CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16032|Reply: 103

[2011] THE RISE OF THE PLANET OF THE APES

[Copy link]
Post time 2-8-2011 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 16-11-2011 15:57




Official Trailer




Synopsis

Will Rodman (James Franco), currently residing in San Francisco, is working on a cure for Alzheimer's by performing tests on apes. The first test subject is a chimpanzee, named Caesar (Andy Serkis), whose parents had been captured in Africa.Rodman's "cure" genetically modifies Caesar's way of thinking to create a new breed of ape with human-like intelligence. Caesar learns unbelievably well, but human authority orders him to be locked up. However, he eventually proves smart enough to escape from his cage and releases an airborne-strain of the cure among thousands of other apes (the ones that are caged with him), increasing their intelligence, like Caesar. Thousands of apes begin to foment revolution. Soon, war breaks out between humans and apes. Rodman may be the only one able to stop them before the ape revolution ends with the apes succeeding, humanity being driven to extinction, and apes becoming the most dominant species on Earth.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2011 02:33 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 02:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by mjfh at 2-8-2011 14:36

FILEM: Amukan cimpazi   


     PERASAAN bercampur aduk timbul tatkala penulis menonton sesi tayangan khas Rise of The Planet of The Apes, Khamis lalu. Paling dirasakan, apa akan berlaku jika kita sebagai manusia terus mengabaikan sifat kemanusiaan terhadap haiwan yang tidak berakal.

                    
Penulis sebenarnya kagum pada perkembangan plot dan cetusan rasa yang cuba dilontarkan. Namun, jika diimbas lebih mendalam, watak cimpanzi bijak bernama Caesar (lakonan Andy Serkis) seolah-olah metafora kepada pemimpin minoriti yang bangkit dek penindasan yang berlaku.

Mungkin jika dilihat daripada perspektif politikus, ia sebuah filem genre kenegaraan dan kemanusiaan berjuang demi kebebasan. Cuma bezanya, ia mengangkat haiwan primat untuk membawa semangat perjuangan dan senario penindasan.

Tidak mustahil ia bukan saja mampu menjadi filem sains fiksyen luar biasa, malah mempunyai mesej berat yang jelas dan berjaya pada mata minoriti yang tertindas untuk bangkit. Lebih terusik di hati penulis, ia berjaya membuka mata dan hati penonton dengan lebih luas.



Secara jelas, filem ini cuba mendekatkan pengalaman masa depan jika kita alpa. Biarpun ia mengambil senario semasa di San Francisco, keadaan itu seolah-olah boleh berlaku di mana-mana pada bila-bila masa.

Penulis lakon layar dan pengarah bijak mengemudi cerita haiwan yang ditindas manusia. Rise Of The  Planet Of The Apes tidak sama dengan mana-mana siri TV yang pernah ditonton sebelum ini mahupun filem ‘remake’ Planet of The Apes pada 2001 lakonan Mark Wahlberg.

Filem ini tidak meniru mana-mana plot asal. Segala-galanya segar dan baru, hinggakan tanggapan awal ia sekuel kepada filem terdahulu dibuang jauh. Penonton dibawa ke fasa baru dengan plot lebih dramatik.

Mengisahkan Will Rodman (James Franco), saintis yang bertanggungjawab mencari penawar penyakit Alzheimer. Dalam usaha mencari ubat itu, dia perlu menguji hasil penemuan pada monyet.

Subjek pertama diuji ialah seekor cimpanzi betina. Tanpa diduga, kesan uji kaji itu membuatkan sel otak cimpanzi itu berkembang dan ia mampu berfikir.

  Satu hari, cimpazi itu ditembak selepas mengamuk dan menyerang orang ramai di makmal. Rupa-rupanya amukan itu berpunca atas dasar mempertahankan anak yang baru dilahirkan. Will yang sedih dengan kejadian itu bersetuju memelihara anak cimpanzi dan menamakannya Caesar.

Lima tahun bersama Will, Caesar mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan sehingga haiwan itu mampu berfikir seperti manusia. Kasih sayang yang ditonjolkan akhirnya membawa padah apabila Caesar mengamuk selepas Will yang dianggap bapa dipukul jiran.

Daripada situ, emosi dan perasaan penonton mula dijentik ke fasa berlainan. Naluri perikemanusiaan mula terpancar dan berkembang seiring dengan plot. Kemudian penonton dihambat dengan perasaan gerun sebaik saja Caesar mula mengetuai misi memimpin sekumpulan haiwan primat membabitkan cimpanzi, gorila, orang utan dan monyet menyerang manusia yang cuba menghalang tujuan mereka.

Tujuan mereka hanya satu, yakni mahu bergerak bebas di hutan asal usul mereka.

Secara teknikal, sinematografi dan kerja kamera filem ini mungkin masih perlu diperincikan dengan sentuhan lebih jelas. Ini kerana wujud beberapa aspek kesan khas yang masih memerlukan pembetulan pada kadar minimum. Walaupun ia kurang tampak pada mata kasar tetapi bagi mereka yang mencari kepuasan dalam tontonan, pasti akan nampak.

Lakonan Franco sebagai ahli sains yang berdepan masalah pertembungan sains dan perikemanusiaan kurang impak yang diharapkan. Dia seolah-olah terlalu ringkas membawa watak Will.

Menariknya, kehadiran Freida Pinto seolah-olah memberi lebih banyak warna kepada watak dan peranan dalam mengembangkan plot. Walaupun kehadirannya kurang impak, sekurang-kurangnya filem ini mempunyai sedikit pemboleh ubah kepada setiap plot pengakhiran.

Filem ini membuai penonton dengan banyak cara. Secara jujur, penonton pasti mengalami dua perasaan utama yakni kasihan pada apa yang berlaku dan gerun jika ia benar-benar berlaku.

Selebihnya, filem ini akan menjadi pilihan utama golongan remaja dan dewasa yang gemar pada filem bergenre sains fiksyen dan aksi pada masa sama.

Namun, ia tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan mereka yang tidak pernah mengenali haiwan primat secara dekat.


FILEM: The Rise Of Planet Of The Apes
ARAHAN: Rupert Wyatt
PELAKON: James Franco, Andy Serkis dan Freida Pinto
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 4 Ogos 2011

*kredit to Harian Metro*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 02:36 PM | Show all posts
macam best tengok trailer kat wayang hari tu.....kena tengok nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 02:57 PM | Show all posts
ni sekuel pada planet of the apes mark walhberg tu ke? aku rasa ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 03:01 PM | Show all posts
ni sekuel pada planet of the apes mark walhberg tu ke? aku rasa ye
sekngucing Post at 2-8-2011 14:57



    dah bold kat #3...bukan sequel kepada Planet of the Apes tahun 2001 tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2011 03:27 PM | Show all posts
james franco
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 03:44 PM | Show all posts
aku rasa walau dia kata bukan sekuel, tp tajuk menunjukkan segalanya
-mungkin takde kena mengena dgn planet of the apes yg mark wahlberg tu, tp ni menunjukkan camana beruk2 tu conquer manusia
-samam mcm filem2 klasik dia dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 03:53 PM | Show all posts
ttp nak tgk walaupun di bulan puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 04:00 PM | Show all posts

wowww!!..jelinganyerr...aiiimm olmost convinced
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 04:01 PM | Show all posts
james franco {:3_84:}
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 04:10 PM | Show all posts
trailer memang mengelirukan:re:
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:19 PM | Show all posts
Lepas ini, producers boleh menghasilkan sekuel pulak, tapi pasal tikus putih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 11:19 PM | Show all posts
Reply 10# bluezink


    cimpanzi ni guna cgi ke ataupun orang pakai costume cimpanzi ataupun cimpazi real?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2011 11:21 PM | Show all posts
Lepas ini, producers boleh menghasilkan sekuel pulak, tapi pasal tikus putih.
spiderman80 Post at 2-8-2011 23:19



    tikus putih? lepas tu serang manusia?   guna perangkang tikus banyak2 ataupun sembur dengan racun perosak sekejap je dah mati..  terus dpt bad review
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 09:27 AM | Show all posts
citer ni PREQUEL.
boleh dianggap prequel utk 2 filem POTA yg 2001 or yg original thn 1968.
nak label as reboot pun boleh. kire pasni kalo derang nak wat sequel, just smbung pd timeline yg baru ni je, so xde kaitan dh dgn filem POTA yg lain.

aku berminat nak tengok sbb nk tau cmne beruk2 tu leh evolve smpai leh conquer earth.
kalo ikutkan mmg xleh sbb manusia ada byk senjata moden kan. tp katanya manusia hampir pupus lepas kne some virus ke apatah, yg mana beruk2 tu survive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2011 10:04 AM | Show all posts
Reply  bluezink


    cimpanzi ni guna cgi ke ataupun orang pakai costume cimpanzi ataupun cimpa ...
mjfh Post at 2-8-2011 23:19



    cgi laaa..hape lagikk..
see how Andy Serkis became Caesar.
sos:The Rise of the Planet of the Apes

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 01:51 PM | Show all posts
betul apa yg sayangidaku ckp, mcm filem2 tahun 60an 70an jugak, camana beruk2 tu bleh jadikan bumi planet diorang, padahal masa mark wahlberg jatuh kat planet lain tu, tu dah bumi dah tu, cuma berubah jee
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 10:01 PM | Show all posts
membesar ngan citer planet of the apes original pada tahun 1980-an...
sudah pasti aku akan menonton movie nie...

dulu, sanggup menonton sampai lewat malam sebab memang suker giler ngan movie nie...
even siap baca novel novel versi BM lagi... monyet dari planet berukera (kalo tak silap aku ar)....

movie yang diwat thn 2001 (mark whalberg) tak best arrr...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:01 AM | Show all posts
movie tahun 2001 tu remake, yg ori aku rasa org2 sekarang tak larat nak layan, klasik gila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.614163 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list