CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 150|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung

[Copy link]
Post time 18-1-2026 03:11 AM | Show all posts |Read mode
ALLAHYARHAM NADIA KESUMA





Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung



  • Oleh NOOR HASLIZA NUSI
  • 18 Januari 2026, 3:01 am




GEORGE TOWN – Tanda tanya mengenai kehilangan pelakon Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Rabu lalu.

Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Threads sebentar tadi apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung.

“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) sekitar pukul 8.05 malam.

“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama.

Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.

“Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.

“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10 malam.

Berita tersebut disampaikan oleh Travel Agency itu sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.

Nadia antara 21 peserta yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah bersama sebuah agensi pelancongan bermula dari 14 hingga 28 Januari ini. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/18/nadia-kesuma-meninggal-dunia-akibat-sakit-jantung/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.038708 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list