View: 38688|Reply: 31
|
[Tempatan]
Biar Eropah terus amal LGBT agar bangsa mereka pupus - Dr Mahathir
[Copy link]
|
|
Biar Eropah terus amal LGBT agar bangsa mereka pupus - Dr M
https://www.malaysiakini.com/news/720859
Hariz Mohd
Diterbitkan: Sep 28, 2024 5:23 PM
Dikemaskini: 5:31 PM
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini secara sinis berharap bangsa Eropah meneruskan gaya hidup LGBT supaya bangsa mereka pupus satu hari nanti.
Dalam ucapannya pada perbincangan meja bulat mengenai peranan wanita Islam di Malaysia, Dr Mahathir mengingatkan hadirin supaya berhati-hati apabila mencontohi bangsa Eropah, terutama dalam soal moral.
"Sebab itu kita dapati di Eropah umpamanya, apa salahnya kalau wanita membuat apa yang lelaki boleh buat walaupun tak baik. Jadi itu pendapat mereka, perlu ada persamaan. Dan sekarang ni kita dapati di Eropah lelaki boleh kahwin dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.
"Saya harap mereka akan teruskan fahaman ini, kerana apabila mereka amalkan LGBT ini mereka tak mungkin dapat anak, jadi lama kelamaan bangsa mereka akan hilang.
“Sebab itu kita harus berhati-hati. Walau kita kejar persamaan, kita bezakan pendapat mereka dengan pendapat kita. Kita di Malaysia ini kita tuntut persamaan tapi ada hadnya.
"Kita kekalkan nilai moral kita. Kita tak dijadikan sedemikian sehingga kita samakan lelaki dengan perempuan ke tahap yang terdapat di Eropah," kata Mahathir dalam ucapan penutupnya pada majlis bertajuk 'Masa depan umat Islam di Malaysia: Peranan wanita antara tuntutan dan kewaspadaan'.
Program itu diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dan melibatkan pemimpin wanita Islam, aktivis dan ahli akademik.
Konsep keluarga akan lenyap
Dalam ucapannya, bekas perdana menteri itu turut memuji wanita di negara ini atas pencapaian mereka dan menggesa golongan itu untuk terus berusaha dalam memperjuangkan peluang yang sama.
Namun katanya sikap keterlaluan seperti yang berlaku di Barat boleh memudaratkan masyarakat.
"Kita punya amalan satu-satu keluarga itu adalah pasangan lelaki dengan wanita, dengan anak-anak mereka apabila mereka berkahwin antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, mereka tak dapat anak.
"Jadi kalau nak anak mereka terpaksa guna orang lain untuk bekal anak, bagi dapat anak kepada mereka. Dengan ini konsep family, keluarga akan hilang.
"Sebab itu dalam kita menuntut persamaan di Malaysia ini, kita harus memikir dengan mendalam, jangan kita turut semua dilakukan orang Barat ini kerana ia tidak baik untuk masyarakat kita,” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata tiada masalah untuk wanita bersaing dengan lelaki tetapi ada batasnya.
"Umpamanya, sekarang ini pesawat pejuang pun boleh dipandu wanita. Itu tak jadi masalah, tapi taklah sampai ke tahap terima LGBT, hapuskan nikah kahwin dan keluarga yang kita amalkan di dalam negara kita ini," ujarnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Why u say like dat Tun? Punya lama dah depa guna surrogate mothers and sperm donors. Camne nak pupus? Anak2 derang lak tak semestinya end up gays juga so selama dua dekad ni x de pun pupus maybe kurang anak jer sbb high cost of living mcm mana2 globally. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah benci seseorg pon, benda betul pon dikatakan salah..cuba yg ckp tu banduan terhormat abunon lak, mesti lain jawapan walanon.. |
|
|
|
|
|
|
|
LGBT couple tu terlalu kecil peratusannya tak menambah atau mengurangkan populasi pun.
Kalau pupus pun sebab straight couple yang tak nak beranak tapi lambat lagi lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 28-9-2024 08:47 PM
Why u say like dat Tun? Punya lama dah depa guna surrogate mothers and sperm donors. Camne nak pupus ...
Betul lah tuuu dgn mcm2 teknoloji yg ada. tapi lama2 akan menyebabkan kecelaruan dlm institusi kekeluargaan…bagi masa 20-30 tahun utk berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 28-9-2024 09:27 PM
LGBT couple tu terlalu kecil peratusannya tak menambah atau mengurangkan populasi pun.
Kalau pupus ...
Masalahnya gaya macam ramaiiiiii jah straight couples yang lahirkan gay jua sissy. So life goes on lah kot sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 28-9-2024 09:30 PM
Betul lah tuuu dgn mcm2 teknoloji yg ada. tapi lama2 akan menyebabkan kecelaruan dlm institusi kek ...
Kecelaruan dah pama berlaku kat malaysia ni katanya dengan adanya GISBH katanya sissy. Abuya seorang yang telittiiiiiii sangat sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh typo pulak akak nak taip lama jadi pama sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Omputih rajin lah nak kaji kaitan sexual orientation ni dengan genetic tapi aku percaya benda ni random ja. Straight couples boleh ja dapat anak LGBT and vice versa. Benda ni akan wujud sampai kiamat lah sister, whenever that will be.
|
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 28-9-2024 09:38 PM
Eh typo pulak akak nak taip lama jadi pama sissy.
Sbb kaka peminat megi pama?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sokonggg.. jgn bagi muka pada kaum yang dah sah2 di laknat iaitu lgbtq |
|
|
|
|
|
|
|
membiak mmg boleh
tapi peratusan populasi tu boleh jadi mengurang
kita mmg tak nampak skrg
tapi rentua ni minda dia melangkaui zaman komer |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 29-9-2024 09:02 AM
Sekarag "Beta" nak bertanya ... Apa jadinya Malaysia 20 tahun atau 30 tahun lagi jika Politik dan Perilaku "Racism, Apartheid dan Discrimination" terus dikekalkan dan digalakkan di Malaysia oleh negara untuk menunjang dan pertahankan "Status Istimewa bangsa melayu" ?
Coba bandingkan dampaknya ... Mana yang lebih teruk antara masalah "kebebasan privat/individu" dengan "politik atau policy negara" ?..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 28-9-2024 09:51 PM
Sbb kaka peminat megi pama?
Akak rite nawww tengah gilakan mamee perisa lontong tu sissy. Sedap berlemak gaytoh sis. Try le sis. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 28-9-2024 10:36 PM
Akak rite nawww tengah gilakan mamee perisa lontong tu sissy. Sedap berlemak gaytoh sis. Try le si ...
Nanti iols cari dan try.. iols peminat setia bihun pama mama jahh |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 28-9-2024 09:27 PM
LGBT couple tu terlalu kecil peratusannya tak menambah atau mengurangkan populasi pun.
Kalau pupus ...
This is true for japan generasi tua ramai generasi muda tak nak anak or satu je anak. Tak payah tengok ke europe Tun, tengok ke Jepun je sudah which is ironic cos satu masa dulu Tun's motto was pandang ke Timur (jepun). |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 28-9-2024 09:30 PM
Betul lah tuuu dgn mcm2 teknoloji yg ada. tapi lama2 akan menyebabkan kecelaruan dlm institusi kek ...
Sekarang pun dah berlaku jgn kata kat US ke europe kat malaysia pun ada (kes gisb). |
|
|
|
|
|
|
| |
|