View: 39363|Reply: 30
|
Lamborghini Syamsul bukan punca kemalangan di Bukit Bintang - “Ini video sebenar, Audi tak fokus bukan salah saya”
[Copy link]
|
|
Didakwa menjadi punca kemalangan di Jalan Bukit Bintang, pengarah Syamsul Yusof menjelaskan insiden terbabit bukan disebabkan kecuaiannya yang ketika itu memandu di lokasi sama.
Kata Syamsul atau Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, perlanggaran antara kereta Audi dengan kenderaan jenis serba guna (MPV) di posisi hadapan adalah kerana pemandu berkenaan itu sendiri yang tidak fokus.
“Ini video sebenar, Audi tak fokus bukan salah saya,” tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram merujuk video tular itu.
Difahamkan, video berkenaan diulang siar di laman sosialnya daripada seorang individu yang merakamkan kenderaan dipandunya di laluan sama ketika kejadian.
Dalam rakaman itu, kereta Lamborghini yang dipandu Syamsul dilihat bergerak perlahan di lorong susur keluar sebelum berlakunya pelanggaran membabitkan dua kenderaan di lorong sebelahnya.
Pada masa sama, pelakon terbabit dilihat membuka tingkap dan melihat ke arah kamera dirakam individu tersebut sebelum meneruskan perjalanan.
Cuma tidak dapat dipastikan sama ada Syamsul menyedari kedua-dua kenderaan di lorong bersebelahan kemalangan.
Menerusi ruangan komen, netizen berseloroh dengan mendakwa jentera mewah Syamsul menjadi punca kemalangan dek kerana terlampau menonjol.
Tidak kurang juga mengusik apabila bertanyakan identiti penumpang yang berada di sisinya.
“Lawo (lawa) sangat kereta tu,” tulis pelakon Fattah Amin.
“Kacak sangat kereta sampai orang sebelah terhantuk,” kata seorang pengikutnya.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai jentera mewah milik Syamsul menjadi punca kemalangan di hadapan sebuah pusat beli-belah.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
ekceli kan, kalau ikut undang-undang yang paling betul, memang dibenarkan ke keadaan kereta yang dianggap boleh mengganggu fokus pemandu lain semasa di jalan raya? contoh macam kes ni warna kereta yang fancy |
|
|
|
|
|
|
|
ada 2 cerita la ek dr video ni haha
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa..ramai yang perasan ni jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bohsia mana pula ko angkut tu samdol
Baru mak ko nak terima balik jgn bt perangai lagi samdol |
|
|
|
|
|
|
|
dah menganggu fokus driver lain, mmg salah ko lah logiknya. Tapi ikut law, tetap salah driver audi |
|
|
|
|
|
|
|
Mak cik bwg nk bergusipan npk passenger sebelah samdol kot spi xfokus... |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan serius..camne bawak kete macam ni nak lalu kat speed bump? Kompom bergesel bumper.
Nak laju kat highway pun takleh kan..sebab sentiasa banyak kete.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan jantan ke dalam kereta dengan dia tu? Ke spek aku kena upgrade dah? |
|
|
|
|
|
|
|
huduh lah lambo wrap jadi mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tp kne tukar kaler kete tu dlm geran dkt JPJ dalam tempoh 7 hari sbb kalau tak buat nnt akan sshkan owner sndr cthnye kalau eksiden, insurans nk tgk yg mcm tertulis dlm geran.. kalau kne saman AES, JPJ boleh htr dua surat saman, satu AES satu lg surat saman tukar kaler tnpa kebenaran..
tp yg JPJ AES tu jrg la dpt surat saman psl warna kete lain, yg utama tu insurans...insurans kan sentiasa cari jalan utk xnk byr
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pasal dgn IK dl mmg betul dia salah
Kali ni x |
|
|
|
|
|
|
|
gerbera.memopad replied at 18-12-2024 09:38 AM
Bukan jantan ke dalam kereta dengan dia tu? Ke spek aku kena upgrade dah?
iols pun nmpk mcm jantan... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya B40 tiada apa nak komen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Emangnya warna kereta gitu lulus JPJ ke? Dengan warna kejap nampak kuning, kejap nampak hijau. Dengan silau kat pemandu lain especially time panas rembang. Atau ianya lulus untuk golongan tertentu je?
Dah macam papan iklan bergerak dah dengan warna gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Warna kereta mcm keling. Sangkak betholll taste dia ek |
|
|
|
|
|
|
|
lohh keta renbow tu ke heshe punya? heshe dah join geng pelangi ke sejak2 serai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|