CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 58073|Reply: 42

[Tempatan] Gaji minima RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari 2025

[Copy link]
Post time 19-10-2024 06:22 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Peningkatan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin serta mengangkat martabat dan mengutamakan rakyat.


Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata inisiatif ini juga membuka peluang bagi majikan yang akan menerima manfaat daripada peningkatan kuasa beli pengguna selepas ini.

"Sukacita dimaklumkan bahawa kadar baharu ini telah dipersetujui secara sebulat suara oleh wakil majikan, wakil pekerja dan kerajaan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan seragam di seluruh negara tanpa mengira wilayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika pembentangan Belanjawan 2025, mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja selama enam bulan, bermula pada 1 Ogos 2025.


Sim berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) buat julung kalinya akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).


"Garis panduan ini kelak adalah rujukan kepada pekerja dan majikan dalam menentukan kadar gaji permulaan yang sesuai bagi sesuatu pekerjaan," katanya.


Sementara itu, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dalam kenyataan berasingan menghargai keputusan kerajaan untuk menetapkan gaji minimum baharu pada RM1,700, mengakui cabaran yang dihadapi oleh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).


Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman jug juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mempertimbangkan keperluan PMKS dan memberikan tempoh pelaksanaan yang munasabah terutamanya bagi perusahaan mikro dengan kurang daripada lima pekerja.


"MEF berpendapat bahawa gaji minimum baharu RM1,700 hanyalah titik permulaan. Kebanyakan majikan membayar gaji di atas gaji minimum, oleh itu MEF menyeru majikan yang mampu untuk membayar gaji melebihi kadar gaji minimum.


"Tiada siapa yang sepatutnya menjadikan gaji minimum sebagai alasan untuk membayar berdasarkan gaji minimum.


"Sebaliknya syarikat akan menggunakan etika dan amalan baik dengan memberikan ganjaran kepada pekerja berdasarkan prestasi pekerja dan perniagaan mereka," katanya.


-- BERNAMA






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2024 10:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Majikan la tersedak kalau kampeni sendu..
Kalau kampeni kaya patutnya takde masalah.. cuma bos le sejenis nak kaut sumer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 01:11 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 19-10-2024 07:11 AM
Majikan la tersedak kalau kampeni sendu..
Kalau kampeni kaya patutnya takde masalah.. cuma bos le se ...

untuk elak tersedak, diorang akan 'paksa' pekerja jadi multi-tasking
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 01:31 PM | Show all posts
hyie replied at 19-10-2024 01:11 PM
untuk elak tersedak, diorang akan 'paksa' pekerja jadi multi-tasking

Limit bilangan pekerja je la.. amik stakat mampu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji naik, barang2 pun naik tocang jugaak.....tahniahlah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2024 02:12 PM | Show all posts
Domino effect dan seterusnya bersiap sedia la semua harga barang dan perkhidmatan juga bakal naik
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
paling teruk harga rumah naik lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
1700 tu basic utk pekerja.. belom campoq epf socso.. mmg cecah lebih 2k... adoi company kat kampung2 mana mau nak comply nye...


Keje malas... nak basic tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:30 PM | Show all posts
green~tea replied at 19-10-2024 03:22 PM
1700 tu basic utk pekerja.. belom campoq epf socso.. mmg cecah lebih 2k... adoi company kat kampung2 ...

awat sis overhead kat resort jd tinggi ka camna?? apa susah sis markup harga bilik laa tuh arwah opah i dok sebut domino effect ka hapantah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 19-10-2024 03:38 PM
noell replied at 19-10-2024 03:30 PM
awat sis overhead kat resort jd tinggi ka camna?? apa susah sis markup harga bilik laa tuh arwah o ...


Competitor bayar bangla or bayar labor 800-900 jah.... semata nak buang harga...

Kita yang meniaga ikut buku ni jenuh duk fikir cara2 tambah income supaya boleh berbakti utk masyarakat setempat... bayar tax gomen lg...

Yea.. nampak nya kena buat naik harga la ni.... and kena tambah lg 5 bilik... tambah income laundry business, tambah income tuition utk utilize dewan.. tambah income pakej pelancongan, tambah income kolam (pay per entry utk non-guest), tambah income F&B...


Nasib baik lahhh kami anak beranak ada income sendiri memasing.. kalo harap bisnes organic growth semata.. mmg terciduk lah.. sbb sini musim tengkujuh income slow sikit sbb pulau2 tutup
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:42 PM | Show all posts
green~tea replied at 19-10-2024 03:35 PM
Competitor bayar bangla or bayar labor 800-900 jah.... semata nak buang harga...

Kita yang menia ...

rafiji suka sgt formula sis neh... keep it up sis all the best satu lg sila tambah mesin layan diri byk2 kt besut nun biaq dia meriah

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 19-10-2024 03:30 PM
awat sis overhead kat resort jd tinggi ka camna?? apa susah sis markup harga bilik laa tuh arwah o ...

Blom campur talent pool kat kampung2.. ramai yang bodoh2 bendul.... penagih dadah.... kaki ponteng... tp masalah nya kitorang nak employ local..  kita tanak PATI
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik gaji maksudnya naik harga barang
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 19-10-2024 03:42 PM
rafiji suka sgt formula sis neh... keep it up sis all the best satu lg sila tambah mesin layan dir ...

Mesin layan diri ada pikiaq juga.. tp blom sampai tahap tu... sbb makan modal permulaan besor.. pastu kita tengok purchasing power setempat juga


Masalah utama kitorg ni masalah nak cari labor yang berkualiti... mostly gaji nak tinggi, tp keje malas.... otak pun mcm tertinggal kat rumah.. masalah simple pun majikan2 kena pikir and bg solution
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jikookie replied at 19-10-2024 03:43 PM
Naik gaji maksudnya naik harga barang

Bukan takat tu ja...


Org menyimpan duit pun kena

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 03:52 PM | Show all posts
green~tea replied at 19-10-2024 03:47 PM
Mesin layan diri ada pikiaq juga.. tp blom sampai tahap tu... sbb makan modal permulaan besor.. pa ...

anak sedara i dia buat vending machine neh dia target masjid2 & surau2 dlm kampong merata kampong dia boh pasai crowd dh ada and masjid/surau dpt fix income dia bayaq tapak & elektrik vending just softdrink kotak or tin masyukk sis sampai dia employ sorg staff just utk projek tuh saja

lg laju bila masjid dekat dgn sekolah


Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 19-10-2024 03:52 PM
anak sedara i dia buat vending machine neh dia target masjid2 & surau2 dlm kampong merata kampong d ...

Ooooh.. bubuh kat tempat gitu.... ingat vending machine kat tempat weols..

Ai baru selesai renovate resort ni.. upgrade wading pool & bilik2, re-wiring semua yang lama2.... renovate office... beratus ribu jugak habis, balik modal lah.... tp ok la puas hati, nampak hasil and semangat tengok team manage renovation dgn betul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 19-10-2024 03:52 PM
anak sedara i dia buat vending machine neh dia target masjid2 & surau2 dlm kampong merata kampong d ...


Sedih.. haritu kena buang ada sorg staff yang ok la not bad, kita susah2 tapis resume, train bagai..  

Tup2 bila kita nak upgrade contract employment... tiba2 dia hesitant nak sign... sbb salah satu clause tu kita bubuh kalo ada penyalahgunaan dadah, kita buleh terminate....


Tak lama lepas tu ada jumpa barang bukti... pernah mengisap kat tpt keje.. and kantoi bila mintak advance dlm bentuk cash, tanak bank in masuk akaun gaji.. rupanya nak buat beli dadih... akaun gaji, bini pegang kad...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 19-10-2024 03:52 PM
anak sedara i dia buat vending machine neh dia target masjid2 & surau2 dlm kampong merata kampong d ...


Lg satu nak tambah.. i sbnrnya meniaga tu bukan utk buat makan kami anak beranak... i meniaga utk didik disiplin locals & bagi duit kat diorang biar sama rata dengan market.. this is the way i give back to society..

Bukan i nak untung2... cuma i nak business ni afloat jah... bagi i.. faedah i dpt dari uruskan bisnes ni more towards intangible benefits... buleh latih our leadership, commitment, discipline,  patience, maturity etc


I sedih bila tengok terengganu kelantan engineer degree gaji tak sampai 1000...  baik keje ngn aku lah, at least takde spm pun, tp ada skill aku kasi je gaji ikut market
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069869 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list