CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 50064|Reply: 63

[Tempatan] Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial

[Copy link]
Post time 22-9-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Pengusaha gerai makan kesal pelanggan ‘menyalak’ di media sosial
Oleh KOSMO!
22 September 2024, 11:50 am



PETALING JAYA – “Nak tanya memang zaman sekarang pelanggan kalau jenis tak kena tekak bila pergi kedai makan akan menyalak dekat grup Facebook?”

Demikian sindiran sebuah gerai makanan di sini terhadap seorang pelanggannya kerana mengkritik makanan disediakan di premis berkenaan di media sosial.

Laman Facebook gerai berkenaan dalam satu hantaran berkata, pelanggan terbabit sepatutnya menghubungi terus premis berkenaan untuk mengemukakan sebarang aduan.

“Kenapa tak boleh WhatsApp kami terus atau adukan terus dekat kami supaya kami boleh bagi bayaran balik penuh?

“Rasa memang perangai macam ini kot jenis suka menyalak dekat Facebook Community,” kata laman Facebook berkenaan, semalam.

Namun, orang ramai menzahirkan pendapat berbeza berhubung perkara itu dengan sebahagian menyokong kenyataan gerai tersebut, manakala segelintir berpendirian sebaliknya.

Nabila Aisya menulis diruangan komen, pemilik gerai tersebut sepatutnya berlapang dada menerima sebarang aduan walaupun ia dibuat di media sosial.

“Tak kisah la terus ke pemilik atau media sosial. Pemilik seharusnya ambil keluhan sebagai sesuatu untuk ditambah baik, bukan buka laluan untuk orang lain kecam juga. Terima dan perbaiki,” katanya.

Ismail Pakir pula berkata, memang sukar untuk memuaskan hati semua orang, tetapi jika kritikan tersebut benar maka perlu diperbaiki kelemahan supaya dapat pujian.

Bagi Hall No Meen, pelanggan yang suka membuat kritikan di media sosial merupakan golongan yang laparkan perhatian dan lebih suka mengeruhkan keadaan berbanding berbincang.

Iman Alfiesha berpendapat, pelanggan sepatutnya membuat aduan kepada pemilik gerai terlebih dahulu sebelum membuat kritikan di media sosial jika tiada penambahbaikan dilakukan.

“Dah jatuhkan rezeki orang sedangkan makanan lain ada, bukan setakat ‘fish n chip’,” katanya. – KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk niaga kedai makan mmg Kene kental hati..kalu hati tisu..mskla megi je kt dpn uma..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:16 PM | Show all posts
internet ini double edge sword.

peniaga dapat keuntungan dengan marketing seluas-luasnya tetapi jika yang viral itu benda buruk... nahas
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
yg meniaga pun bukan takde yg menyalak sblm ni
alahh...kalau counter pun bukan kau org nak layan
bagi review kat google pun kau bitter menyalak semula
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kedai ni dari dulu problem kan..yang kata nak ludah dalam makanan customer tu..tak sangka ada orang duk support lagi..dah la jual western food tapi kuah macam sup berlinang2..tengok pon jeluak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai ni aku perasan rajin betul brbunyik ek.byk betul masa melayan social media instead of perbaiki.kalau komplen dpn2 kang diludahnya mknn plak.aku x ckp kedai ni la.mungkin kedai lain.cuba amek yg positif x leh ke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 22-9-2024 02:22 PM
yg meniaga pun bukan takde yg menyalak sblm ni
alahh...kalau counter pun bukan kau org nak layan
bag ...

teringat petting zoo dlm ioi mall bayar giler mahal pastu binatang sendu yakmats. hsbd iols ckp kat kaunter tp ye la pekerja tu nak ckp caner lg kan???bkn dia punya.

i mmg selalui review segala hotel/tempat2/resto kat gugel, so i review la petting zoo ni. i letak segala pic (bukti) then ckp not worth for the money, wasting time blabla. mahal sbb dlm mall+berekon je la.

the following week, iols dpt emel dari management zoo tu suh i tarik balik, inform blablabla. iols bolayan je. review i tuh beribu org view.

kwn iols tetap pergi cuti sek baru ni, dia ckp sebiji masih lagi seperti dlm gambar yg i snap. takde perubahan lgsg. review i tu 2tahun yg lalu ya.

so, mana2 tmpt pun lbh krg je i rasa kastemer bg pandangan takde nak ambil perhatian sgt pun. bila viral merempan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya kena salak kalau serve makanan seropa dog food kat restoren.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 03:11 PM | Show all posts
syamzana replied at 22-9-2024 02:51 PM
teringat petting zoo dlm ioi mall bayar giler mahal pastu binatang sendu yakmats. hsbd iols ckp ka ...

cuba tepek gmbr sistur nk tgk tempatnya acaner
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 22-9-2024 03:11 PM
cuba tepek gmbr sistur nk tgk tempatnya acaner


alaa x reti nak tepek pic
nati i try...kene godak dulu pic2 tu dah lama uols
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko sanggup post cmni, mmg org akan mengiakan lagi la post org yg complaint tu. Alahai. Baca, analyse, dan improve je la. Betul la tu, fish and chips kalau tepung tebal.. aku pun tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-9-2024 02:51 PM
teringat petting zoo dlm ioi mall bayar giler mahal pastu binatang sendu yakmats. hsbd iols ckp ka ...

berapa $ uols bayo?

iols penah tgk ada org review psl satu cafe kopi kalo tak silap area kukup/pontian
ala kiosk kampung je pun tapi viral so org pun rajin pegi carik
ada la customer yg bagi review servis lambat
ohoiii sekali itu seller merentan komen review dia
giler la...kau nak meniaga tapi mudah koyak
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pocongkiutss at 22-9-2024 03:55 PM

Pokcik tom kz ni mmg kuat sentap..tp laki meols suka beno mkn situ

Sebab dia catlover maka iols anggap dia tgh nk mengalami andropause la agaknya..sbb tu kuat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 22-9-2024 03:40 PM
berapa $ uols bayo?

iols penah tgk ada org review psl satu cafe kopi kalo tak silap area kukup/po ...

dlm 50 hengget gitu kot ke x sampai. ,cuba chuols check.
mmg la tgk hrga tu mcm agak murah tp dgn binatang 2/3 kerat jah tu tak payah pergi la, tak berbaloi. anak2 i sampai tnya ini je ke binatangnya??? nak sentuh pun byk yg tak boleh. petting zoo apooo.

iols ni selalu pergi zoo/petting zoo merata tempat kecik/besar sbb anak2 pencinta hewan so blh compare la, yes tmpt dia berekon tu je la bezanya

bila kita review sejenis owner suka merempan ni la yg payah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 22-9-2024 02:51 PM
teringat petting zoo dlm ioi mall bayar giler mahal pastu binatang sendu yakmats. hsbd iols ckp ka ...

Nasib tak masuk.. iols dok mengeletis nak masuk berapa kali dah..  maceh share..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 22-9-2024 03:40 PM
berapa $ uols bayo?

iols penah tgk ada org review psl satu cafe kopi kalo tak silap area kukup/po ...

Kopi tonggek ke chouls..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 04:11 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 22-9-2024 03:54 PM
Pokcik tom kz ni mmg kuat sentap..tp laki meols suka beno mkn situ

Sebab dia catlover maka iols ang ...

Dlu heolls bising psl customer nk pack mknn leftover. Alahai tu pun ko nk bising.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul apa dia cakap, tapi dia pun tak patut post. How are u different from the one yg ko kata menyalak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
solarlunar replied at 22-9-2024 04:11 PM
Dlu heolls bising psl customer nk pack mknn leftover. Alahai tu pun ko nk bising.

Lorr dh kenapa..mahal kan..kalau x abis mkn..apa salahnya nk tapau?

Laki iols rajin gila tapau situ..punya lama tunggu turn siap balik umah dulu pastu dtg balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai ni bukan ada kes jugak sbelum ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.495975 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list