View: 40902|Reply: 24
|
Caj hingga RM30 untuk guna penghawa dingin dalam kereta e-hailing?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang pemandu e-hailing dikesan mengenakan caj tambahan antara RM20 hingga RM30 kepada pelanggan bagi penggunaan penghawa dingin dalam kenderaannya.
Perbuatan pemandu itu dikesan selepas satu gambar memaparkan notis kadar bayaran caj tambahan berkenaan tular di media sosial, semalam.
Berdasarkan gambar tular berkenaan, caj tambahan yang dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM20 hingga RM30 bergantung kepada kadar kelajuan tertentu penghawa dingin.
Dalam notis berkenaan turut menyatakan bahawa penghawa dingin hanya disediakan di bahagian tempat duduk hadapan.
Bagi pelanggan yang mahu menambah kelajuan penghawa dingin perlu membayar kadar caj tambahan mengikut tahap kelajuan dipilih.
Tindakan pemandu berkenaan mencetuskan kemarahan warga net yang kebanyakannya menyifatkan perbuatan itu tidak masuk akal.
Sementara itu, Ketua Aktivis Sekretariat Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, pihaknya percaya bahawa faktor utama yang mempengaruhi tindakan itu adalah kelemahan oleh pihak berwajib yang bertanggungjawab mengawal selia industri berkenaan.
"Kami sudah lama mengesyorkan supaya industri e-hailing diakreditasi dengan lebih baik dan lebih berstruktur dengan mengambil kira kualiti perkhidmatan disediakan serta memastikan integriti setiap pemandu.
"Tanpa akreditasi dan kawal selia yang lebih ketat, isu-isu seperti ini akan terus berlarutan, mencemarkan imej industri dan merugikan penumpang," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau tidak menafikan terdapat segelintir pemandu yang terbabit dalam amalan itu kerana pemahaman yang lemah terhadap tanggungjawab mereka sebagai penyedia perkhidmatan.
Namun, katanya, keadaan itu diburukkan lagi oleh kealpaan dan sikap sambil lewa pihak berwajib yang gagal menguatkuasakan proses wajar bagi memastikan pemandu memahami sepenuhnya tanggungjawab mereka sebelum dibenarkan beroperasi.
"roses pengesahan dan latihan pemandu yang lebih ketat perlu dilaksanakan untuk memastikan pemandu benar-benar memenuhi kriteria ditetapkan.
"Selain itu, faktor ketidaktentuan pendapatan dan tekanan ekonomi turut menjadi punca utama pemandu mengenakan caj tambahan.
"Keadaan ini adalah satu bukti nyata kegagalan pihak berwajib dan platform e-hailing dalam menangani masalah ketidakstabilan pendapatan pemandu, yang menyebabkan mereka terpaksa mencari jalan menambah pendapatan dengan cara tidak wajar," katanya.
Menurutnya, pihaknya memahami bahawa ada dalam kalangan pemandu e-hailing menghadapi tekanan kewangan dan mental tetapi ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengenakan caj tidak adil kepada penumpang.
"Faktor tekanan mental dan stres yang dihadapi oleh pemandu juga adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan.
"Banyak pemandu 'gig' berdepan dengan beban yang tinggi akibat ketidakpastian pendapatan, jadual kerja fleksibel namun penuh tekanan dan kurangnya sokongan dari segi kesejahteraan mental," katanya.
Justeru itu, pihaknya menggesa pihak berwajib dan platform e-hailing untuk memperkenalkan sokongan kewangan dan psikologi lebih menyeluruh bagi membantu pemandu mengatasi tekanan sekali gus mengurangkan masalah timbul akibat situasi terbabit.
"GEM menegaskan bahawa tindakan tegas perlu diambil untuk menangani isu ini secara berkesan. Kami menyeru kepada kerajaan dan syarikat platform e-hailing untuk mengambil tindakan segera.
"Ini termasuk memperkenalkan dasar yang jelas mengenai caj tambahan serta memastikan prosedur pendaftaran dan latihan pemandu lebih telus serta komprehensif.
"ada masa sama, sokongan kepada pemandu harus diperluas untuk memastikan kesejahteraan mereka dijaga," katanya.
SUMBER: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ban terus mangkuk ni. Kapitalis bethol! |
|
|
|
|
|
|
|
Nk caj 20 tp kete pun bsepah tgk pnuh mcm2 xbbaloi byar lebih yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta pn bkn baru xyah lh kekwat sgt pakcik punn… cari keja lain lh.. ni confirm dh kena report kena ban trus. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi je 1 star.. bukan susah pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn bagi muka kat pemandu ni..esok2 takut ada pengikut yg caj penumpang |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi..kalau kete alza.mmg.ekon kat depan je
Nasib la yang belakang sekali bersauna lah kalau panas2... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi je rating 1 star pastu melingkup le dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau camtu suh dia bayar half la dia pun kena dapat aircon tu. Kejadah nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mcm saja nak create issue jah |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah naik la.. boikot terus.. harga kapak kapala |
|
|
|
|
|
|
|
Suh dia tutup tingkap...tutup aircond...tengok sapa dulu yg 'PANAS'.... |
|
|
|
|
|
|
|
lainkali boh la no plate skali. sng kot2 book e-hailing dpt dia je terus reject
kalau kene penalti tepek pic yg diberikan kat aduan |
|
|
|
|
|
|
|
Penuh note kereta heols dah macam pegboard anak aiol note segala mala subject penuh ruang. Apa le pesanan byk sgt tu |
|
|
|
|
|
|
|
manila pun tak cam ni.... sangat el savador
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada org mcm ni especially type c yg jenis kedekut... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm le dia on AC tu akan kena bayor bil lebih tinggi.. Rate tu kalah yahudi
Kalau i kosser la nk teruskan, baik cancel aja |
|
|
|
|
|
|
| |
|