CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21641|Reply: 23

[Tempatan] Digelar 'pelacur, anjing, lalat...', doktor di hospital awam derita dibuli, terpaksa berhenti

[Copy link]
Post time 12-9-2024 06:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-9-2024 07:31 AM

KUALA LUMPUR: Beberapa doktor yang menjadi mangsa buli di sebuah hospital awam di Sabah, tampil berkongsi pengalaman masing-masing dibuli secara verbal dan fizikal, apabila dihambur kata-kata kesat, lucah serta penghinaan kaum, selain pernah diancam senjata tajam jika tidak mematuhi arahan ketua unit.

Malah, mereka sering dimalukan di hadapan pesakit apabila kemahiran profesional mereka diperlekeh secara terbuka oleh doktor pakar.

Pembuli pula bagaikan mempunyai kekebalan apabila tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka, selepas aduan kepada pihak atasan, bahkan ketua jabatan memberi amaran akan menukar doktor yang mengadu dibuli ke unit lain.

Doktor yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Alina, mendakwa antara bentuk buli dialami adalah ancaman akan ditikam jika tidak mengikut arahan ketua unit di bilik bedah sedangkan arahan itu tidak dapat dituruti kerana menyalahi etika serta garis panduan pembedahan hingga boleh memudaratkan pesakit.

"Ketika berkhidmat di bawah ketua unit itu, saya perasan ada yang tidak kena dengan aspek pengurusan dibuat terhadap pesakit.

Apabila menyuarakannya, beliau mengugut akan membuang saya daripada unit. Sejak itu, saya berdepan pelbagai kejadian buli.

"Saya dihambur dengan kata-kata tidak senonoh antaranya pelacur, anjing, lalat selain ancaman fizikal olehnya," katanya.

Dr Alina berkata, beliau pernah membawa isu itu kepada pihak atasan hospital berkali-kali, namun tidak ada perubahan dalam unit terbabit.

Sementara itu Dr Vic pula berkata, beliau pernah melihat ketua unit itu menggunakan kata-kata kesat terhadap rakan sekerjanya, membuli dan mengarahkan mereka membuat rawatan dan melakukan pembedahan yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

"Prosedur pembedahan yang kami diarahkan itu bukan mengikuti rawatan standard dan sesiapa yang tidak menurut perintah ketua unit akan digugat dengan dibuang dari unit.

"Ketua unit berkali-kali menggugut sesiapa yang tidak menurut keputusan untuk rawatan pesakit tanpa soal-jawab akan dibuang daripada bekerja di bidang terbabit di Sabah," katanya.

Beliau berkata, satu kejadian membabitkan pembedahan kanser di kepala dan pemindahan tisu untuk menutupi otak.

Katanya, ketua unit membuat keputusan membuat pencucian luka (dressing) pada otak yang terdedah selama beberapa minggu.

"Apabila tidak setuju kerana tidak mahu memberi mudarat kepada pesakit, Dr Alina dimaki di hadapan kakitangan lain dan Dr Alina akhirnya dikeluarkan dari unit itu.

"Doktor junior dan jururawat terpaksa mengikut arahan mencuci luka ke atas otak pesakit hari-hari semasa pesakit meraung meminta tolong. Tidak sesiapa berani menyoal moral perbuatan itu," katanya.

Terpaksa tinggalkan kerjaya

Dr Jenny pula terpaksa meninggalkan kerjaya dalam perkhidmatan awam selepas tidak tahan dibuli sepanjang empat tahun berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Sabah.

Beliau yang ditemui BH mengakui alasan mengorbankan kerjaya dalam kerajaan disebabkan tidak sanggup berdepan dengan pembulian yang didakwa dilakukan oleh doktor pakar.

Beliau mendakwa, sepanjang berkhidmat di situ, terdapat 11 pegawai perubatan yang berhenti kerana tidak sanggup diperlakukan seolah-olah tiada harga diri.

"Sebelum doktor pakar itu bertugas pada Julai 2018, suasana di tempat kerja sangat harmoni. Namun, suasana bertukar sangat toksik selepas beliau bermula berkhidmat di unit berkenaan.

"Saya mangsa buli yang dihina di depan pesakit kerana saya dikatakan tidak pandai menguruskan mereka. Saya diberitahu akan diusir daripada unit kerana kemahiran dalam pembedahan saya sangat teruk.

"Saya bersama beberapa pegawai perubatan yang lain membuat surat aduan kepada pihak hospital mengenai sikap doktor pakar berkenaan.

"Pihak hospital kemudiannya memberi maklum balas dengan memaklumkan sudah mengadakan perjumpaan dengan ketua unit itu serta meminta beliau supaya bersikap lebih profesional dan berhemah semasa menjalankan tugas sebagai pakar perubatan," katanya.

Berkongsi kisah sama, pakar perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr John bersyukur kerana selepas beberapa tahun berdepan budaya kerja yang tidak kondusif, akhirnya beliau meneruskan tugas walaupun bukan dengan hospital kerajaan.

Beliau berkata, sepanjang berkhidmat di hospital itu, tidak mungkin dapat dilupakannya apabila mendengar sentimen bangsa menjadi bahan untuk memperlekeh seseorang.

"Saya pernah mendengar rakan sekerja dicerca dengan kata-kata yang menyakitkan. Dia yang berbangsa Melayu, dibandingkan dengan kebolehan bangsa lain. Hak-hak Melayu dipersoal.

"Satu kerugian buat KKM jika ramai tenaga pakar muda 'cabut' hanya kerana seorang ketua yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pegawai perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Syah, berkata beliau mendakwa rakan sekerjanya menerima gangguan seksual secara lisan apabila kata-kata lucah diucapkan kepada mereka.

"Beliau berulang kali menjerit kepada rakan sekerja saya dan saya, serta menimbulkan ketakutan dan kebimbangan sehingga menyebabkan tekanan mental dan emosi," katanya.

Dr Syah berkata, ketua unit itu ternyata menyalahgunakan kuasa apabila berasa kebal kerana tiada tindakan tegas dikenakan walaupun banyak aduan rasmi dikemuka kepada pentadbir hospital dan Kementerian Kesihatan.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2024 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:03 AM | Show all posts
aku harap doktor2 baru ni diberi pembelaan...aku ada sorang kenalan senior doktor, rasanya ketua unit dah, dah dekat2 nak pencen, asyikkkkkk la dok mengutuk doktor2 baru ni mcm2 kat fb ....as if dia sendiri tak pernah jadi junior doktor once upon a time...as if dia keluar2 dari universiti terus pandai buat kerja tahap dewa......kkwn pun naik menyampah bila asikkkk dok kata 'those days, during my time' so on and so forth....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
maklukpenggoda replied at 12-9-2024 08:00 AM

Dah berapa tahun kes buli membuli buli balik dlm kkm selama ni? Mana ada selesai?
Kkm terima laporan pastu keluar media statement the end.
Pusing2 gitu jela
Biasa yg kena buli level2 HO & jr MO
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:08 AM | Show all posts
netijen...sila jalankan tugas anda. dah dapat gambar ketua unit berkenaan, post le kt sini

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul. Ko jeles dengan doktor muda pehal? Bukan ko yang bayar gaji pun. Lain ler kalau company apak ko punya. Duhh. Pergi la bukak company sendiri kalau nak mengamuk sentiasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
So dr yg pembuli tu? Dedah je la identiti. Tau2 da hilang Dr muka bumi ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:54 AM | Show all posts
Sebab tu kawan doctor iolls, habis je kontrak, terus blah bukak klinik sendiri atau join private. Lebih terjamin mental katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 10:00 AM | Show all posts
kawan aku penah keje bhgn HR kat hospital. ada sorg doktor ni nama ada tapi dia pun tak kenal sape. punch card penuh je tapi orangnye takde. tapi time nak naik pangkat tetiba dapat surat recommendation untuk mamat tu.  tp ni zaman sblm najib la masa tu pun takde sistem thumbprint tak silap aku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:59 AM | Show all posts
cemana nak contact dr dr yang bertukar private ni eh...btw harap pembulian ni dapat di berhentikanlah. Merugikan sistem kesihatan kita
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:18 PM | Show all posts
Edited by cantthinkofany at 12-9-2024 12:23 PM

iyeee ke?......pandai ek gegulakan kami......

paling2 buang kes sbb tak de hard evidence...walhal....verbal abuse macam maner nak ada hard evidence?....ko rasa orang yg nak kena buli sentiasa nak bersedia ngan recording mode on their handphone supaya boleh rakam the abuse?

aku dah banyak kali dah handle kes mcm ni...even though aku bkn HR....bila call JTK....dia kata kena bg hard evidence...kalau issue mental stress....minta akuan dari doktor yg ko alami mental stress...minta recording of the verbal abuse...minta senarai ubat mental stress yg ko ambik....

agak2 la weiiii....last2 si pembuli lepas...coz no physical injury yg jelas n nyata.....only mental yg injured which no evidence can be produced....okay...next....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:50 PM | Show all posts
kadang2 Dr muda ni satu hal jugak....berkali2 Dr pakar ajar ada jenis x masuk otak..huhuhu

ni pernah iouls tgk masa jaga abah kat hospita gomen...aku yg jaga pun rasa mcm..korang dah knp x ingat2...huhu...maybe letih sgt gamaknya...bnyk benda nak kena ingat sudahnya apa pun x ingat...

tp kes Dr senior buli ni dulu kes kat penang kan pernah viral...apa jadi..rasa mcm diam terus jek...now sabah pula..ke Dr pakar dr penang tu kena transfer sabah...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:46 PM | Show all posts
sampai bila??
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
HDOK ke tu? Tanya jer. Racist.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:50 PM | Show all posts
doktor pun ada macam2 latar belakang, jangan lupa ada juga yang masa spm result nan hado tapi sibuk nak jadi dokter so dia guna la saluran alternatif macam masuk uni indon, uni india, dan sebagainya, yang tak pentingkan result sangat. Ujung2 masa belajar, cukup2 makan dan masa housemanship, ting tong. Ada je yang macam ni kan.

kalau yang sejenis cemerlang sedari peringkat sekolah, rasanya diorang lebih berdikari dan cepat tangkap. Sangat cepat ye refleks diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 13-9-2024 02:49 AM

Zaman viral mmg patut viral je si pembuli2 ni, nak kasi bukti verbal abuse mental abuse sexual harras bukan senang, byk kerja. Macam ofis ai ai verbal abuse tu hujung2 masuk hospital byk kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2024 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 12-9-2024 05:43 PM
seri_mawr replied at 12-9-2024 04:50 AM
kadang2 Dr muda ni satu hal jugak....berkali2 Dr pakar ajar ada jenis x masuk otak..huhuhu

ni perna ...


Betul. Slow dan lembab seperti taguna jadik doktor lagi2 yang acah2 introvert tak reti berkomunikasi dengan pesakit/penjaga pesakit. Urgh. Lain lagik kes masa kau on duty, kau pi membuta, tiba2 hado emergency pukul 3 pagi, pesakit yang juga baby 5 bulan sakit kritikal dah biru tak cukup oksigen, nurse carik HO on duty, kau tadak. Bila doktor pakar tau, kau ingat kau kena marah2 sayang ke dengan perangai camtu?

Aiol pernah dengan doktor senior maki HO sebab bodoh sifir. Hahahaha.

Banyak kali la actually dengar HO kena maki. Masa anak sakit dulu berbulan dok sepital. Interesting experience.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 12-9-2024 09:50 PM
doktor pun ada macam2 latar belakang, jangan lupa ada juga yang masa spm result nan hado tapi sibuk  ...

Kwn iols mcm yg 1st u ckp tu, surprisingly, dia la antara doc yg perform siap smbung master. Respek dgn dia. Xpernah nmpk dia merungut. While ada junior i dari sekolah budak pandai, mcm2 anugerah dpt, bila jd doc, asik komplen smpai nk stop.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:05 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 13-9-2024 01:39 AM
Betul. Slow dan lembab seperti taguna jadik doktor lagi2 yang acah2 introvert tak reti berkomunika ...

iya....mmg ada jenis2 gini..manalah pakar tu tak naik hangin...dapat pakar yang sabar nya tinggi takpe...dapat pakar keturunan singa rimau...
abis lah korang...
kadang cara kita communicate dgn senior2 pun kena betul jugak...klu awal2 dah tunjuk perangai keret x tentu pasal..mmg kena aim la ko selagi ada di situ....
bukan nak defend Dr pakar...tp kena dgr dua2 pihak...

kebanyakkan graduan skrg mmg jenis manja2...suruh lebih2 sikit tak nak..syg nak guna otak lebih2...bila jumpa yg atas lagi di katanya senior tak nak ajar...senior garang..padahal diri sendiri pun hauk....
ni general la ni..bukan tuk Dr sahaja...termasuk kerja2 lain2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka KKM pun ada buli2 ada kes.doktor eh..ingatkan sibuk sangat dan cerdik sangat dan berbadab antara 1 sama lain. Yela kan mesti diajar CMNE nak layan pesakit dengan baik so dalam masa sama mesti beradab dengan staf2 juga
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.334832 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list