CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28874|Reply: 21

[Tempatan] Ahli Parlimen pembangkang saran bina hotel di Rantau Panjang

[Copy link]
Post time 18-11-2024 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-11-2024 02:23 AM

KUALA LUMPUR: Kekurangan infrastruktur selain ketiadaan hotel untuk menginap di Rantau Panjang, Kelantan menjadi antara punca lokasi berhampiran sempadan Thailand itu 'lengang'.

Perkara itu diakui sendiri Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) sambil menyatakan pelancong lebih gemar untuk berkunjung ke Golok di Thailand serta destinasi lain, berbanding Rantau Panjang.

Beliau bimbang sekiranya trend itu tidak ditangani segera, maka ia boleh menjejaskan ekonomi negara.

Justeru Siti Zailah menyarankan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membina hotel di Rantau Panjang yang menjadi keperluan utama pelancong ketika ini.

"Sekarang keperluan pelancong seperti hotel. Tak ada satu pun hotel di Rantau Panjang sedangkan ini adalah satu infrastruktur yang penting.

"Mereka (pelancong) datang ke Rantau Panjang terpaksa menyewa hotel di Thailand atau hotel di Kota Bharu, sedangkan jarak itu dekat sangat antara Golok dan Rantau Panjang.

"Yang datang ke Rantau Panjang cuma singgah sekejap untuk ke tempat lain termasuk Thailand sebab tidak ada kemudahan. Beribu-ribu orang Malaysia setiap hari (ke Thailand) sebab Rantau Panjang adalah pintu masuk.

"Ini sebenarnya merugikan untuk ekonomi negara kita," katanya sewaktu sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab isu dibangkitkan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing turut mengakui ramai rakyat Malaysia hanya singgah di bandar sempadan negara untuk ke Thailand.

Justeru, beliau berkata tindakan penting mesti dibuat adalah kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri untuk mempromosikan Rantau Panjang.

"Macam contoh, (Ahli Parlimen) Rantau Panjang beritahu tidak ada hotel. Jadi kita mahu bincang dengan kerajaan negeri (Kelantan) dan harap dapat selaraskan bersama rancangan.

"Ia penting untuk bagaimana kita boleh bina hotel atau infrastruktur lain termasuk naik taraf kemudahan sedia ada.

"Sebagai Menteri, saya tak kira negeri itu kerajaan atau pembangkang... kalau boleh kita bantu, kita akan bantu. Saya mohon kita bekerjasama untuk majukan ekonomi kita, kembangkan agar rakyat senang," katanya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2024 10:22 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 08:39 AM | Show all posts
dato ni tahu ke tak peranan MOTAC apa...sejak bila MOTAL punya tugas bina hotel..

kerajaan negeri la patutnya promosi orang datang bina hotel kat situ, tarik pelaburan, perniagaan..kalau perlu kerjasama dgn MOTAC...bukan serah bulat2 kat MOTAC


kadang pelik aku dengan puak serban ni, macam takde common sense
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 09:23 AM | Show all posts
sekadar buat hotel tanpa ada pusat hiburan x kemana juga. org masuk thailand bukan sbb nak membeli tapi mencari hiburan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
buat hotel tapi mandi air kuning baik takyah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 10:37 AM | Show all posts
cari la investor bukak hotel kat sana..motip suruh motac plak bina hotel utk dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2024 11:35 AM | Show all posts


Senang nak dangdut..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 01:08 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 20-11-2024 09:46 AM

30 tahun jadi MP situ ko buat apa anatt??..makan gaji buta je kan?..sama mcm exco2 negeri yg takde function yg serba serbi nak harap federal majukan negeri kau yg sendu tuh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 01:30 PM | Show all posts
sume benda nak minta federal buat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 01:32 PM | Show all posts
banyakkk lagi tanggungjawab federal nak buat..buat skola, spital, klinik, lagi mau dia suruh buat hotel pulekk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat dengan bina hotel saja automatik pelancong berpusu2 datang ke? Kalau senang macam tu, binalah hotel kat merata tempat ceruk mana, terus boleh jana berbilion2 dari pelancongan tanpa perlu invest dan usaha apa2 yang lain untuk wujudkan environment yang sesuai untuk tarik pelancong.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 03:22 PM | Show all posts
bukan pasal hotel sangat pun
ianya pasal hiburan dan apa yg ditawarkan di belah sana utk berhibur ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 03:48 PM | Show all posts
Tak nampak dimanakah rasionalnya untuk bina hotel/motel kat kawasan tu.
Alasan yang diutarakan tu tak cukup konkrit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rasa disko golok ni sangat2 kg.com ke?

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:29 AM | Show all posts
Adakah kerja kerajaan pusat utk bina hotel? Hotel ni kan milik syarikat persendirian yang melabur berdasarkan untung rugi. Jika untung mengikut perkiraan mereka, sudah pasti mereka akan bina. Persoalan di sini apakah insentif kerajaan negeri dalam menarik minat syarikat itu utk bina hotel di rantau panjang? Kalau letak berbagai syarat memang la orang tak mahu berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa je nak tido kat rantau panjang tu eww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Stesen bas kandang lombu... federal.
LRA, paip air reput... federal.
Jalan rusak... federal.
Pagar sempadan... federal.
Hotel... federal.

Berangan nak pegang Selangor? Memang takkk laa.


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 09:35 AM | Show all posts
pentadbiran PAS tak pandai attract investment, pandai naik mercedes benz aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 02:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 06:54 PM | Show all posts
Pelancong sebenarnya nak ke Rantau Panjang tapi terpaksa menyeberang ke Golok siap bawa passport bagai sebab nak tidur ja.

Perasannya ko makcik.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.080764 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list