CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15942|Reply: 26

[Tempatan] #Belanjawan2025: Kos sara hidup B40 diutamakan, GST tidak akan disentuh

[Copy link]
Post time 18-10-2024 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-10-2024 01:15 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen jam 4 petang ini.

Bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', ia adalah belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan.

"Insya-Allah, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama," katanya.

Perdana Menteri menyatakan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka belanjawan berkenaan.

Tumpuan inflasi dan kenaikan gaji penjawat awam
Dalam temu bual dengan CNBC baru-baru ini, Anwar berkata Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dan kenaikan gaji dalam belanjawan yang akan datang.

Tumpuan Belanjawan 2025 pastinya pada langkah yang bakal diperkenalkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan peniaga, pelabur dan penganalisis ekonomi, sedang menantikan belanjawan ini dengan harapan ia akan membawa pendekatan menyeluruh dan progresif, terutama dalam menangani cabaran global serta memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia.

Semua golongan dapat manfaaat
Belanjawan kali ini juga dijangkakan menyediakan sesuatu untuk semua golongan, termasuk petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja yang dibayar gaji secara harian, generasi muda yang mencari pekerjaan serta suri rumah dan pekerja gig.

Memandangkan kebimbangan terhadap inflasi dan kos sara hidup semakin meningkat, ramai menjangkakan Belanjawan 2025 akan menyediakan langkah baharu untuk membantu rakyat menguruskan kehidupan harian, seperti insentif cukai, bantuan tunai bersasar dan subsidi harga barang keperluan asas.

Bagi sektor perniagaan pula, pakar ekonomi meramalkan pakej rangsangan yang lebih komprehensif akan diumumkan bagi mempercepatkan pemulihan pasca pandemik dan mengekalkan daya saing negara dalam pasaran global.

Ini termasuk pelbagai insentif bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor swasta yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Kurangkan defisit fiskal
Di sebalik semua jangkaan ini, persoalan utama adalah sama ada kerajaan akan menyelaraskan perbelanjaan negara dengan sasaran untuk mengurangkan defisit fiskal.

Dalam kerangka Belanjawan 2025, kerajaan juga dijangka merangka pelbagai inisiatif untuk memperbaiki keadaan infrastruktur asas seperti sekolah dan klinik, jalan raya dan bekalan asas luar bandar.

Belanjawan 2025 juga dijangka memberi tumpuan kepada meningkatkan siling ekonomi menerusi penyusunan semula ekonomi melalui peralihan hijau, meningkatkan daya saing dan produktiviti negara, menarik pelaburan, serta mempromosikan inovasi dan digitalisasi khususnya dalam kalangan perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PMKS).

Subsidi, bantuan sosial
Perdana Menteri dijangka turut mengumumkan penyasaran subsidi dan bantuan sosial untuk meringankan kos sara hidup, khususnya golongan B40.

Belanjawan ini turut dijangka memperkenalkan langkah untuk memperluas asas cukai dan memastikan sistem percukaian yang progresif sambil mengurangkan ketirisan dalam kutipan cukai.

Difahamkan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan disentuh buat masa ini, sekiranya ambang gaji minimum tidak mencecah RM3,000 hingga RM4,000. Pada masa ini, gaji bulanan minimum di Malaysia adalah pada RM1,500.

Menurut Maybank Investment, defisit belanjawan bagi 2025 dijangka berada pada paras 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 4.3 peratus dalam Belanjawan 2024. Ramalan ini berdasarkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 4.2 peratus, dengan anggaran jumlah perolehan RM320.5 bilion.

Pertumbuhan ini dijangka dipacu oleh momentum ekonomi yang berterusan serta peningkatan pendapatan korporat.

Belanjawan 2025 dijangka bernilai RM403.5 bilion
Anggaran saiz Belanjawan 2025 dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada RM403.5 bilion, terutama akibat kenaikan gaji penjawat awam yang akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026.

Dalam pada itu, aras gaji minimum juga mungkin disemak semula kepada RM1,700 hingga RM1,800 sebulan berbanding aras semasa RM1,500 sebulan. Juga dijangka adalah penetapan aras gaji minimum untuk graduan baharu.

Belanjawan 2025 juga dijangka memberi tumpuan kepada rasionalisasi dan pengoptimuman subsidi, termasuk rasionalisasi subsidi petrol RON95. Namun seperti yang disebut Perdana Menteri sebelum ini, penyasaran subsidi bahan api berkenaan tidak akan membabitkan 85 peratus rakyat.

Harga minyak mentah lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh memberi peluang kepada kerajaan untuk berbuat demikian.

Langkah rasionalisasi ini mungkin membabitkan kenaikan harga petrol RON 95, disusuli bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, difahamkan kerajaan juga dijangka menamatkan subsidi gula dan telur sejajar perancangan untuk mengoptimumkan perbelanjaan awam.

Belanjawan juga mungkin menumpukan kepada pengurangan subsidi pendidikan khususnya bagi golongan berpendapatan tinggi, seperti kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini.

Anwar juga dikatakan akan menumpukan kepada beberapa inisiatif bagi mengukuhkan tadbir urus fiskal, meningkatkan kecekapan perbelanjaan dan mengoptimumkan kos melalui langkah konsolidasi dan rasionalisasi agensi kerajaan.

Pengenalan Akta Perolehan Kerajaan (GPA) pada mesyuarat Dewan Rakyat kali ini adalah langkah legislatif penting selepas Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) bagi memperkukuh tadbir urus fiskal dan meningkatkan disiplin serta pengawasan dalam kewangan awam.

Akta ini bertujuan menambah baik pengurusan perbelanjaan awam dan kontrak melalui pelaksanaan tender terbuka serta audit wajib bagi perolehan dan kontrak bernilai tinggi.

Ini relevan untuk kategori 'Bekalan dan Perkhidmatan' yang mewakili 12.5 peratus daripada Perbelanjaan Operasi (OE) di bawah Belanjawan 2024, iaitu item keempat terbesar selepas 'Emolumen', 'Pencen', dan 'Caj Perkhidmatan Hutang' serta lebih besar berbanding 'Subsidi & Bantuan Sosial'.

Sementara itu, sektor kesihatan dan pendidikan dijangka terus menjadi keutamaan dengan hampir satu pertiga daripada peruntukan keseluruhan belanjawan.

Reformasi sistem pencen penjawat awam
Kerajaan juga mungkin mengumumkan reformasi sistem pencen, di mana pekerja baharu perkhidmatan awam tidak lagi menerima skim pencen tetapi skim kontrak yang lebih baik untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan untuk bayar pencen.

Sementara itu TA Securities, berkata dalam konteks politik yang stabil, pasaran dijangka memberi reaksi positif terhadap Belanjawan 2025 dengan unjuran pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kestabilan dalam pendapatan korporat.

BIMB Securities menyatakan bahawa terdapat kemungkinan kerajaan tidak akan mengumumkan pelaksanaan beberapa projek mega dalam Belanjawan 2025 kerana mahu menumpukan kepada program rakyat yang lebih mendesak.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2024 09:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Throbek 30tahun nan lalu...bajet 1994



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 10:22 AM | Show all posts
xde yg menarik punya.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 tahun makin naik hutang negara, rege makan, barang n minyak
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 10:37 AM | Show all posts
Jambu PMX 30 tahun dulu..

Adakah konsep budget PHBN kali ni sama mcm sebelum ni, dengan formula terus perah T20 dan bagi gula2 kat B40??
Dengan T20 yang begitu general, last year kata formula rafizi yang buat apa kebenda namanya sampai aku pun dah lupa tu patutnye boleh lah nak further refine T20.. tapi terus senyap sampai sekarang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2024 11:48 AM | Show all posts
Harap jangan bentang yg 30 tahun lepas punya ye, sbb ia nya amat berbeza mengikut kadar semasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 02:42 PM | Show all posts
tompie replied at 18-10-2024 10:37 AM
Jambu PMX 30 tahun dulu..

Adakah konsep budget PHBN kali ni sama mcm sebelum ni, dengan formula ter ...

formula gaji progresif kaaa?

takdak sambutan chuols.. sampai duk spam email ke kampeni2 ni suh join

mula2 katanya nak target 1,000 companies aje by ntah bila deadlinenya

ujung2 socso  duk email 2,3 kali ajak join program tu ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 thn sma golongan akan dpt manfaat..aku xpernah rasa punnn satu manfaat ko bg kecuali str yg makin merosot ituhhh...hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukai t10 naik 2%


Semoga increment bulan 1 ni double digit lah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Wooiiiiiii... cukai atas dividen pun kena ke????


Dah kenapa orang menyimpan duit, kau nak penalize kita pulak?????

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 05:04 PM | Show all posts
Definisi T20 tu kena update. Kalau setakat pendapatan isi rumah (gaji laki + bini) RM11k hidup tak mewah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 05:06 PM | Show all posts
ultra78 replied at 18-10-2024 05:04 PM
Definisi T20 tu kena update. Kalau setakat pendapatan isi rumah (gaji laki + bini) RM11k hidup tak m ...

titwenti kan musuh terbaru negara

aaacamtu

redhooo je lah.. kan ini jam zaman madani
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik gAji Disember serentak semua penjawat awam dapat ke? Bukan ikut tahun posting??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 18-10-2024 04:57 PM
Wooiiiiiii... cukai atas dividen pun kena ke????



Saving 2juta baru merasa dividend 100k kena tax dgn gomen 2% pulak... unnntooong gomen senang beeetooiiii buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 18-10-2024 06:01 PM
Saving 2juta baru merasa dividend 100k kena tax dgn gomen 2% pulak... unnntooong gomen s ...

Simpan la dlm kwsp selamatkan x kene cukai hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 19-10-2024 04:23 AM
orkid_amani replied at 18-10-2024 06:01 PM
Saving 2juta baru merasa dividend 100k kena tax dgn gomen 2% pulak... unnntooong gomen s ...


Syukorrrr alhamdulillah simpan kat EPF, AHB, ASB123, TH dividen sume tak kena tax sini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Intipati Belanjawan 2025.


???? Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025

???? Unjuran kadar defisit 3.8 peratus pada 2025 berbanding anggaran 4.3 peratus pada tahun ini

????  Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat

???? Kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 billion pada 2024 berbanding RM308 billion

???? Jumlah hutang baharu akan kian menurun, diunjur berjumlah RM80 bilion pada 2025 berbanding RM85 bilion pada 2024

???? Cukai jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barangan premium yang diimport antaranya ikan salmon dan avokado

???? Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif, tidak bebankan rakyat

???? Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion

???? Kerajaan cadang laksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pertengahan 2025, penjimatan akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat

???? Kerajaan komited kekalkan subsidi untuk majoriti rakyat, tanggungan subsidi elektrik masih diteruskan untuk 85 peratus rakyat dianggar berjumlah RM12 bilion

???? Cukai Jualan tidak akan dikenakan bagi barangan makanan asas digunakan rakyat, hanya babitkan barangan bukan keperluan asas seperti produk premium diimport

???? Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas meliputi perkhidmatan komersial, antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi

???? Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan, tertinggi antara negeri masing-masing RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion

???? Kerajaan akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, industri berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai dikenakan

???? Mulai 2025, Kerajaan cadang naikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta

???? Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Mei, 2025

???? Peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta tahun depan berbanding RM338 juta

???? Kerajaan beri kebebasan sepenuhnya untuk SPRM siasat dan ambil tindakan tegas bagi heret pesalah rasuah ke muka pengadilan

???? RM200 juta disediakan kepada Jabatan Audit Negara, sesuai dengan peranan lebih besar bagi mulakan pengauditan

???? Kerajaan cadang perluas asas cukai secara progresif, perkenal cukai dividen pada kadar dua peratus bagi pendapatan dividen lebih RM100,000 diterima pemegang saham individu mulai tahun taksiran 2025

???? Peruntukan Parlimen dinaikkan kepada RM180 juta berbanding RM166 juta

???? Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB dan pendapatan dividen dari luar negara

???? Kerajaan akan terus tanggung subsidi dianggarkan berjumlah RM12 bilion untuk keperluan 85 peratus rakyat

???? Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025

???? Lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula, Pasukan Reformasi Perundangan akan dibentuk terajui pengemaskinian

???? Penyaluran segera RM150 juta kepada PBT dan JPS untuk kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kota-kota yang terkesan musibah banjir dan bencana

???? Peruntukan hampir RM600 juta disediakan untuk NADMA sebagai persiapan mendepani musibah banjir, termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk bencana

???? Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terus diperhebat dengan peruntukan RM20 juta

???? Portal Fraud Kebangsaan dilancarkan perangi penipuan dalam talian, permudah pengesanan transaksi mencurigakan secara automatik

???? Projek Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap pada November 2024, nilai keseluruhan perbelanjaan di Sabah dan Sarawak sebanyak RM25.1 bilion

???? NACSA akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta, sesuai dengan komitmen membenteng keselamatan siber negara

???? Tumpuan utama tingkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion, jana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030

???? Kerajaan akan bentang RUU Kredit Pengguna pada mesyuarat akan datang  

????  Kerajaan umum Belanjawan 2025 terbesar RM421 bilion meliputi RM335 billion untuk belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka

???? Kepengerusian ASEAN 2025 peluang terbaik Malaysia mengemudi ASEAN berpandukan Wawasan Komuniti ASEAN 2045

????  Malaysia akan bawa ASEAN harungi masa depan dengan yakin, termasuk memperkukuh kerjasama ekonomi serantau

????  Kerajaan setuju perkenal Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang menumpukan aktiviti bernilai tinggi berbanding insentif sedia ada yang berasaskan produk tertentu

????  Tumpuan utama tingkatkan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion, jana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030

???? Kerajaan akan tubuh Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi kawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit termasuk 'Beli Sekarang Bayar Kemudian'

???? Lebih RM300 juta disediakan di bawah Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara tahun depan berbanding RM100 juta tahun ini

???? Kerajaan cadang laksana mekanisme levi pelbagai peringkat awal tahun depan bagi kurangkan kebergantungan pekerja asing

???? KWAP menerusi Dana Pemacu RM6 bilion akan perkukuh pasaran persendirian tempatan meliputi ekuiti persendirian, prasarana dan hartanah

???? Kerangka Insentif Pelaburan Baharu dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2025

???? Hasil kutipan levi akan disalurkan semula kepada industri bagi mengusahakan proses perniagaan ke arah automasi, mekanisasi

???? RM300 juta disediakan bagi kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri berbanding RM150 juta tahun ini

???? Kerajaan bersama badan swasta akan manfaat hampir 8,800 ekar tanah terbiar milik lembaga kemajuan wilayah dan agensi rangkaian mereka untuk projek pertanian  

???? Kerajaan peruntuk RM50 juta sebagai geran padanan digital PMKS, Gerai Digital Penjaja di bawah BSN untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing

???? Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA Fasa 1 dimulakan libatkan hampir RM1 bilion dengan keluasan hampir 11,000 hektar

???? Kerajaan beri kelulusan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai, sokong aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat

???? Kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan dinaikkan kepada RM84,000 untuk Semenanjung dan RM90,000 bagi Sabah dan Sarawak

???? Syarikat logistik yang menjalankan aktiviti kompleks logistik pintar diberi elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun

???? National Fund-of-Funds (NFOF) akan ditubuhkan di bawah Khazanah yang beroperasi bulan depan dengan dana RM1 billion

???? Khazanah akan lancar Program Syarikat Peringkat Pertengahan dengan dana RM1 bilion bagi sokong bangunkan keupayaan syarikat tempatan

???? Peningkatan tertinggi bagi STR dan SARA iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion, beri manfaat kepada 9 juta penerima

???? Pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau diteruskan dengan jumlah pembiayaan RM1 billion sehingga 2026

???? KWAP menerusi Dana Perintis sedia RM1 bilion untuk menyokong aktiviti syarikat pemula niaga tempatan

???? Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 untuk beli barangan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara

???? Kategori bujang akan terima STR RM600

???? Ke arah pelaksanaan e-Invois pada 1 Julai, 2025, kerajaan cadang perbelanjaan beli peralatan ICT, pakej perisian komputer dan fi perundingan diberi elaun modal dipercepat dan dituntut dalam tempoh dua tahun

???? Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan

???? UEM Lestra, TNB akan labur RM16 bilion untuk keupayaan transmisi, pengedaran serta menyahkarbon kawasan perindustrian

???? Galakan guna motosikal elektrik CKD sehingga RM2,400 diteruskan dengan peruntukan RM10 juta

???? Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak usia 7 hingga 18 tahun

???? Perodua rancang keluarkan kenderaan elektrik pada harga bawah RM100,000 untuk penuhi permintaan

???? Peruntukan bagi Felda, Felcra dan Risda ditingkatkan kepada RM2.6 bilion dalam Belanjawan 2025

???? Bantuan STR, SARA dan JKM, isi rumah miskin dengan tiga anak layak terima bantuan lebih RM13,000 setahun, peningkatan ketara berbanding RM11,000 pada masa ini

???? RM40 bilion disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi kerajaan

???? Kerajaan cadang naikkan nilai ambang pengenaan levi keuntungan luar biasa ke atas sawit bagi Semenanjung kepada RM3,150 dan RM3,650 untuk Sabah, Sarawak

???? RM800 juta pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan bumiputera termasuk menyokong artisan tempatan

???? Insentif galakan berjumlah RM100 juta disedia kepada pekebun kecil bagi penanaman semula sawit

???? Bantuan STR, SARA dan JKM, warga emas miskin layak terima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000

???? Bayaran STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 Nov ini libatkan peruntukan RM1.7 bilion

???? Kerajaan setuju peruntuk RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1-G4, khususnya Bumiputera

???? Peruntukan RM65 juta disediakan bagi tingkat kelestarian sawit, pertahan industri bagi menangkis salah tanggapan Eropah

???? RM1 bilion disediakan untuk tangani kos sara hidup meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta

???? Program galakan pengeluaran lateks oleh pekebun kecil di bawah Risda akan dilaksanakan secara geran padanan bernilai RM60 juta

???? Jualan Rahmah akan diperhebat bagi tawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap bulan

???? Dana padanan RM100 juta disediakan bagi galakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam

???? RM700 juta dikhususkan untuk perbanyak program kos sara hidup termasuk usaha sama dengan pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani

???? Geran padanan RM20 juta di bawah program iTEKAD dengan RM5 juta khusus bagi caruman insurans untuk usahawan mikro

???? RM250 juta disediakan bagi edar barangan keperluan asas di kawasan pedalaman termasuk di Magandai, Kota Marudu, dan Nanga Pelawan, Bintulu

???? Syarikat Jaminan Perniagaan Bhd sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal dengan nilai jaminan RM1 bilion

???? Kerajaan setuju naikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700  sebulan berkuat kuasa 1 Feb 2025

???? Penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 babitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam mulai 1 Ogos 2025

???? Kerajaan akan umum rangkaian kedua 5G sebagai usaha tingkatkan daya saing dalam bidang ICT

???? Kerajaan akan terus galak penggunaan 5G terutamanya dalam memacu kes-kes penggunaan 5G oleh industri menjelang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025

???? RM250 juta disediakan untuk tingkatkan penyertaan lebih ramai rakyat miskin tegar mengikuti program IPR bagi tambah pendapatan

???? Kerajaan cadang wajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP yang akan dilaksanakan secara berfasa

???? Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dilaksanakan dengan peruntukan RM100 juta

???? Projek Point of Presence (POP) sedia ada diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta

???? Baik pulih tandas lebih 8,300 sekolah berjaya dilakukan dalam masa singkat, tumpuan seterusnya baik pulih kantin dan musolla dengan peruntukan RM100 juta

???? 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion tahun depan  

???? Peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ditingkatkan kepada RM870 juta berbanding RM784 juta, manfaat lebih 860,000 murid

???? Hampir RM800 juta BAP disediakan kepada semua 5.2 juta murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa

???? Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, diberi pada Feb 2025

???? Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, diberi pada Feb 2025

???? Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini

???? Belanjawan 2025: Kadar Geran Per Kapita (PCG) bagi Pendidikan TVET ditingkatkan 15 peratus, jadikan peruntukan keseluruhan lebih RM900 juta

???? Belanjawan 2025: Elaun Sara Hidup siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan berbanding RM430

???? RM4 bilion disediakan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan bagi anak-anak lanjutkan pelajaran ke menara gading

???? Sektor korporat disaran lebih bermurah hati sediakan biasiswa pelajaran kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah sehingga ke universiti

???? PTPTN sediakan dana pembiayaan pendidikan RM500 juta, beri keutamaan kepada pelajar yang ikuti pengajian dalam bidang STEM di IPTA

???? Kerajaan cadang pelepasan cukai individu ke atas simpanan bersih dalam SSPN dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi

???? RM635 juta disediakan untuk tambah baik prasarana, ganti peralatan usang dan meluas capaian Internet di semua universiti awam

???? RM130 juta disediakan khusus untuk laksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India

???? Pendidikan berkaitan AI akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta tahun depan meningkat berbanding RM20 juta tahun ini

???? MCMC dengan dana RM120 juta setuju untuk tambah baik capaian Internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi MARA

???? Hampir RM40 juta disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia bagi sokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia

???? Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi promosi karya-karya terutama yang berteraskan semangat kenegaraan

???? Program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda ceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta

???? Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion tahun ini, tertinggi dalam sejarah

???? Kementerian Kesihatan terima peruntukan kedua tertinggi iaitu RM45.3 bilion berbanding RM 41.2 bilion

???? Majikan yang ambil OKU dan bekas banduan bekerja akan diberi insentif RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah seliaan PERKESO

???? RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara, sebanyak 44 sekolah baharu dibina tahun depan

Sumber: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

#TaatSetia
#BernamaNews
#Belanjawan2025
#BernamaBudget2025
Anwar Ibrahim Kementerian Kewangan
Parlimen Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
fairiza replied at 18-10-2024 06:02 PM
Simpan la dlm kwsp selamatkan x kene cukai hahahaha

Akan dtg ni pun kalau lebih 2m mmg xkena tax ya dividend tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 18-10-2024 06:03 PM
Syukorrrr alhamdulillah simpan kat EPF, AHB, ASB123, TH dividen sume tak kena tax sini

Nasib baik gomen tak kacau dividend saving kat sini..tidak meroyan laa sapa yg ada saving 2juta tuu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.180893 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list