View: 63762|Reply: 40
|
[Tempatan]
Subsidi RON95: K'jaan pertimbang syor tunjuk MyKad di pam minyak - Loke
[Copy link]
|
|
malaysiakini.com.my
Diterbitkan: Oct 18, 2024 10:22 PM
Mekanisme subsidi bersasar untuk petrol RON95 masih dalam perancangan dan dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun depan, menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Loke berkata antara cadangan yang sedang dipertimbangkan memerlukan rakyat Malaysia menunjukkan MyKad mereka di pam minyak kerana warga asing tidak layak menerima subsidi petrol.
"Prinsip dan hala tuju dasar yang telah disebut oleh perdana menteri ialah 85 peratus daripada penduduk tidak akan terbeban dengan kenaikan harga RON95," tegasnya.
"MyKad boleh membuktikan kita rakyat Malaysia. Jadi, apabila anda pergi ke stesen minyak, seperti anda menyelit kad kredit atau kad bonus link, anda hanya perlu menyelitkan MyKad supaya harga pam yang dipaparkan pada kadar subsidi untuk rakyat Malaysia.
“Kami masih perlu memuktamadkan mekanisme ini dalam beberapa bulan akan datang.
“Saya rasa lebih banyak butiran akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam beberapa bulan lagi,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan dalam Belanjawan 2025 merancang untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi RON95 bermula pertengahan tahun depan.
Dia berkata 85 peratus rakyat akan terus mendapat manfaat daripada subsidi RON95, yang akan menelan belanja kerajaan sebanyak RM12 bilion.
Anwar berkata subsidi berskala besar pada masa ini turut memberi manfaat kepada "golongan kaya-raya dan warga asing", dan dana ini lebih baik disalurkan untuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan membantu masyarakat Orang Asli.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 19-10-2024 02:25 PM
Cabut semua je laa semua fuel subsidy.. lambat pulak nak isi minyak kena korek dompet cari mykad...
Sangkak sgt mentaliti subsidy
Miskin sgt naik moto je lah |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 19-10-2024 02:24 PM
Cabut semua je laa semua fuel subsidy.. lambat pulak nak isi minyak kena korek dompet cari mykad... ...
puan tak perlu tunjuk ic..terus jer ke pam kaler hijau... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 19-10-2024 04:24 PM
puan tak perlu tunjuk ic..terus jer ke pam kaler hijau...
I blend the fuel.. 95 is enough |
|
|
|
|
|
|
|
buat kad khas. boleh guna untuk semua jenis sabsidi... ic tak praktikal, kadang chip rosak, kemungkinan hilang pun akan tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 19-10-2024 05:43 PM
buat kad khas. boleh guna untuk semua jenis sabsidi... ic tak praktikal, kadang chip rosak, kemungki ...
Pinjam IC sedara kawan pun boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai biometrik. Iris dan cap jari. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 19-10-2024 02:24 PM
Cabut semua je laa semua fuel subsidy.. lambat pulak nak isi minyak kena korek dompet cari mykad... ...
puan boleh terus pam. tayah kluar ic utk sabsidi. masuk kategori 15$ |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 19-10-2024 06:19 PM
puan boleh terus pam. tayah kluar ic utk sabsidi. masuk kategori 15$
Hapus terus semua subsidi... senang takyah biometric bagai hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ic kan penting dijaga dgn baik bukan untuk dikeluarkan setiap hari boleh hilang dan rosak, pakai kad/app lain x boleh ka tapi melambatkan urusan jem di stesen minyak |
|
|
|
|
|
|
|
Biarpun aku naik motor tpi isi minyak jarang gie kaunter biasa ambil pam pun paling jauh |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kelas kaler ijo... kaler meyah lerr.. heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 19-10-2024 06:20 PM
Hapus terus semua subsidi... senang takyah biometric bagai hahahahaha
org lain b40 tu bior le. ciann die |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih bagus utilise app cm setel utk suma stesen minyak. Time nk register acc dh key in siap² info ic. Snap sama gmbo depan blakng cm stail sPay tu. Xleh guna utk multiple phone. So no account sharing. Jd yg nk isi minyak cara conventional sbb mebi..just mebi..cm rentua dok kg xguna cashless ni baru tunjuk ic. Jadah nk wat keja renyah tiap kali isi minyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah juga Malaysia nak urus subsidi nie yer. Utk subsidi petrol jer 1001 cara kena fikir. Susah sangat ikut macam Singapore jer, bagi subsidi ikut cara lain yg lagi mudah & senang nak urus.
Kalau petrol nak kena guna ic la, kad @ apps entah berapa plak kos nak prepare benda² tue semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertahun dah guna apps setel. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat IC baru yg ada NFC, yang pakai chip sekarang ni nak kena ada rubber/pemadam buang daki.. lama2 haus chip tu dibuatnya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|