CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 45159|Reply: 65

18 tahun ditahan di Kem Tahanan Guantanamo Bay, Farik Amin, Nazir Lep dibebas

[Copy link]
Post time 18-12-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode





PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) menyerahkan semula dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Guantanamo Bay di Cuba selepas ditahan sejak tahun 2006 di kem berkenaan.


Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini.


“Kerajaan Perpaduan atas prinsip hak asasi manusia dan dukungan keadilan sejagat telah menerima dua orang warga Malaysia iaitu Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep yang diserah oleh kerajaan Amerika Syarikat.


“KDN merakam ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” katanya.


Katanya, kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan.


Jelasnya, ia bakal merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.


Sebelum ini, kerajaan sedang mempercepatkan usaha membawa pulang dua warga Malaysia tersebut.


Perkara itu dibincangkan Saifuddin Nasution dalam pertemuan dengan Wakil Khas Hal Ehwal Guantanamo, Tina Kaidanow di New York, AS.


Mohammed Farik, 48 dan Mohammed Nazir, 47, ditahan di Thailand pada 2003 kerana mempunyai kaitan dengan insiden pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduiii bawak ballik pulakkk. Kalau hantar terus dekat negara bergolak tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah tu..  Harap2 serik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:05 PM | Show all posts
kat sini bakal dijulang hero

podcaster2 sangkak semua tengah jilat bibir...tak sabar nak ajak depa dua borak dlm podcast citer pengalaman ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 123456 at 18-12-2024 08:42 PM

Gila ah, kalau dia tu bekas komunis, jangankan org, abu mayat dia pun tak lepas masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eii kenapa bawak balik. Terrorist
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya balik sini dah lepas bebas cam rakyat biasa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni yg sekali dengan arwah ayah aisyah hijannah tu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 18-12-2024 06:33 PM
Aduiii bawak ballik pulakkk. Kalau hantar terus dekat negara bergolak tak boleh ke?

Nak suruh berjihad ye lawan yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang lepas bebas xde sape2 follow ke?


Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut lH pulak buat ada yg mengidolakan depa ni bila balik malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik as free men ke? Siap ada program pulak dia dua
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoo seram nk bawa balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:20 AM | Show all posts
tak silap nazir lep tu adik bekas adun pas kat johor dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi seramnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 03:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Noooo.....takot..... [em:12:]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2024 03:55 AM | Show all posts
Takut plak aku tengok muka masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn la dibuatnya smngt msih bkobar2 perjuangan belum selesai
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti lah bawak balik. kan warga negara kita. negara lain pun belum tentu nak terima.
waris nya disini. maka nya lebih baik dipantau pihak berkuasa disini.
mmg ler pernah jd pengganas. tp depa masih ada kaum keluarga. mana lah tau kot dah insaf.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 18-12-2024 08:05 PM
kat sini bakal dijulang hero

podcaster2 sangkak semua tengah jilat bibir...tak sabar nak ajak ...

Itu sudah semestinya. Bakal dijulang as hero melayu islam lawan imperialis US & yahudi oleh golongan2 tertentu. Mungkin bakal ada movie yg dibuat khas utk mereka ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55421 Replies : 25
Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ dengan Highland Towers
ultra78Lepas setahun baru tahu ‘berjiran’ den
Views : 18230 Replies : 50
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 38122 Replies : 1400
Kereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas Cuba Beri Laluan Ambulan Di Lampu Isyarat.Disaman Pulis Kerana Kereta Hanya Boleh Elak Ke Tepi Bukan Ke Hadapan
YgBenarKereta Wanita Mengandung Eksiden Selepas
Views : 74883 Replies : 39
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 31043 Replies : 45
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 6152 Replies : 219
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 28628 Replies : 18
Menteri Sumber Manusia  Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Dengan Tuan Rumah
YgBenarMenteri Sumber Manusia Steven Sim Bantu
Views : 30800 Replies : 33
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 239600 Replies : 1384

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.407759 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list