Ayer Keroh: Usahawan wanita, Mariyah Yaakob yang digelar 'Makcik Kemboja' didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan mengeluarkan kenyataan jelik dalam video di media sosial mendakwa orang Melayu sebagai malas, tahun lalu.
Mahkamah sama bagaimanapun membebaskan anak lelakinya, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 23, dengan bon jaminan berkelakuan baik RM10,000 tanpa cagaran selama setahun beserta seorang penjamin warga Malaysia atas kesalahan memulakan hantaran komunikasi video berkenaan di media sosial.
Hakim Azaraorni Abd Rahman memutuskan hukuman itu selepas Mariyah, 48, dan Ezuan Hafsham masing-masing menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dihadapi mereka pada perbicaraan kes hari ini.
Dalam penghakimannya, beliau memerintahkan Mariyah dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu, namun tertuduh melangsaikannya.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar berhujah memohon hukuman berat dan setimpal dikenakan terhadap dua beranak itu.
Katanya, bermula dengan video kenyataan oleh tertuduh pertama yang amat mengguris hati kerana menyentuh bangsa Melayu dan dimuat naik di TikTok oleh tertuduh kedua menyebabkan 23 laporan polis dibuat di seluruh negara mengenainya termasuk 12 di Melaka.
"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa', dan kerana itulah kes ini berada di mahkamah hari ini.
"Dalam isu 3R (kaum, agama, raja-raja) sepatutnya tertuduh pertama lebih prihatin dan tidak sewenang-wenangnya berkata-kata hingga boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat.
"Tertuduh kedua, pula sebagai orang terpelajar boleh berfikir apa kesan hantaran video berkenaan. Jika buat video untuk ditonton sendiri di rumah tidak ada isu, tapi bila dimuat naik ke media sosial, inilah kesannya," katanya.
Sazali berkata, isu 3R bukan gurauan dan biarpun kedua-dua tertuduh membuat video permohonan maaf selepas kejadian, kesalahan sudah pun berlaku dan tidak dapat memulihkan keadaan, ibarat 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.
Sementara itu, peguam, Kamal Hisham Jaafar memohon Mariyah dikenakan denda minimum atas alasan menanggung tiga anak masih bersekolah, ibu berusia 70 tahun serta membiayai pusat tahfiz di Johor Bahru menempatkan pelajar anak yatim dan miskin.
Bagi Ezuan Hafsham pula, Kamal Hisham merayu supaya tertuduh tidak didenda atau dipenjarakan dan hanya diberikan bon berkelakuan baik kerana masih mengikuti pengajian berkembar di University of Reading di Malaysia dan di England.
Mengikut pertuduhan, Mariyah didakwa menggunakan aplikasi TikTok di alamat mengeluarkan perkataan jelik dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu pada 16 November 2023, kira-kira jam 6 petang.
Rakaman itu kemudian ditonton di sebuah rumah di Bukit Piatu, Kampung Musai, di sini dan berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ezuan Hafsham yang juga Pengarah Mariyah Holding, pula dituduh secara sedar menggunakan aplikasi TikTok di alamat sama dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan ibunya mengatakan kenyataan jelik itu antara 14 hingga 16 November 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Ko menumpang negara org mmg lah
ko kena kerja keras kena rajin demi wang
Melayu dh ada kehidupan selesa
Xperlu nk keje mcm kuli seperti korg2 pendatang asing
Post time 6-12-2024 08:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
shalalat replied at 6-12-2024 08:24 PM
Takde. Ramai je acik2 beli baju dia. Kadang2 terlalu live kat tt jual baju kuih lapis
dia pun menjual retail? ingatkan dia jual borong kat seller2 je/amik upah jahit pukal.
hrp beringat la lepas ni, yg ko ckp pemalas ni la dok membeli sampai kaya raya korang anak branak. nak hrpkan bangsa ko sendiri mampuihhh la nak mkn pun bercatu. gituhh racist iols
Post time 6-12-2024 08:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kt kelate ramai dorg ni..dorg dari dulu jual kain..putih pucat cmtu muka dorg..
kazen i kawen ngn kemboja..nenek i ckp deyols masuk sini sbb ada perang cmtu kn..kt pantai jmpa emas la..masa kejadian tu ..ramai mati kt laut masa otw nk dtg malaysia...masa tu jugek la ikan ikan pun org situ xmkn sbb katanya jumpa tgn dlm perut ikan.
aaja bg selingan sbb ni cite zaman bila i xtau t i xlahir lg
Post time 6-12-2024 09:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru je semalam sebut nama macit kemboja pasal ada rkyt msia jd mangsa scammer kt kemboja, dah jd jutawan kt sini jaga la elok2 peel tu, klau macit ni buat hal kt indon mungkin dh tinggal nama kot
Post time 7-12-2024 06:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
syamzana replied at 6-12-2024 11:13 PM
warna pink yg pompuan tu pakai baju apa ye??
mcm alas meja jaman 90an ada ropol2 scallop gitu.
ram ...
Ropol2 tu selalunya kat langsir dulu2 dgn alas meja. Tak tau la sape yg membeli sbb kalau takde repeated customer, mesti sendu je live dia. Aku agak2 kaum kanoha la kot suka style2 gini
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register