View: 16065|Reply: 24
|
Sudah tiba masa isytihar gencatan senjata di Gaza, Lubnan - Biden
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkata sudah tiba masa mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza dan Lubnan, selepas menyokong pengeboman Israel sehingga terbunuhnya pemimpin Hizbullah, hassan Nasrallah, di Lubnan semalam.
Gesaan itu dibuat ketika Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan serangan berterusan Israel dalam tempoh 24 jam mengorbankan 52 lagi penduduk Palestin dan mencederakan 118 lagi manakala 33 terbunuh dan 195 cedera di Lubnan dalam tempoh sama.
Presiden AS, Joe Biden, menyifatkan pembunuhan Nasrallah, sebagai satu 'keadilan' untuk mangsa Hizbullah termasuk ribuan rakyat AS, Israel dan orang awam di Lubnan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sehari selepas serangan udara Israel di selatan Beirut sehingga membunuh Nasrallah, Biden mengulangi sokongan AS terhadap regim Zionis itu.
"Israel berhak mempertahankan diri daripada Hizbullah, Hamas, Huthi dan mana-mana kumpulan yang disokong Iran, namun pada masa sama, saya tekankan keperluan untuk penyelesaian diplomatik bagi mencapai keamanan selepas sekain lama berperang.
"Matlamat utama kita adalah untuk mengurangkan konflik yang sedang berlaku di Gaza dan Lubnan melalui cara diplomatik, sudah tiba masanya untuk keamanan di seluruh rantau Asia Barat," katanya.
Tambahnya, Washington kini turut mengkaji semula kehadiran tentera AS di rantau berkenaan, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, diarah mempertingkatkan pertahanan pasukan tentera AS di Asia Barat untuk menghalang pencerobohan dan mengurangkan risiko perang serantau yang lebih luas.
Austin sebelum ini sudah dua kali berkomunikasi dengan rakan sejawatnya dari Israel, Yoav Gallant, pada Jumaat dan menekankan bahawa AS bertekad untuk mencegah Iran, rakan serta proksi yang disokong Iran daripada mengeksploitasi keadaan atau mengembangkan konflik, kata jurucakap Pentagon.
Washington sebelum ini memberikan sokongan penuh kepada Israel walaupun terdapat kebimbangan daripada Russia dan beberapa negara Eropah lain serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai kemungkinan kesan buruk daripada pembunuhan Nasrallah.
Menurut jurucakap, Stephane Dujarric, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, sangat bimbang dengan peningkatan mendadak peristiwa di Beirut dalam tempoh 24 jam lalu.
"Kitaran keganasan ini mesti dihentikan sekarang dan semua pihak mesti berundur daripada peperangan. Rakyat Lubnan, rakyat Israel, serta wilayah yang lebih luas, tidak mampu menanggung perang lebih besar. - AFP
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
tipu. setiausaha dia dok pam 8billion lg kat israhell |
|
|
|
|
|
|
|
Biden ni dah cam zombie |
|
|
|
|
|
|
|
Tensions are escalating after Israel said it had wiped out Hezbollah's top brass in the airstrike on southern Beirut that killed the group's leader, Hassan Nasrallah |
|
|
|
|
|
|
|
Firefighters attempt to extinguish the fire at a power plant following Israeli airstrikes on Hodeidah city, Yemen, on September 29 |
|
|
|
|
|
|
|
Hundreds of Israeli tanks have been deployed in the Upper Galilee region of northern Israel |
|
|
|
|
|
|
|
sembang kencang tapi satu apa pun xjalan. |
|
|
|
|
|
|
|
atok bidin baru bangun dari koma ke???
|
|
|
|
|
|
|
|
setan tu memang nak luaskan negara mereka, ambil wilayah-wilayah di Jordan, Lebanon hingga sebagian Syria, Irak, dan Mesir. The great serohell. Negara lain tu tunggu turn. Lubnan go first atas alasan lawan Hizbullah.
|
|
|
|
|
|
|
|
'...Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, diarah mempertingkatkan pertahanan pasukan tentera AS di Asia Barat'
betul la dia cakap.
|
|
|
|
|
|
|
|
biden lebih kurang kata Mission accomplished hamas dan hizbullah dah kalah |
|
|
|
|
|
|
|
menggigil iran xberani nak bantu anak emas dia
dia tau dia xkuat pon
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyanyok ke si tua kutuk jahanam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Skrip sama. Minta gencatan senjata tapi pada waktu sama hujur bom dan senjata kepada israel. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala hotak ko berjambul uban la ko tua kutuk...dasar cilaka... genocide yg Bani Israel buat ko buta tuli..eeee mmg dasar cilaka..
Soryy xde perkataan yg lbh sesuai utk den tulis... cilaka cilaka cilaka... harktuihh |
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap sambil terus menyalurkan dana ke tanah haram. |
|
|
|
|
|
|
|
silance replied at 30-9-2024 10:32 AM
setan tu memang nak luaskan negara mereka, ambil wilayah-wilayah di Jordan, Lebanon hingga sebagian ...
Harap bhgian mekah n madinah.. Takde lah kena serang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|