CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14289|Reply: 127

‘Saya Idamkan Trofi Oscar, Itu Anugerah Paling Legit’ – Meerqeen

[Copy link]
Post time 22-9-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon meningkat naik, Meerqeen menyatakan impiannya untuk memperoleh trofi daripada Anugerah Akademi (Oscar) yang bertaraf antarabangsa.


Ketika ditemui OhBulan!, Meerqeen mengakui anugerah dan trofi bukanlah pengukur kejayaanya di dalam industri seni namun tetap menghargai sokongan peminat menerusi setiap karya lakonan.


"Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan apa-apa penganugerahan pun sebab pencapaian saya bukan pada trofi, pencapaian saya apabila nama saya ada dalam hati peminat.


"Kalau dapat Alhamdulillah, jika sebaliknya saya teruskan hidup macam biasa sebab menang trofi bukan ada benda istimewa pun yang jadi dalam diri saya."


"Saya ada beritahu peminat untuk tidak mengundi saya kalau saya tercalon dekat mana-mana anugerah. Bagi saya, tidak mengapa saya tidak dapat semua itu asalkan mereka dapat layanan sepenuhnya daripada saya sebagai artis yang mereka minat."


Meerqeen berkata demikian ketika ditemui di sesi temu bual bersama pelakon drama Uncle Boss Mama yang berlangsung di Bukit Jalil pada Khamis.


Mengulas lanjut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, dirinya sudah pun memperoleh banyak peluang dan tawaran sebelum memenangi anugerah.


"Mahu kata untuk lebih banyak tawaran ataupun ‘endorsement’, saya sudah lama dapat semua itu sebelum menang anugerah lagi."


"Semua orang boleh dapat itu jadi menang trofi bukanlah ada beza pun. Mungkin itu satu pencapaian tetapi bagi saya tidak menang pun tidak mengapa asalkan saya ada tempat dalam industri seni tanah air."


Walau bagaimanapun, aktor berusia 23 tahun itu tetap mengidamkan trofi daripada anugerah berprestij tersebut.


"Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya. Saya fikir anugerah itu sahaja yang paling ‘legit’ pun. Mungkin kedengaran kelakar tetapi saya percaya kalau saya kerja keras, tiada yang mustahil untuk genggam trofi tersebut."


Sekadar info, nama Meerqeen mula melonjak dalam dunia seni tempatan selepas membintangi drama popular iaitu Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3. Gandingannya bersama pelakon berdarah kacukan, Anna Jobling turut mendapat perhatian.


Rentetan itu, Meerqeen dilimpahi dengan pelbagai peluang lakonan termasuk di Indonesia. Dia juga menjadi antara wajah dan duta bagi jenama-jenama produk serta fesyen antarabangsa.


Imbas kembali, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga menerusi pertandingan Hero Remaja bagi edisi 2019/2020.




Sumber – Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak la die nak berangan oscar pon..yg x phm nape artis2 senior nak komen mengecam..nama pon impian..sukahati la nak impian jd president US pon
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak oscar? Bole...bole start practice comolot dari sekarang yachh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
anilanil replied at 22-9-2024 01:36 PM
Nak oscar? Bole...bole start practice comolot dari sekarang yachh.

Dia dh berlatih la dgn sarah yasmine. Lupa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngeh3....henry golding tu pun struggle lg nyah..memula masuk huliwud pun kena amek watak gay
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:53 PM | Show all posts
hahahahhaah heols nak cakapla heols tak hadap anugerah abp
mampoooooo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 22-9-2024 01:53 PM
hahahahhaah heols nak cakapla heols tak hadap anugerah abp
mampoooooo?

Rasanya dh blh agak sapa yg menang bintang paling popular tahun ni. Dulu pon nk menangkan dia tp takut org ramai boikot tv3.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lakonan kau pun kayu kayan nyehhh.. pelakon A-list dekat holishit pun ada yg tak dapat lagi anugerah oscar. dari kau berangan, baik kau berusaha mancungkan hidung kau tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-9-2024 01:57 PM
lakonan kau pun kayu kayan nyehhh.. pelakon A-list dekat holishit pun ada yg tak dapat lagi anugerah ...

A-list hollywood pon ada yg masih kayu bezanya diorg yg produce filem lakonan diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:59 PM | Show all posts
Oscar rating 18+


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts

sekian. dari achik #peminathunhaqeem
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan itu free. Kita bagi can dia berangan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh ni ke statement dia...yg tiber buat dia kena kecam...brtabahlah meerqeen
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni belakon best ke skrg??
pernah tgk sekali je cite heols cite melur tu, huwaaaa dari ke cerita, ml, fl, watak makayah, semua la rasa memperlekehkan kebijaksanaan iols. tgk few epi je cannot go la
lagumana blh glamer hanya dgn cerita gitu

***iols baru settle tgk the secret kat viu, mantap ye cerita (byk terjadi skrg) lakonan pelakon pun bagus ada la sorg dua kayu. cerita2 kat viu mmg bagus la bagi i. saje promot
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:27 PM | Show all posts
bila baca, sayang sunggoh dia kat pemenat. ye ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha sorry dik mak tergelak. Benda x mustahil dik tapi lamberttttt lagi dik jadi kat kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 03:44 PM | Show all posts
tapi diknon, anugerah oscar macam sendu jah sekarang

apa kata ko aim higher elsewhere, oscar is so yesterday, gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 22-9-2024 03:40 PM
Hahaha sorry dik mak tergelak. Benda x mustahil dik tapi lamberttttt lagi dik jadi kat kau

Itule..tapi xpe la..tak salah berangan...usaha lebih skiitt
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Oscar trus ye dik.. Xpe...cuba lg ok
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nk pemes kt hlwd bkn snng kna juai jiwa, jual bntut dsb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.686063 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list