CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22666|Reply: 96

[Tempatan] Sila pindah negeri lain jika tak puas hati Johor cuti Sabtu, Ahad- TMJ

[Copy link]
Post time 11-10-2024 08:33 AM | Show all posts |Read mode
Sila pindah negeri lain jika tak puas hati Johor cuti Sabtu, Ahad- TMJ
www.malaysiakini.com
Diterbitkan:  Oct 11, 2024 8:00 AM



Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad supaya berpindah ke negeri lain.

"Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.

"Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah baginda dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Tunku Ismail, keputusan itu diambil dengan mempertimbangkan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak dan kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor.

Pada 7 Okt lalu, Tunku Ismail mengumumkan cuti hujung minggu di negeri Johor ditukar daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025.

Tunku Ismail memaklumkan cadangan berkenaan telah mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baginda juga mengarahkan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi dan mufti Johor mengadakan perbincangan berkaitan keputusan terbaru itu.

Johor sebelum ini telah beberapa kali mengubah cuti hujung minggunya.

Negeri itu melaksanakan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad kali pertama pada tahun 1994 ketika Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.

Susulan keputusan terbaru itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengkritik pengumuman berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pemimpin lantang dari PKR itu berkata, Jumaat adalah hari mulia dalam budaya Islam dan mempunyai pengertian yang besar bagi penganut agama itu di seluruh dunia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
huk aloh..takde private secretary kah yg go through statements sebelum di release
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:43 AM | Show all posts
statements  bdk2 sunat leser
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:50 AM | Show all posts
kenapa official statement ada begitu? patut berkecuali la dalam statement tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 11-10-2024 08:43 AM
statements  bdk2 sunat leser

Zaman umur dia belum ada sunat laser lg
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cycra replied at 11-10-2024 08:50 AM
kenapa official statement ada begitu? patut berkecuali la dalam statement tersebut

Khenn

Mmg ada yg lg suka cuti jumaat Sabtu..sbb dia koje swasta jd ahad tu mudah nk pi opis gomen.. yg dia ni..bab bahasa..tak mcm bondanya..suka tgk ZS
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 08:53 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 11-10-2024 08:51 AM
Zaman umur dia belum ada sunat laser lg

wlaupun takder...perangai dia dah mengambarkan level bdk2 sunat leser

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mula² guna ayat tak suka boleh keluar nie si zahid kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 09:18 AM | Show all posts


Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 11-10-2024 08:53 AM
Khenn

Mmg ada yg lg suka cuti jumaat Sabtu..sbb dia koje swasta jd ahad tu mudah nk pi opis gomen ...

Yg swasta suka sbb ahad mudah ke opis gomen & berehat, jalan² sbb anak semua sekolah.

Yg gomen suka jumaat cuti sbb khamis boleh balik awal pkl 3 dah boleh balik.

Tp yg paling kesian pd keluarga yg dpt bersama hanya pd Sabtu saje sbb dua² keje swasta @ sorg gomen & swasta.

Masalah dkt Johor nie swasta tak follow sekali cuti jumaat sabtu. Tak mcm dekat negeri lain kedah @ kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:21 AM | Show all posts
Sejenis macam Nusi gak la ni... cakap lepas jer.
Elok la tu dua-dua ni pun penah begadoh dalam medsos perihal benda remeh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 11-10-2024 08:43 AM
statements  bdk2 sunat leser

I baru nk ckp, stetment ape ni dari pemangku sultan?? Mcm kanak2. Fit to bg arahan ke ek mcm ni? I tanya je sbb PR ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 11-10-2024 09:20 AM
Yg swasta suka sbb ahad mudah ke opis gomen & berehat, jalan² sbb anak semua sekolah.

Yg gomen  ...

Sepatutnya wajibkan swasta tu cuti jumaat sabtu. Bkn tukar balik ke sabtu ahad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2024 10:08 AM | Show all posts
Cuti hujung minggu Johor tak wajar dipolitikkan - MB
Oleh Mohamed Farid Noh - Oktober 11, 2024 @ 10:04am
[email protected]


Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN


JOHOR BAHRU: Cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan, tidak wajar dijadikan bahan politik.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata setiap keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk negeri dan rakyat Johor secara keseluruhan.

Katanya, kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, di atas pengumuman penukaran cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad, Isnin lalu.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri berpandangan tidak semua perkara perlu dijadikan bahan politik.

"Perkara ini mendapat pandangan dari Mufti Besar dan EXCO Agama Islam Johor, dengan ketinggian Islam tidak sedikit pun berkurang bila mana Johor tidak lagi bercuti pada hari Jumaat bermula Januari 2025.

"Insya-Allah, tanpa mengetepikan kepentingan urusan solat Jumaat, kerajaan negeri yakin keputusan ini bakal memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor di mana mereka akan mendapat lebih masa berkualiti bersama ahli keluarga tersayang dengan memudahkan mereka merancang aktiviti pada hujung minggu.

"Saya berharap tidak ada lagi mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi, kenyataan dan menjadikan ia bahan politik yang boleh mengeruhkan keadaan sehingga menjejaskan keharmonian negeri Johor," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malam tadi, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan bertitah, cuti hujung minggu di Johor yang ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula tahun depan adalah kehendak rakyat negeri ini untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak.

Titah baginda, penukaran cuti hujung minggu itu juga bakal membawa lesan ekonomi yang positif, seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di Johor.

"Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah baginda di akaun Facebook, malam tadi.

Kelmarin, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dilaporkan mengkritik pengumuman cuti hujung minggu di Johor yang akan ditukar semula kepada hari Sabtu dan Ahad bermula tahun depan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pemimpin lantang dari PKR itu dilaporkan berkata, tidak akan jadi Johor mundur jika dikekalkan Jumaat adalah hari cuti bagi Johor di mana memberi penghormatan yang tinggi kepada rakyat Islam di Johor.

Isnin lalu, cuti hujung minggu di Johor dilaporkan akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Tunku Mahkota Ismail, dalam kenyataan di Facebook dilaporkan bertitah, baginda sudah menitahkan perkara terbabit kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.

Pada 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan Agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang telah dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994 apabila ia ditukar semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 11-10-2024 10:00 AM
Sepatutnya wajibkan swasta tu cuti jumaat sabtu. Bkn tukar balik ke sabtu ahad.

x selari rupanya cuti weekend gov dgn swasta kat sana, wajar ada perubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 11-10-2024 08:53 AM
Khenn

Mmg ada yg lg suka cuti jumaat Sabtu..sbb dia koje swasta jd ahad tu mudah nk pi opis gomen ...

iman tak dpt diwarisi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 10:22 AM | Show all posts
cam tu je standard soltan negara mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm. Kalau kt Brunei cuti Jumaat dan Ahad. Sabtu tu kena sekolah dan kerja. Huhu tapi banyak private company n international school tetap cuti Sabtu Ahad. ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 11-10-2024 10:08 AM
Cuti hujung minggu Johor tak wajar dipolitikkan - MB
Oleh Mohamed Farid Noh - Oktober 11, 2024 @ 10: ...

Sapa la yg politikkan

Org ckp sbb nk meluahkan isi hati diorg jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2024 10:50 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 11-10-2024 10:40 AM
Sapa la yg politikkan

Org ckp sbb nk meluahkan isi hati diorg jer

sebab org2 politik yg ramai bagi komen kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.260033 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list