Liga Bola Tampar Malaysia 2011 – Pusingan Kedua di PulauPinang Liputan Hari Pertama PulauPinang: Setelah pembukaan pusingan pembukaan Liga Bola Tampar Malaysia 2011yang telah berlalu di Batu Pahat minggu lepas, pusingan kedua menyaksikanpasukan-pasukan bola tampar terunggul di Malaysia meneruskan saingan di PulauPinang. Pendahulu liga adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (lelaki) danSekolah Sukan Bukit Jalil (wanita).
Dalam perlawanan pembukaan, AngkatanTentera Malaysia (ATM) yang diketuai oleh pemain veteran berpengalaman, MuradSulaiman berjaya mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan Sekolah SukanTengku Mahkota Ismail (SSTMI) 3-0 dengan mata 25-14, 25-14, 25-23. Dalamperlawanan seterusnya, wakil tunggal dari Sarawak, pasukan Sib uterus mencatatkanpeningkatan prestasi dengan menewaskan Perlis 3-0 dengan mata 25-10, 25-19,25-16. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunjukkan prestasi yang dominantdengan menewaskan Kelab Sukan Segamat (KSS) setelah tewas set pertama. MBSAyang diwakili oleh pemain kebangsaan, Ng Wai Kit dan Tan Qee Han menang 3-1dengan mata 23-25, 25-11, 25-12, 25-14.
Perlawanan paling sengit bola tamparlelaki ialah di antara dua pasukan teratas liga, UKM dan SSBJ yang menyaksikanSSBJ mendahului UKM dengan memenangi dua set yang pertama. UKM bangkit denganserangan seimbang yang dilancarkan oleh ‘setter’ cilik 169 cm, Vaashutthevaandan berjaya memenangi set ketiga. Perlawanan sengit berterusan hingga ke setpenentuan apabila UKM berjaya mencuri kemenangan set keempat. Dalam setpenentuan, pengalaman dan pertahanan kental UKM menyaksikan SSBJ kecewa apabilaUKM menang dengan mata keseluruhan 24-26, 22-25, 25-22, 25-23, 17-15.
Dalam perlawanan pasukan wanita,E-GLOBEX yang diwakili oleh empat pemain bola tampar pantai negara – Beh ShungTing, Luk Tech Hua, Luck Teng He dan Iswari A/P Manokharan berjaya menumpaskanpendahulu liga SSBJ 3-1 dengan mata 25-14, 26-24, 21-25, 25-16.
Liga Bola Tampar Malaysia akanditeruskan esok dengan baki perlawanan dijadualkan antara 9:00 pagi hingga 7:00malam. Masuk percuma dan anda boleh menyaksikan perlawanan-perlawanan bolatampar yang menarik di Stadium Tertutup Han Chiang, Pulau Pinang.
|