CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 32246|Reply: 44

[Tempatan] Pakai kasut,tolong jangan pakai selipar..Jurugambar Nasihat Lelaki Jaga Penampilan Datang Majlis Kahwin

[Copy link]
Post time 30-9-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 30-9-2024 11:11 PM

Majlis perkahwinan adalah majlis di mana kita meraikan pasangan pengantin di hari bahagia mereka




Pada masa inilah ramai tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang hadir dalam satu majlis.

Sudah tentu, penampilan harus dijaga apabila datang ke sesebuah majlis perkahwinan, apatah lagi jika ianya terdiri daripada golongan yang berada dan majlis perkahwinan itu mewah.

Tak akanlah pula tak nak jaga penampilan betul tak? Namun, itu bukan bermakna majlis perkahwinan yang biasa membuatkan anda tidak memakai pakaian kemas.

Baru-baru ini, seorang jurugambar menasihatkan kaum lelaki agar memakai pakaian kemas semasa hadir ke majlis perkahwinan

Nasihat kaum lelaki agar pakai lebih kemas, pakai kasut bertutup bukan selipar

Menerusi video tersebut, seorang jurugambar perkahwinan berkongsi sebuah gambar memaparkan penampilan beberapa orang tetamu yang hadir dalam sebuah majlis perkahwinan.

Tidak menunjukkan wajah, jurugambar berkenaan berkongsi pakaian beberapa orang tetamu yang dianggap tidak kemas ketika hadir ke majlis tersebut.

Dapat dilihat sekumpulan lelaki mengenakan baju t-shirt dan memakai selipar ketika bergambar bersama pengantin.

Menurutnya, ia tidak kemas dan patut memakai kasut agar gambar nampak lebih cantik.

"Yang lelaki, tolong pakai kasut pergi wedding, benda ni bukan apa tau dia kadang-kadang pengantin nak masukkan gambar korang dalam album ke dia nampak tak beretikalah, nampak macam spoil dekat situ.

"Orang perempuan boleh pakai lawa-lawa lelaki asal kena pakai macam ni ye, korang ingat korang pergi mana.

"Pakai baju pakaian bersesuaian dengan majlis, dia bukan pakai selipar macam kau nak pergi pasar, pergi kedai bawah rumah kau," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 04:26 AM | Show all posts
standard ah..t shirt besor sampai ke siku..baju tak tuck-in.. jenis tak reti hormat majlis ni susah..kecik2 mak bapak tak ajar masuk majlis..

mentaliti rempit selekeh ni semak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalah pakai selipar? Kecoh la jurugambar ni. Ke just content creator wanabr shid?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 09:56 AM | Show all posts
otai_g replied at 1-10-2024 04:33 AM
Apa masalah pakai selipar? Kecoh la jurugambar ni. Ke just content creator wanabr shid?

pergi majlis kahwin, pakaila at least sandal.. kasut.. tak perlu pon kasut kilat2.. sneakers pon acceptable lagi..

ni biasa tengok kalau kenduri kawin kt rumah la biasanya... yg lelaki la yg bermasalah pakaian..
seeloknya pakai semi-formal
t-shirt berkolar, kemeja lengan pendek, baju batik
seluar khakis / polo / slack.. jeans tu.. hmm.. last option kalau sungguh tak ada
elak pakai baju2 bergambar bukan2.. metallica ke..
kesah pulak aku baju tu Ducati ori ke.. Hard Rock Cafe Seoul ke apa..

kan semat helok pakai kemeja batik lengan pendek... seluar polo.. sneakers kalau budak2 muda. Kalau bapak2 bole match dengan kasut kulit kasual

yang perempuan biasanya lebih mudah. Pakai baju tradisional yang tak mencolok mata.
Jemputan ni pelbagai usia... ada pak lebai.. ada adik2.. kalau kebaya tu janganla melekat sendat mendat..

kasut pulak kalau kat dewan ke.. taman ke.. bole la pakai heels..
kot kalau kt kampung prepare la kot jalan becak ke.. sandal dah memadai
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 10:22 AM | Show all posts
Hormati majlis. Kalau di rumah kampung, risau panas berlengas, sarung t-shirt berkolar.
Untuk tempat yang lebih selesa silalah pakai kemeja, berlengan pendek pun tak apa.

Kadang-kadang jemputan dah dinyatakan dress code pun payah nak ikut. Tak faham betul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
perempuan skg ni pon ada je yg dah malas nak pakai proper..  ada ke pakai jeans & thsirt je haishhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2024 10:26 AM | Show all posts
betul... sebab tu kau pergi sekolah pun kena pakai kasut, pakai kemeja. benci betul aku tgk org lelaki yg gi kenduri kawin pakai tshirt, selipar, pastu selempang beg acah2 abg kawasan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 11:47 AM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 1-10-2024 11:49 AM

hmmm
pengalaman majlis anak saya
kebanyakan tetamu lelaki akan berpakaian kemeja lengan / batik ..
yg perempuan pun pakai cantik cantik dari biasa yg i jumpa kat ofis
tak perati pulak kaki depa
tapi .. kalau dah pakai baju lawa lawa smart smart
takkan lah pakai selipar jamban .. kannnn

saya sendiri, selepas berdiri berejam rejam, dari heels, i tukar sandal jugak ...
tapi majlis bukanlah kat hotel

tapi .. tak kisah lah
tetamu pakai apa pun
yg parents dan mempelai kisah kisah ... ramai rakan taulan datang meraikan majlis  depa (rasanya)

jurugambar tu terpaling
mungkin sebab itu kerja dia ..
misti lah dia nak yg terbaik
yg cantik cantik  ..
fahammm

Nota: ada juga terima jemputan yg ada dress codes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 11:52 AM | Show all posts
kalau payah2 sangat org tak dtg abe fotographer woi
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 1-10-2024 10:22 AM
Hormati majlis. Kalau di rumah kampung, risau panas berlengas, sarung t-shirt berkolar.
Untuk tempa ...

Pakcik2 kampung kalau pg kenduri, style diorg pakai baju berkolar walaupun berpecah juga tolong masak dan basuh periuk belanga di dapur..baju diorg on point..xtau la kat tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:07 PM | Show all posts
atuk2 kat kg aku dulu kalau kenduri kawin wajib pakai baju melayu tau.

jom lah kita menghidupkan semula tradisi, jgn alasan panas kalau majlis dalam dewan ada ekon. Kalau lepas tu nak singgah memana mall even pasar pun pakai ja baju melayu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:15 PM | Show all posts
Kuin-Kepam replied at 30-9-2024 08:26 PM
standard ah..t shirt besor sampai ke siku..baju tak tuck-in.. jenis tak reti hormat majlis ni susah. ...

Mesti pakai topi dengan bawak sling bag tak leh tinggal tu hahahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:17 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-10-2024 04:07 AM
atuk2 kat kg aku dulu kalau kenduri kawin wajib pakai baju melayu tau.

jom lah kita menghidupkan se ...

Kan, baju melayu yang lengkap lak tu. Sangat menghormati majlis.

Btw pompuan pun sama. Sila pakai baju kurung/kebaya/dress dan sewaktu dengannya.
Bukan pakai skirt jeans dengan blouse, pakai seluar dengan tshirt, kau nak pegi mall boleh la, ni wedding sila pakai formal ye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:19 PM | Show all posts
kucingitam replied at 1-10-2024 02:26 AM
betul... sebab tu kau pergi sekolah pun kena pakai kasut, pakai kemeja. benci betul aku tgk org lela ...

Ada yg pakai topi koboi.
menda laaa, ingat orang kagum sangat dengan topi koboi kau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki kan hehhe
Satu baju utk semua mejelis kekdahnya
Hari raya pun sebolehnya tanak pakai baju melayu disarungnya kurta ngn jeans so nak kata apa

Kalau pakai baju melayu dgn sandal/capal okey je
Tp kalau pakai casual sesuai la pakai sneakers


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:20 PM | Show all posts
bintangct replied at 1-10-2024 02:24 AM
perempuan skg ni pon ada je yg dah malas nak pakai proper..  ada ke pakai jeans & thsirt je haishhh

Betul aku penah nampak a few times.
Tak sesuai kalau pegi wedding, walaupun wedding jenis pacak khemah depan rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2024 12:22 PM | Show all posts
Edited by sufi^_^ at 1-10-2024 04:23 AM

Tu pasal kena ada awareness pasal etika berpakaian ikut majlis.
Sesengkek mana pun, usahakanlah utk ada baju formal yang sesuai dipakai masa hadir jemputan wedding.
Baju tu tak yah mahal2 pun, asalkan sesuai.

Sila belajar hormat majlis orang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-10-2024 12:07 PM
atuk2 kat kg aku dulu kalau kenduri kawin wajib pakai baju melayu tau.

jom lah kita menghidupkan se ...

Suka stail yg ala melayu klasik mcm sapa tah viral kenduri kahwin dia  baru2 ni tu
Semua tetamu pakai stail klasik mcm dulu tu
Zaman skrg ni biasanya family pengantin je yg pakai baju melayu tu pun terpaksa sbb pengantin yg sediakan.
Salah satu dorang tak suka pakai baju melayu alasan panas.

So pilihla material jenis cotton tak panas, pastu pakai la baju melayu yg berpesak
Lengan lebar bukan ketat melekap slim fit mmg la panas material plak polyster emmm berlecak ketiak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-10-2024 12:37 PM



Org lelaki kalau malas nak pakai full baju melayu
Boleh je pakai baju rakyat camni, harga pun tak mahal sgt biasanya material cotton.
Tak panas baju gini boleh match ngn memana suar yg longgar dan selesa. Cth mcm seluar yg org pakai ngn kurta/jubah tu ke atau slack hitam ke.
Ini kalau kenduri org melayu laa tgk laa lokasi juga.
Kalau tak pakai la kemeja lengan pendek tu haa kat brand outlet pun ada RM89 je dapat 2 helai.
Ok la drpd pakai teset, jeans, bag silang dan selipar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2024 12:39 PM | Show all posts
pakai je ape yg korang rasa selesa
tak yah pertikaikan ape orang lain pakai
janji makanan kene banyak
kalau x kesian kat tetamu yg datang kalau xdpt makan
yg pasti kalau majlis tu bertema aku malas nak datang
tp sebab wajib dan makan free kene dtg jugakla
dengan harapan majlis tu ada cendol dan teh tarik
eh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.713334 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list