CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22167|Reply: 24

[Tempatan] Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman. #7, Penganggur tikam pereka dalaman 20 kali didakwa membunuh

[Copy link]
Post time 2-10-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 2-10-2024 03:25 AM

Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman

https://www.freemalaysiatoday.co ... nuh-pereka-dalaman/

Faiz Zainudin
02 Oct 2024, 10:10 AM


Seorang penganggur, Lim Wah Siong, 50, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman di Bandar Sri Damansara.

Tertuduh, Lim Wah Siong, 50, didakwa membunuh Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah unit pangsapuri Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, 14 Sept lalu.

PETALING JAYA: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman dalam kejadian di Bandar Sri Damansara, 14 Sept lalu.

Tertuduh, Lim Wah Siong, 50, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah unit pangsapuri Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, pada 9 malam, 14 Sept lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Nov depan untuk sebutan kes bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurain Syafiqeen Mohd Rozi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 16 Sept lepas, media melaporkan seorang pereka dalaman berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Damansara dengan 20 kesan tikaman di seluruh badan, termasuk tangan dan kepala.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 50 hingga 61 tahun dalam serbuan di sebuah pangsapuri di ibu kota pada 3 pagi, 21 September lalu kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 10:26 AM | Show all posts
"Seorang penganggur, Lim Wah Siong, 50, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman di Bandar Sri Damansara.
Tertuduh, Lim Wah Siong, 50, didakwa membunuh Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah unit pangsapuri Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, 14 Sept lalu."

Aaiiya, age half century already. Macamana dia masuk rumah tu tapi tak ada kesan umpil pecah pintu. Bekas penyewa? Master key?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:28 AM | Show all posts
Moga hukuman gantung sehingga mampus.. Kalau tidak dihukum gantung pun, yang orang Malaysia terpaksa menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam jel..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 10:32 AM | Show all posts
dah umo 50 pun pertuduhan kena baca dlm bahasa mandarin. cina totok betul ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:04 AM | Show all posts
owh ni yg rmh berselerak kotak2 dpn rmh tu ye


dapat dh ye pelaku die
ape motif ye
hutang ke kena scam
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia boleh smpi nk bunuh org.. apa hubungan dia dgn mangsa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2024 11:24 AM | Show all posts
Penganggur tikam pereka dalaman 20 kali didakwa membunuh

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... i-didakwa-membunuh/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
2 Oktober 2024, 10:08 am


Lim Wah Siong ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. Foto oleh Ahmad Iqbal Rosli/Kosmo!

PETALING JAYA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang maut ditikam 20 kali di sebuah unit pangsapuri di Bandar Sri Damansara di sini bulan lalu.

Lim Wah Siong, 50, mengangguk tanda faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Pengakuan tidak direkodkan kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Wah Siong didakwa membunuh Muhammad Sharqawi Abu Bakar ,36, di sebuah unit pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara di sini pukul 9 malam pada 14 September lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 November ini bagi sebutan kes bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurain Syafiqeen Mohd. Rozi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kosmo! pada 16 September lalu melaporkan seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas ditikam 20 kali dalam kejadian di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1 pagi tadi.

Katanya, jiran mangsa membuat laporan selepas merasa bimbang sekiranya terjadi sesuatu kepada mangsa setelah didengari bergaduh dengan individu tidak dikenali.

Menurut beliau, kejadian di dengari bergaduh itu berlaku sekitar pukul 11 malam dan pengadu tidak melihat mangsa keluar dari kediaman selepas kejadian itu.

“Sepasukan polis bertindak ke lokasi kejadian dan menemukan seorang lelaki berusia 36 tahun dalam keadaan tidak bernyawa,” katanya.

Jelas beliau, terdapat kesan tikaman dipercayai dilakukan individu yang masih belum dikenal pasti.

Hasil semakan mendapati mangsa bekerja sebagai pereka hiasan dalaman rumah, tinggal sendirian dan baru sahaja membeli kediaman itu tahun lepas.

Sebanyak 20 tikaman dikesan antaranya di bahagian rusuk (lima kali), kepada (enam kali) dan pergelangan tangan (sembilan kali).

Jelas beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut bermula dengan kejadian pecah rumah sebelum menjadi samun dan menyebabkan kematian. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelah rumah aku pun pereka dalaman. Jantan bapuk lembut. Kita pakai tuala ikat kat pinggang dia ikat kat dada. Nasib kote tak lepas hujung tuala bawah. Jemur baju kat belakang. Ada jantan2 datang jugak. Aku cakap jangan satu hari jadi kes 302 sudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 11:35 AM | Show all posts
oo da dapat tangkap eh. alhamdulilah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif x dinyatakan lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:29 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 2-10-2024 03:04 AM
owh ni yg rmh berselerak kotak2 dpn rmh tu ye

Kalau beli rumah owner asal rumah tu india atau cina hati-hati la. i syak rumah tu mesti kena pecah sebelum ni.
arwah pun baru beli rumah tu.

i baca kat kosmo...penjenayah 3 ekor ni tak kenal mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapok tua dgn anak ikan ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:03 PM | Show all posts
gigahertz replied at 2-10-2024 02:29 PM
Kalau beli rumah owner asal rumah tu india atau cina hati-hati la. i syak rumah tu mesti kena peca ...

x kenal?
tak kan la baru masuk rumah tak tukar lock ape
sbb xde tanda pecah masuk kan

ke dorg perdaya kekonon nk repair or something offer nk promo so arwahnya bg masuk

so, again...ape motif
mmm

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:04 PM | Show all posts
izwan_izi replied at 2-10-2024 03:00 PM
Bapok tua dgn anak ikan ke..?

3 org terlibat
xkn 4some plk


hishhh


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 2-10-2024 03:04 PM
3 org terlibat
xkn 4some plk


yg lg dua tu tak kene dakwa plak??

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:20 PM | Show all posts
star_karat replied at 2-10-2024 11:34 AM
Sebelah rumah aku pun pereka dalaman. Jantan bapuk lembut. Kita pakai tuala ikat kat pinggang dia ik ...
deleted
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 03:22 PM | Show all posts
izwan_izi replied at 2-10-2024 03:00 PM
Bapok tua dgn anak ikan ke..?

ni confirm kenal
xde maknanya tetiba pecah masuk dan samun
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:30 PM | Show all posts
so motif memang nak samun ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 06:36 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 2-10-2024 07:03 AM
x kenal?
tak kan la baru masuk rumah tak tukar lock ape
sbb xde tanda pecah masuk kan

mungkin arwah sejenis tak lock pintu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 08:08 AM | Show all posts
gigahertz replied at 2-10-2024 06:36 PM
mungkin arwah sejenis tak lock pintu.

tu nmnya peluang

that's why laaaa
everytime masuk rumah tu cpt2 la lock grill, pintu utama tu
plus sblm tidur pintu2 dapur tu pun g check dulu dh lock ke belum
kita x blh bg peluang kt penjenayah2 ni

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.575575 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list