CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3516|Reply: 22

Ibu berusia 44 tahun miliki 18 anak

[Copy link]
Post time 3-9-2011 09:24 AM | Show all posts |Read mode

KELLY BATES dan suaminya, Gil bergambar bersama 18 orang anak mereka.



LAKE CITY, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu, Kelly Bates mahu memiliki dua lagi cahaya mata lelaki walaupun dia dan suaminya telah memiliki 18 orang anak, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelly yang merupakan seorang suri rumah tinggal bersama suaminya, Gil dan 18 anak mereka di sebuah rumah di sini, negeri Tennessee.
Suami Kelly yang berusia 46 tahun merupakan seorang pekerja pemotong dan pemeliharaan pokok.
Ketika ditanya semasa diwawancara dalam program berita ABC News yang disiarkan kelmarin mengenai hasratnya untuk memiliki lebih ramai anak, Kelly yang berusia 44 tahun itu berkata, dia berasa lebih normal apabila mengandung.

KELLY BATES dan suaminya.



"Saya juga akan gembira jika dapat mendukung bayi," katanya yang melahirkan anak pada setiap tahun.
Anak-anak pasangan tersebut ialah Zach, 22, Michaella, 21, Erin, 20, Lawson, 19, Nathan, 18, Alyssa, 16, Tori, 15, Trace, 14, Carlin, 13, Josie, 12, Katie, 10, Jackson, 9, Warden, 8, Isaiah, 6, Addallee, 5, Ellie, 4, Callie, 2, dan akhir sekali, Judson yang berusia 11 bulan.
Menurut Kelly, memiliki keluarga besar tidak semestinya memerlukan belanja yang besar.
Keluarga itu kini tinggal di sebuah rumah berkeluasan 371.6 meter persegi yang memiliki lima bilik tidur.
Bagi memastikan pakaian anak-anaknya kekal bersih, Kelly memiliki lima buah mesin basuh dan tiga mesin pengering serta ampaian yang dapat menyidai beratus-ratus baju, seluar dan juga pakaian dalam.
Keluarga berkenaan menaiki dua buah van untuk ke sesuatu destinasi.
Sebuah van itu dapat membawa 15 penumpang manakala van kedua memiliki 7 tempat duduk.
Mereka akan keluar membeli barangan dapur setiap dua hari dan membelanjakan lebih AS$250 (RM747) setiap kali berbuat demikian. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2011 09:24 AM | Show all posts
Mantop dan tergebuzz..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:48 AM | Show all posts
kalo mampu jaga dan mampu tanggung kehidupan serta pelajaran. apa salahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2011 09:55 AM | Show all posts
Reply 3# moyas


    kalau kat M'sia dah tentu masuk Rancangan Bersamamu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 10:09 AM | Show all posts
Reply  moyas


    kalau kat M'sia dah tentu masuk Rancangan Bersamamu
perang_sivil Post at 3-9-2011 09:55



    pusat zakat pon akan bantu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2011 10:11 AM | Show all posts
Reply 5# moyas


    golongan asnaf ke ni??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply  moyas


    golongan asnaf ke ni??
perang_sivil Post at 3-9-2011 10:11



    rasanya omputih ni ada duet punya org kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 04:05 PM | Show all posts
kalo mampu x der salahnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2011 04:11 PM | Show all posts
Tudiernnn......Ni baru betoi2 kilang anak....Agak2 depa ni berpantang dak?Kalau berpantang kesian laki dia....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 08:50 PM | Show all posts
keluarga Bates nie memang rapat ngan keluarga Duggar...
Kedua dua family ni memang saling bersaing nak membesarkan saiz keluarga memasing...selagi mampu, selagi tu ler wat anak jer kerja...
Tapi one thing for sure... anak anak daripada kedua dua family ni memang comel comel belako... perangai anak anak mereka pun molek molek belako...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 09:09 PM | Show all posts
Macammana nak bagi makan ramainya lagi tu rumah kalau saiz s jek endak muat ohh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2011 01:39 PM | Show all posts
camner mak dier berpantang??
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:54 PM | Show all posts
keluarga Bates nie memang rapat ngan keluarga Duggar...
Kedua dua family ni memang saling bersaing  ...
HaMiZiE Post at 3-9-2011 12:50


betul!aku kagum sgt dgn family duggar.mak ayah soft spoken esp mak dia.alahai...lembut je ckp dgn anak2.anak2 pulak semua berakhlak baik,baju pun sopan.yg gals comel2 dan sgt innocent.tak mungkin diaorg berlakon cmtu.masa anak lelaki sulung depa bertunang,dia kata dia takkan kiss tunang dia sebelum kawin.gila best tul famili ni.x macam jon n kate plus 8 yg aku tgk hari2 duk brtekak dpn anak2..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:09 PM | Show all posts
tiap2 tahun beranak tu....terbaik la..pasangan yg bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:32 PM | Show all posts
keluarga Bates nie memang rapat ngan keluarga Duggar...
Kedua dua family ni memang saling bersaing  ...
HaMiZiE Post at 3-9-2011 12:50


betul!aku kagum sgt dgn family duggar.mak ayah soft spoken esp mak dia.alahai...lembut je ckp dgn anak2.anak2 pulak semua berakhlak baik,baju pun sopan.yg gals comel2 dan sgt innocent.tak mungkin diaorg berlakon cmtu.masa anak lelaki sulung depa bertunang,dia kata dia takkan kiss tunang dia sebelum kawin.gila best tul famili ni.x macam jon n kate plus 8 yg aku tgk hari2 duk brtekak dpn anak2..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 07:04 PM | Show all posts
Reply 15# FlowerGirl

family duggar tu sapew??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 07:43 PM | Show all posts
aku ada sedara, anak dia ada dekat 20 orang. masa kecik2 mmg susah aku tengok. sekarang dah senang semua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 08:33 PM | Show all posts
ish ish....sihat sungguh noo
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 11:00 AM | Show all posts
mudahnya dapat anak, hurmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 12:11 PM | Show all posts
...fuhhhh.......tp aku tabik spring org yg leh jaga anak ramai ni.....aku anak baru 2 pun dah pening.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089828 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list