View: 22323|Reply: 30
|
Mariam gagal ke final OIAM, tak ada pesona jadi artis
[Copy link]
|
|
Hasrat peserta program realiti One In A Million (OIAM) iaitu Mariam berentap di final terkubur apabila dia tersingkir pada peringkat separuh akhir pada malam Ahad.
Persembahan Mariam menerusi lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah tidak mempunyai pesona sebagai seorang penyanyi.
Kata juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Mariam tidak mempunyai personaliti dan gaya tersendiri dalam nyanyian.
"Saya nampak persembahan awak minggu ke minggu tak ada masalah sebab awak seorang guru vokal.
"Cuma di peringkat ini saya tidak nampak lagi originaliti awak. Saya rasa awak masih tercari-cari lagi.
"Awak tak boleh buat seperti Siti Mariam (nama sebenar), saya nak nampak pesona yang lain. Mariam the superstar. Sebagai seorang performer awak terlupa penonton awak," katanya.
Dalam pada itu, peluang yang diberikan kepada Mariam untuk segmen battle bersama seorang lagi peserta di tempat kedua terakhir iaitu Jimi turut tidak berhasil.
Pilihan lagu Jagalah Hati nyanyian Jaclyn Victor sekali lagi gagal mendapat perhatian para juri.
Mengakui perlu membuat pilihan yang sukar, barisan juri bagaimanapun sepakat memilih Jimi untuk ke peringkat akhir.
Mariam tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 daripada pihak penganjur.
Sementara itu, empat peserta OIAM berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir termasuk Kai Deva, Mary Grace, Zazzleen dan Jimi.
Membawa tema Melodi Cerita Kita, konsert separuh akhir OIAM turut diserikan dengan persembahan penyanyi undangan iaitu Amy Search.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
OIAM bersiaran langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam di hoskan oleh Haniff Hamzah serta Fiza Frizzy.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mmg takde pesona retis pun..dah la x lawa...sapo nk amik jd product ambassador kalo x lawa
Ok done faceshaming
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni yg masa iklan dok nangis2 tu ke? i x tgk oiam ni..tapi rasanya dia ni la..masatu i cakap kat my cuzen, dok nangis2 ni mcm lebih 20 tahun nyer konsep je..zaman AF1 lagi..ewwww |
|
|
|
|
|
|
|
Takde yg menarik program ni. Dari peserta, juri & pengacara semua tak best. Dok jual drama airmata. Kena tipu la, nak bg family senang la, ayah kena tikam la eh baik ajak je wan maimunah jadi contestant. Sedih/trauma/masalah tu semua lumrah hidup. Ini pertandingan nyanyi bukan pertandingan meraih simpati. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan mariam je yg lain pun x ada pesona |
|
|
|
|
|
|
|
aku rs skrg ni netizen tgh kecam zazzleen tu je.. mula2 aku tak setuju la dorang kecam tp lps aku dgr dia nyanyi, erm ptot la kne kecam...hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tengok iklan je pun dah rasa sorang pun peserta takda aura penyanyi. Pesona apatah lagi. Hauk sungguh semua finalis |
|
|
|
|
|
|
|
mcm xde je yg memorable peserta OIAM ni... |
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 4-2-2025 10:07 AM
aku rs skrg ni netizen tgh kecam zazzleen tu je.. mula2 aku tak setuju la dorang kecam tp lps aku dg ...
Zazleen nye suara ni meols tros teringat Anastacia - I'm Outta Love. Meols x tgok rancangan ni tp ada lalu kat fb dgr suara dia. Kalau dia bwk lagu ni sure mcm kene je |
|
|
|
|
|
|
|
dia kne pndai pilih lagu.. lagu2 leman lagu2 melayu mendayu2 dia sgt tak sesuai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa x banyak quiz show kat TV malaysia ni. balik2 nyayioan,
|
|
|
|
|
|
|
|
suara dia memang unik, tapi jujur dia nyanyi pitchy dan banyak verse yg kedengaran sumbang.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg plg teruk lagu 90s tu.. lagu tu mendayu ada lenggok dia nyanyi kejung.. aku rs elok dia jgn nyanyi jd tukang alih suara je..
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk barisan juri pun tak teringin nak tengok
Mariam ni kategori2 Sarah suhairi, nuha
si zazleen tu kalau bukan sbb anak retis
tak kemana la
dia pikir dia sape? tina turner? |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg tak tgk oiam ni. tahu sikit2 melalui tiktok je. dari juri ke peserta mmg tak best langsung. juri lak ajet2 bagus menjuri. zazleen tu mmg hauk betul nyanyi lagu sehati sejiwa. mmg harey |
|
|
|
|
|
|
|
lahhh anip amzah jd pengacara oiam ni ke ??? ptut lah iols kowserrrr nk tgok..... yihhhh mcm xde org lain jd pengacara |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by izat123 at 4-2-2025 09:59 PM
bottombikini replied at 4-2-2025 06:44 PM
tgk barisan juri pun tak teringin nak tengok
Mariam ni kategori2 Sarah suhairi, nuha
Sarah suhairi tu ada lah juga lagu lagu hit. Nuha tu ya level level Mariam tapi at least Nuha Tok Ram sayang Mariam ni juri pun tak sayang cian hahaha.
Edit: Nuha bahrin ke ingatkan Nuha AF dulu tu lol. |
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 4-2-2025 05:59 PM
yg plg teruk lagu 90s tu.. lagu tu mendayu ada lenggok dia nyanyi kejung.. aku rs elok dia jgn nya ...
Dia takleh nyanyi lagu melayu leman mmg jd tak sedap dengar
Baru ni lalu kat fb aku dia nyanyi lagu era 90an kot aku lupa dah tajuk lagu tu tp byk sebut kekasih tu
Jd tak sedap langsung plak dah
Nyanyi lagu omputeh jelaa |
|
|
|
|
|
|
|
BungaKencana replied at 4-2-2025 11:55 AM
dia kne pndai pilih lagu.. lagu2 leman lagu2 melayu mendayu2 dia sgt tak sesuai..
Ye betul..lagu mendayu2 tu dah mcm bunyi hon kapal. Bengkak telinga ni nak tgu abes. |
|
|
|
|
|
|
| |
|