aktiviti ekonomi berjalan, perkembangan yang baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 10:41 AM | Show all posts
Merak Jalanan ni baru keluar gua ke apa? Ko usha time hujung bulan org dapat gaji, sah2 la ramai org keluar beli barang. Ko ada tengok time tengah bulan shopping2 tu sendu..??
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:23 PM | Show all posts
berjalan jalan sambil merak gitu mendada
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
31 Ogos memang majoriti dah gajii baik gomen atau swasta. Next
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 5-9-2024 10:41 AM
Merak Jalanan ni baru keluar gua ke apa? Ko usha time hujung bulan org dapat gaji, sah2 la ramai org ...

Dia bandingkan dengan zaman kovid kot

Padahal masa zaman najib dulu jauh lebih rancak ekonomi

Tapi macam biasalah zaman madani ni boleh dibanding dengan zaman kovid atau zaman kegawatan 97/98 je

Nak banding zaman madani dengan zaman najib memang jauh beza ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla. Tempat aku ni peniaga pasar basah cakap orang tak ada. Orang berkira2 nak berbelanja sebab barang mahal.
Ada seorang peniaga kuih ni dulu busy katering, ambil tempahan kuih. Sentiasa full nak order kuih dengan dia pun terpaksa book awal. Satu hari boleh laku ratus2 biji kuih  Tapi sekarang berniaga depan rumah. Kurang dah orang order.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:39 PM | Show all posts
Ade ke org mesia yg mati kebuluran

Mati angkara penyakit

sbb tak control melantak ada la
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bebulu replied at 5-9-2024 12:59 PM
Ntahla. Tempat aku ni peniaga pasar basah cakap orang tak ada. Orang berkira2 nak berbelanja sebab b ...

Sapa nak gi sopim kat pasar basah..

Penuh dgn peniaga acheh, indong, rohingyuck, banglat jurrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 5-9-2024 02:46 PM

Pasar basah tipu timbangan, pamer ikan fresh dpn bila order cedok ikan perut terburai disorok bwh ikan dpn, ikan dan sayur ada bau kencing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 02:59 PM | Show all posts
tagas replied at 5-9-2024 02:39 PM
Ade ke org mesia yg mati kebuluran

Mati angkara penyakit

ada..kejadian dlm blm 8 baru ni di johor
masuk suratkhabar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 5-9-2024 02:59 PM
ada..kejadian dlm blm 8 baru ni di johor
masuk suratkhabar..

Itu layeennn... layyyeeennnn
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 05:52 PM | Show all posts
johan-adx replied at 5-9-2024 02:59 PM
ada..kejadian dlm blm 8 baru ni di johor
masuk suratkhabar..

Kat muar tu
i mean tak mcm afrika nun

mostly kebuluran mati tak mkn

mostly kat mesia mati angkara mkn
(diebetis, kencing manis, darah tinggi etc)

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Singaporean cuti kan aritu.. cuti sekolah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.061341 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list