View: 36527|Reply: 30
|
[Tempatan]
Sanusi mohon ampun pada Sultan Selangor
[Copy link]
|
|
Sanusi mohon ampun pada Sultan Selangor
https://www.malaysiakini.com/news/720505
Diterbitkan: Sep 25, 2024 5:50 PM
Dikemaskini: 6:17 PM
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kenyataan yang dibuatnya semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai tahun lalu.
Sanusi, yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataan itu, membuat permohonan maaf tersebut dalam sidang media hari ini.
“Patik dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah memohon keampunan Sultan Sharafuddin Idris Shah, di atas kenyataan patik pada 11 Julai 2023 di Gombak, Selangor.
“Patik sedari kata-kata patik telah menimbulkan rasa tidak selesa dan telah mengguris hati dan perasaan tuanku,” katanya.
Sanusi berkata dia kesal dengan kesan negatif yang timbul daripada kenyataan itu dan dia tidak berniat untuk mempersenda Sultan Sharafuddin yang amat dihormati dan disanjunginya.
Pada Julai lalu, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PN dalam satu ceramah mendakwa seseorang sultan yang "hebat" tidak akan melantik orang seperti Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor.
Ia mendorong pelbagai pihak termasuk ahli Dewan Diraja Selangor membuat laporan polis dan menggesa tindakan diambil ke atas Sanusi.
Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam sidang media hari ini, Sanusi berkata dia tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata yang “tidak beradab, menghina dan tidak sopan” walaupun di tengah kehangatan kempen pilihan raya “di negeri orang”.
“Dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, patik memohon beribu keampunan kepada tuanku Sultan Selangor, menteri besar Selangor dan rakyat Selangor atas keterlanjuran kata-kata patik.
“Patik berjanji akan lebih berhati-hati membuat kenyataan pada masa akan datang dan akan memastikan setiap ucapan patik selaras dengan adab sopan dan budaya Melayu kita, yang sentiasa menjunjung tinggi raja-raja Melayu dan institusi raja,” katanya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas walaun kata mana ada hina sultan. siap suruh pihak istana tunjuk ayat mana yg dikatakan menghina tu |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas setahun baru minta maaf.
Timing tu pun ikut kalendar politik juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
aikkk ...ingatkan kental gengster sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Bolehkah dicatatkan dlm catatan papan sejarah MB yg dua kali mohon maaf kpd Sultan S'ngor? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, mana pemuja2 sanusi? No comment ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang tak tumbang. |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la jadi mb..x yah masuk mahkamah kena dakwa bagai..rakyat marhaen mmg kena dakwa mahkamah dah |
|
|
|
|
|
|
|
Even x salah pun tetap minta maaf. Tak mcm BT, dah toron pungkuk org tetap bukan salah dia tp salah mangsa plk |
|
|
|
|
|
|
|
jangan layan nusibat ni...minta maaf konon...x leh pakai lebai ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
panglima mintak maaf dah....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Selangor ampunkan Sanusi
Diterbitkan: Sep 26, 2024 3:29 PM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengampunkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa mempertikaikan kebijaksanaan baginda melantik pemimpin negeri.
Baginda berkata umat Islam hendaklah sentiasa memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu ikhlas.
Baginda bagaimanapun menasihati Sanusi menjaga tutur kata, tatasusila serta jangan terlalu beremosi dan menggunakan perkataan tidak baik ketika bersyarah, terutama di Selangor.
“Beta tidak mahu rakyat khususnya di negeri Selangor terpengaruh dan terbiasa mendengar kata-kata yang kesat dan tohmahan yang tidak berasas terutama sekali daripada golongan pemimpin.
“Kelakuan dan tutur kata yang baik ini amatlah penting untuk masa depan karier politik Datuk Seri,” titah baginda.
Dua menteri besar—Sanusi dan Amirudin
Keputusan baginda itu disampaikan melalui warkah balasan kepada Sanusi yang dikongsi di media sosial Pejabat Diraja Selangor sebentar tadi.
Sanusi semalam memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin kerana berkata seseorang sultan yang "hebat" tidak akan melantik orang seperti Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor.
Kenyataan pemimpin PAS itu dibuat semasa kempen pilihan raya negeri (PRN) pada 11 Julai 2023 di Gombak, Selangor.
Sanusi berkata dia kesal dengan kesan negatif akibat kenyataannya tetapi menjelaskan tidak berniat mempersenda Sultan Sharafuddin yang amat dihormatinya..
Kenyataan itu membuatkan dia diheret ke mahkamah susulan pertuduhan bawah Akta Hasutan 1948.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujur skrg dah moden..kalau zaman dulu dah lama Nusibat ni arwah kena hukum sula..mulut cam cibaii |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 25-9-2024 07:26 PM
Sanusibat tersenyum sinis {:m ...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|