CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23571|Reply: 80

[Jenayah] Sindiket kewangan berselindung di sebalik hiburan kantoi

[Copy link]
Post time 3-2-2025 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 3-2-2025 01:11 AM

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa selebriti termasuk artis terkenal yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.

Katanya, mereka akan dipanggil minggu depan untuk membantu siasatan.

Keterangan akan diambil selepas siasatan mendapati terdapat sejumlah dana digunakan untuk selebriti berkenaan, termasuklah menjadi wajah kepada syarikat berkenaan.

"Daripada keterangan dan semakan kewangan yang diperoleh, selebriti-selebriti ini menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat.

"SPRM juga mengesan terdapat bayaran turut dibuat untuk tajaan konsert dan gubahan lagu khas bagi pihak sindiket itu," katanya kepada BH.

Hari ini, BH melaporkan Azam mengesahkan siasatan mengenai pembabitan selebriti-selebriti ternama dalam syarikat perunding kewangan berkenaan menjadi antara aspek dalam siasatan Ops Sky.

Siasatan terhadap selebriti berkenaan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

BH difahamkan, selebriti-selebriti ini dibayar hingga ratusan ribu ringgit sebagai wajah untuk meyakinkan orang ramai bagi menggunakan perkhidmatan mereka.

Malah difahamkan, ada antara mereka mendapat bayaran mencecah hingga RM400,000 hanya untuk menjadi duta rasmi.

Selain itu, BH difahamkan syarikat berkenaan juga dikatakan bergiat aktif dalam menaja program-program hiburan membabitkan selebriti terkenal, termasuklah penganjuran acara berskala besar.

Lebih mengejutkan, siasatan SPRM turut mendapati sindiket turut melabur sejumlah wang untuk penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.

Melalui Ops Sky juga, SPRM mendedahkan sejumlah RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket yang kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan bank-bank pada satu masa.

Sejak tiga minggu lalu, BH turut melaporkan, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Dalam operasi itu, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2025 06:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi tersohor tu aku terus pk penyanyi bernombor dah sekali nek jenna. Harus pucat gg da skg
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
4,5 hari lepas ada bang jie sembang dengan sorang banker hire purchase... Sembang pasal loan submission customer jugak la...

Entah camna terkeluar lah topik kakitangan awam yang kena scam dengan company CSA Academy tu...

Ada pegawai kerajaan yg bergaji RM8k sebulan buat loan RM1mil dgn multiple bank. Duit loan tu plak dapat dalam 55% ja, selebihnya processing fee tah apa pun taktau, dan amount baki tu masuk ke akaun CSA Academy atas alasan dilaburkan semula,..

Compounding bulanan CSA Academy janji bayar sebanyak RM30k selama 10 tahun(haruslah janji kencing)...

Sindiket yg terlibat memang berkomplot disburse kan loan pegawai kerajaan ni di beberapa bank yang mudah bagi personal loan, bukan satu loan saja depa disburse kan, multiple loan at different bank sehingga ada satu nama mencecah RM1mil loan amount...

Jika loan amount ni dikira balik sebanyak rm1mil, dengan interest rate 3% current market, dah tentu bayaran balik bulanan kepada bank berjumlah RM10K ke atas...

Gaji RM8K ja, nak bayar personal loan sahaja RM10K lebih sebulan... Camna tu?

Itulah, skim scam orang ni rasanya sampai kiamat pun takkan habis, sebab demand nya ada, mestilah penyamun² ni dok ubah² ja taktik masing-masing...

Yang terkena, tak lain tak bukan, orang awam yang nak kaya cepat...

Mana ada benda mudah senang² buleh kaya cikkkk oiiii,

Ingatlah semua, skim² pelaburan ni selagimana tak diluluskan dan disiarkan secara rasmi dalam website suruhanjaya sekuriti (SC).. semuanya berisiko tinggi untuk lumpuh...

Pikiaq² lah noooo...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
tak sgka ostronot msia blh terlibat jd duta benda2 camni. selama ni potretkan diri+fmly terpaling berilmu serba serbi ujung2
baik jd doc je la balik...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 3-2-2025 09:09 AM

Akhirnya, dah baca gak fb PW(dah rebrand nama baru)
Lama dorang perjuangkan isu ni sampai kena ugut memacam.

Lepas satu2 ya scammer terciduk dr tahun lepas sambung ke tahun nih.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2025 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 3-2-2025 08:16 AM
4,5 hari lepas ada bang jie sembang dengan sorang banker hire purchase... Sembang pasal loan submiss ...

Sib baik uols tak join yaaa
Iols baca dulu sasaran dorang ni penjawat awam terutama cikgu sekolah
Malah ada yayasan yg dikaitkan dgn company dorang ni yg jd penyumbang kepada KPM.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:19 AM | Show all posts
Suchi replied at 3-2-2025 09:11 AM
Sib baik uols tak join yaaa
Iols baca dulu sasaran dorang ni penjawat awam terutama cikgu sekolah
...

tahun 2009 dulu dah aku dah dpt report ada cikgu kena tipu pelaburan.banyak duit betul la cikgu2 sampai ada duit lebih utk pelaburan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 09:33 AM | Show all posts
Cari la rezeki yang diberkati.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:50 AM | Show all posts
sis pernah interview pegawai polis jsjk pasal ponzi scheme ni.. jawapan dia senang jer.. "dorang semua bukan mangsa sangat pon.. semua tu tamak.. sebab tu join benda2 macam ni.. kalau tak tamak, tak join.. semua nak kaya senang kononnya.."
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarputih2612 replied at 3-2-2025 09:19 AM
tahun 2009 dulu dah aku dah dpt report ada cikgu kena tipu pelaburan.banyak duit betul la cikgu2 s ...

Kalau betul banyak duit, takdenya sampai perlu buat loan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:58 AM | Show all posts
makshu replied at 3-2-2025 09:50 AM
sis pernah interview pegawai polis jsjk pasal ponzi scheme ni.. jawapan dia senang jer.. "dorang sem ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarputih2612 replied at 3-2-2025 09:19 AM
tahun 2009 dulu dah aku dah dpt report ada cikgu kena tipu pelaburan.banyak duit betul la cikgu2 s ...

cikgu ngajor pedalaman bnyk duit ckp lu..duduk kuaters,ayaq tada bayor,api solar...beli brg dapur sikit jer...lain hari boleh mancing..sayur2 boleh beli [email protected] mak,bapak student bg.........@agaknyala...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:05 AM | Show all posts
makshu replied at 3-2-2025 09:50 AM
sis pernah interview pegawai polis jsjk pasal ponzi scheme ni.. jawapan dia senang jer.. "dorang sem ...

Setuju.. Nk kaya cepat... Mcm lah ubat-ubatan yg bukan², yg mudah percaya tu semua nk sembuh cepat, sanggup perabih beribu padahal obat spital kjaan free je.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
makshu replied at 3-2-2025 09:50 AM
sis pernah interview pegawai polis jsjk pasal ponzi scheme ni.. jawapan dia senang jer.. "dorang sem ...

iols setuju yg depa ni bkn la mangsa. saje cari penyakit sendiri taknak usaha lebih tp nak duit lebih dgn cepat. mendapat larr
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:26 AM | Show all posts
Harap-harap kena la hukuman yg setimpal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 11:28 AM | Show all posts
halah2 kak G
masa die keluar lagu tu pun dh nmpk dah
nyanyi utk company ape lah ni
in fact baca artikel atas tu pun, 1st thought...jgn2 kak g ziana zain
sekali scroll bawah, ha kau, terpampang muka

kak g, kak g...klu skim2 pelaburan ni jgn laaa pi dekat
tak pasal2 dah ha

btw lagu yg zz record utk company ni, Semangat Wira
sedap jgk lagunya

hopefully contract sekadar rekod utk lagu takde hanky panky smpi kena denda ke atau kena time

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:37 AM | Show all posts
scammer ni sampai kiamat x abis...sejenis x takut mati pun ye juga ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:45 AM | Show all posts
mawarputih2612 replied at 3-2-2025 09:19 AM
tahun 2009 dulu dah aku dah dpt report ada cikgu kena tipu pelaburan.banyak duit betul la cikgu2 s ...

cikgu kan byk side income...jadi cikgu tusyen la, jual tupperware la, jual avon, cosway & seangkatan dengannya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:45 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 3-2-2025 11:37 AM
scammer ni sampai kiamat x abis...sejenis x takut mati pun ye juga ni...

betul tu jenis hati hitam, xrasa bersalah tipu org
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.080520 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list