CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60273|Reply: 480

AKSI : SUPERMAK

  [Copy link]
Post time 21-7-2011 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 25-10-2011 08:06

Satu Identiti Unggul Di Sebalik Kelembutan Seorang Surirumah

Tampak biasa, sopan dan lemah lembut di rumah. Tugasan beliau hanyalah untuk memberikan yang terbaik untuk anak dan suami tercinta. Namun, sebuah rahsia dan kisah hebat bakal terungkai apabila petualang dan musuh tradisi menjelma! Bersedialah untuk menerima pukulan dan tamparan seorang wanita berkuasa adiwira, hero pujaan para surirumah!

Menyusuli “Juvana”, kini slot Aksi mempersembahkan drama bersiri terbaru, SUPERMAK lakonan hebat Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal, Henzy Andalas, Nelly dan Haider Harris mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.

Hasil arahan Prem dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd., SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah sepenuh masa, Amy Salim (Nasha Aziz) yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani.

Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil garuda. Kisah bermula apabila burung garuda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung garuda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung garuda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.

Bergelar SuperMak, Amy Salim mewarisi kekuatan dan kepantasan yang mengagumkan, dan beliau merupakan salah seorang dari generasi keturunan Thani. Kini beliau telah dewasa dan mendirikan rumahtangga. Suaminya, Rees (Azhan Rani) merupakan seorang anggota polis dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris). Mereka bersama-sama menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga penyayang, ceria dan penuh komitmen antara satu sama lain.

Namun, langit tidak selamanya cerah, kemunculan Bashar (Zul Yahya), musuh tradisi dari salah satu suku keturunan Thani di Riau tiba-tiba muncul untuk menggugat ketenteraman awam termasuklah keluarga Amy. Akibat sikap tamak dan dahagakan kuasa, Bashar berjaya menguasai seluruh Kuala Lumpur dan beberapa kumpulan gangster besar untuk mengikut telunjuk perintahnya.

Bashar ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api yang sangat kuat dan hebat.

Seorang lagi pewaris, Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa ais yang menakjubkan juga tunduk kepada kekuatan Bashar. Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy demi mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) yang mempunyai kekuatan telekenetik dan Ghazi (Henzy Andalas) yang berupaya untuk menjadi halimunan juga berasal dari keturunan yang sama. Namun, watak mereka berbeza, gemar berjenaka dan suka mengusik Amy.

Pertarungan sengit yang membezakan baik dan jahat di antara mereka berlima bakal meletus demi mempertahankan pingat unik dan keamanan sejagat dari jatuh dan musnah di dunia kecelakaan. Lebih menarik, Bashar juga mengetahui kelemahan utama SuperMak, dan cabaran akan menjadi semakin getir dengan kehadiran seorang lelaki hebat disisi Amy, juga sebagai penjaga pingat keramat tersebut.

Apakah sebenarnya kelemahan SuperMak, dan siapakah lelaki misteri itu? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi lincah Nasha Aziz dan pelakon-pelakon hebat yang lain di dalam SUPERMAK, di slot Aksi, sebanyak 13 episod, bermula pada 25 Julai 2011, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2011 11:06 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 11:43 AM | Show all posts
lama tak tgk nasha berlakon... mula2 tgk tajuk supermak errkkkk... mana leh celen juvana....
tp tgk produksi filmscape... kena ubah pikiran... kena tgk dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 03:47 PM | Show all posts
wah. mcm best jek tgk promo drama ni coz berbeza dr drama slot aksi sebelum ni. lebih2 lgi drama filmscape. so, kena tgk dlu la camna. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 05:33 PM | Show all posts
Akan menantikan kemunculan citer Supermak neyh..Buat para ibu dan surirumah,bayangkanlah kalau anda punyai kuasa sepertinya..Apa yang korang nak lakukan???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 09:49 AM | Show all posts
lama tak tgk nasha berlakon... mula2 tgk tajuk supermak errkkkk... mana leh celen juvana....
tp  ...
dino Post at 21-7-2011 11:43



    aku pun dok pk benda yang sama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2011 09:50 AM | Show all posts
Akan menantikan kemunculan citer Supermak neyh..Buat para ibu dan surirumah,bayangkanlah kalau anda  ...
7teen Post at 21-7-2011 17:33



    dok releks jer lah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:15 AM | Show all posts
OMG!! mek akan pastikan setiap isnin kul 9 mek tercongok depan TV demi kak nasha mek..
dulu mek selalu terfikir nape xde adiwira perermpuan ek? kalu ada mek nk kak nasha..
tetiba impian mek menjadi kenyataan!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2011 10:25 AM | Show all posts











Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 10:26 AM | Show all posts

“Istimewanya drama Supermak, saya dengan rela hati nak pergi interview & casting kerana skripnya amat menarik. Sesuatu yang lain sebab saya terpaksa memainkan 2 karakter, iaitu seorang suri rumahtangga yang penuh dengan sifat keibuan di rumah, & seorang superwoman yang membanteras jenayah di rumah. Walaupun suami saya bekerja sebagai polis, dia tak tahu yang saya terlibat untuk menumpaskan penjenayah tersebut. Saya terpaksa coverline aktiviti ini daripada pengetahuan suami saya,” jelas Nasha Aziz mengenai wataknya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 01:25 PM | Show all posts
aiols rasa drama ni best
bila tgk iklan aritu pun terus tertarik nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 02:03 PM | Show all posts
dok releks jer lah..
bbalik Post at 22-7-2011 09:50


Alah..Saja jerk bukan apa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 02:26 PM | Show all posts
OMG!! mek akan pastikan setiap isnin kul 9 mek tercongok depan TV demi kak nasha mek..
dulu mek sel ...
elorna Post at 22-7-2011 10:15



    cehhh suker ler tuh.... (dengan nada jeles)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 02:27 PM | Show all posts
cantek tak hengat minah ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 04:26 PM | Show all posts
cehhh suker ler tuh.... (dengan nada jeles)
bbalik Post at 22-7-2011 14:26


mestilah suker!!
jgn jelez!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 11:26 PM | Show all posts
cantik arrr nasha nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 12:13 AM | Show all posts
lagi suke nasha yg dulu.. teringat filem kad cinta hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:12 AM | Show all posts
nasha still cun
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 07:48 AM | Show all posts
mestilah suker!!
jgn jelez!!
elorna Post at 22-7-2011 16:26



    hari ni jangan lupa lak tengok... cancel semua deting2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 09:48 AM | Show all posts
hari ni jangan lupa lak tengok... cancel semua deting2 tuh...
bbalik Post at 25-7-2011 07:48


alamak.. mlm ni kwn mek dr pulau besar mersing dtg kl..
mek kena teman dorg kuar.. haiyoo... camner??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.242145 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list