CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 76305|Reply: 31

[Tempatan] Dua lelaki Maghribi menari sambil minta sedekah ditahan

[Copy link]
Post time 19-10-2024 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-10-2024 12:36 AM



Dua lelaki Maghribi menari sambil minta sedekah ditahan

KUALA LUMPUR: Aksi dua lelaki warga asing menari tarian tradisional ala Maghribi sambil meminta sedekah di Bukit Bintang di sini mengundang padah apabila mereka ditahan awal pagi tadi.

Kegiatan dua lelaki itu turut tular di media sosial apabila dikatakan merosakkan pemandangan ibu negara dengan aktiviti tersebut.

Penahanan kedua-dua lelaki itu dilakukan menerusi Op Kutip KL Strike Force Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur pada pukul 1.30 pagi selepas mendapat aduan awam.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, semakan mendapati kedua-dua lelaki tersebut menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS).

Katanya, kedua-dua lelaki warga Maghribi itu disiasat di bawah Di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Kata beliau, semakan mendapati mereka masuk ke Malaysia menggunakan PLS pada 11 Oktober bagi tujuan melancong.

“Imigresen Kuala Lumpur memberi peringatan tegas kepada pelancong warga asing bahawa menggunakan pas pelawat untuk bekerja adalah salah termasuk mengemis.

“Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan,” katanya di sini.

Sementara itu, salah seorang yang ditahan, Khalid, 30, berkata, tujuan dia bersama rakan bermain alat muzik sambil menari adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan sepanjang berada di ibu negara.

Katanya, peralatan muzik serta pakaian tradisional Maghribi tersebut dibawa dari tanah airnya dan akan membuat ‘persembahan’ setiap hari bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi.

“Kami datang sebagai pelancong dan tinggal di hotel berdekatan untuk tidur, main muzik untuk cari duit makan sahaja.
“Sehari boleh dapat RM200, cukup untuk makan berdua setiap hari,” jelasnya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2024 04:34 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bingit
Boleh patah selera
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 08:14 PM | Show all posts
1hari rm200
200x30 = 6000
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah bongok datang melancong takkan duit tak cukup.. Last2 minta sedekah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo main muzik
Ko taktau ka ummah malaya dari jaman nyonya mansor lagi dah pangkah ahlil musik!

Ko patut buat konten video puja puji keindahan negara & kebaikkan rakyat dgn caption malaysia the most underrated country in the world, buat video makan sikmak, roti canai, durian, cakap melayu apa khabarr, terima kasihhh, saya sayang kamu. Boommm! Video ko viral & dpt banyak engagement dari set2 batak pujian
Then ko buat cerita sedih kedaifan ko di negara sendiri, berduyun ummah offer utk bg duit derma

Nak lagi level up, ko ngaku ko keturunan Rasulullah mcm member senegara ko si scammer maula amin tu, gerenti dapat layanan VIP siap pakej tukang kopek udang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2024 10:07 PM | Show all posts
Ini di bukit bintang Pakis ......





Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 19-10-2024 09:43 PM
Apooo main muzik
Ko taktau ka ummah malaya dari jaman nyonya mansor lagi dah pangkah ahlil musik!


Hahah 100 percent setujukk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 19-10-2024 09:43 PM
Apooo main muzik
Ko taktau ka ummah malaya dari jaman nyonya mansor lagi dah pangkah ahlil musik!


begituuuu nyahhh kau bagii
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:36 PM | Show all posts
MarryPottet replied at 19-10-2024 09:43 PM
Apooo main muzik
Ko taktau ka ummah malaya dari jaman nyonya mansor lagi dah pangkah ahlil musik!


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole cuba pikat apam apam malaya. Kot2 tersangkut mcm kisah cinta agong paris pam dan babu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 10:45 AM | Show all posts
Memupuk masyarakat majmuk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 10:50 AM | Show all posts
Farnor replied at 19-10-2024 09:01 PM
Apakah bongok datang melancong takkan duit tak cukup.. Last2 minta sedekah.

Aku rasa dia sedang buat kajian tentang hati manusia sejauh mana simpati
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 19-10-2024 09:43 PM
Apooo main muzik
Ko taktau ka ummah malaya dari jaman nyonya mansor lagi dah pangkah ahlil musik!


Die x masuk forum
Klo tak dah tau taktik taktik cekau duit ummah negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 01:40 PM | Show all posts
Macam mana la mereka ni boleh terfikir orang akan selera nak bagi duit bila tengok persembahan tarian jalanan diorang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 01:46 PM | Show all posts
"Katanya, peralatan muzik serta pakaian tradisional Maghribi tersebut dibawa dari tanah airnya dan akan membuat ‘persembahan’ setiap hari bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi."

Memang tak nak balik la tu.

Ada ustaz masa ceramah dia selit sikit pasal masalah pendatang asing - jumlah mereka ada lebih dari 10 juta di sini (legal/+illegal). Dia active dengan NGO so saya rasa info dia tu is legit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 20-10-2024 10:50 AM
Aku rasa dia sedang buat kajian tentang hati manusia sejauh mana simpati

Tu maknanya takde wang. Stok stok memang jenis kedekut atau scammer. Huh
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 04:35 PM | Show all posts
“Kami datang sebagai pelancong dan tinggal di hotel berdekatan untuk tidur, main muzik untuk cari duit makan sahaja.


bleh la depot balik ke negara asal dan blacklist skali pasport diorg ni. nmpk nau mmg takde niat nk balik negara asal dah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni iols ingatkan org morocco hat jenis kulit cerah2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh punya worang...u apply itu kad unhcr la..lepas..apa u mau buat sinang ini negara- Rohingya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045411 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list