View: 13291|Reply: 45
|
Wanita enggan jual tanah pusaka seluas 12.24 meter persegi bernilai RM230 juta
[Copy link]
|
|
SINGAPURA – Seorang wanita enggan menjual sebidang tanah yang merupakan satu-satunya kampung di Singapura ketika ini, lapor portal berita Asiaone semalam.
Sng Mui Hong enggan menjual tanah seluas 12.24 meter persegi dengan nilai semasanya adalah SG$70 juta (RM230 juta) di Kampung Lorong Buangkok.
Dia dan empat saudara kandungnya mewarisi tanah di kampung itu daripada bapanya, mendiang Sng Teow Koon yang membelinya pada 1956.
Walaupun tanah itu dilaporkan bernilai SG$70 juta, Mui Hong enggan menjualnya kerana telah berjanji kepada mendiang bapanya.
Anak bongsu daripada empat beradik itu menyatakan dalam satu klip video TikTok ejen hartanah bahawa bapanya mahu menyimpan tanah itu untuk keturunan mereka.
“Ia satu dosa besar kerana kamu sudah berjanji dengan bapa kamu (untuk menjaga tanah ini), bagaimana kamu boleh berbohong?” soalnya dalam video itu.
Sikap wanita itu mendapat pujian netizen dengan ada yang menulis bahawa dia tidak mementingkan wang dan menepati janji. – AGENSI
Sumber - Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
mati esok, sedara mara tolong jualkan...
|
|
|
|
|
|
|
|
asudau replied at 3-10-2024 08:15 AM
mati esok, sedara mara tolong jualkan...
Most likely lah akan jadi mcm tu. Lagi pon sedara mara akan fikir depa xde buat janji apa2 datuk mereka |
|
|
|
|
|
|
|
mula la sedara dari bau bau bacang sampai ke bau2 durian
semua nak ngaku adik beradik time jual tu
deme tunggu nenek ni mati je
elok je mati time dalam 7 hari tu
dah discuss dah apa nak buat dengan tanah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
jual lah. g round the world. g lepak delta camp kat antartika tu. pastu migrate tempat lg best. |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 3-10-2024 08:55 AM
jual lah. g round the world. g lepak delta camp kat antartika tu. pastu migrate tempat lg best.
Mungkin pada dia nak tunggu bargain price yg lebih lagi. Knowing singapore tanah mahal. SGD 70 juta tu maybe kecik lepas dah bahagi kat sedara mara. Kos of living tinggi. Kalau MYR tu baru la besar value nya if duduk malaysia
Or makcik tu jual, pastu pindah duk malaysia. Boleh beli tanah lagi besar. Pastu baki beli rumah kat KL buat sewa. Baki boleh buat rumah utk sendiri duduk. Baki duit lagi tu boleh buat jalan2 around world.
Gittchewww SG berangan mcm duit sendiri pulak kan. Tp ok lah kan. Duit ado, income ado, life pon tenang2 aja
Kalau duk SG tu life pon hustle2 … dah tua2 ni baik duk malaysia tenang2, medical cost pon mur mur je |
|
|
|
|
|
|
|
beso mana 12.24 meter persegi tu? |
|
|
|
|
|
|
|
byk kali i tgk kt utube pasal kg auntie ni
auntie ni pun tak kawin2 smpi skrg, ada anak sedara ramaila
kg ni siap ada surau utk jemaah muslim, mendiang apak dia buatkan
mmg terbaik.. tp kiri kanan kg di apit flat2 HDB
lagi selesa rumah ada tanah nak bercucuk tanam, ada durian kot depa tanam |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang 6m x 2m je...kecik betoi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bengong punya wartawan. Tak reti nak semak dulu rege SD70mil dengan luas 12.24m/persegi. Itu besar bilik.
Memang tak masuk akal laa hanat.
Saiz lot tu 12,248m/persegi. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau sq meter ni tak boleh nak bayangkan sangat..
so 12k sqm tu lebih kurang 132k sq ft ataupun 3 ekar lebih..
Kire beso gak ahh tanah 3 ekar tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
tompie replied at 3-10-2024 10:42 AM
Aku kalau sq meter ni tak boleh nak bayangkan sangat..
so 12k sqm tu lebih kurang 132k sq ft ataup ...
Dalam artikel lain ada sebut,
"KAMPONG Lorong Buangkok, the last remaining village in Singapore valued at SGD 70 million (RM225 million), has gained attention recently on social media."
"The land was purchased by her father, Sng Teow Koon, a traditional Chinese medicine seller in 1956 and offers a glimpse into the nation’s rural past."
“This village has been here for 69 years,“ Sng said, and despite tempting offers, she refuses to sell the land."
Maksudnya, keseluruhan tanah kampung tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tidak memerlukan duit sebab itu tidak mau jual. |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru la logik
adeh la reporter asal boleh
TAK BOLEH LAH!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 kebahagiaan tu bukan hanya pada duit..gituuu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni gambar tanah dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reporter skrg ramai yg ngok..berita selalu tak tepat |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 3-10-2024 09:07 AM
Mungkin pada dia nak tunggu bargain price yg lebih lagi. Knowing singapore tanah mahal. SGD 70 jut ...
tu lah . yg xde tanah ni kne try sspn kot menang sejuta |
|
|
|
|
|
|
| |
|