View: 9883|Reply: 229
|
Terengganu dilanda ribut, ombak besar...
[Copy link]
|
|
Hujan berterusan pantai terhakis
MOHD Syafiq (kanan) dan Alias terkejut melihat wakaf terbalik dipukul ombak dan beberapa pokok rhu tumbang akibat ombak besar tengah malam semalam di pantai peranginan Tok Jembal, Gong Badak, Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Permulaan musim tengkujuh dan jangkaan banjir besar di Pantai Timur semakin terasa dengan hujan berterusan dan ribut menyebabkan pokok tumbang, manakala ombak besar menghakis pantai hingga merobohkan jalan dan wakaf, termasuk di Tok Jembal di sini. Ombak besar di pantai Tok Jembal kelmarin menyebabkan satu daripada wakaf di pantai peranginan itu runtuh dihakis ombak, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk setempat kemungkinan kerosakan lebih besar. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Syafiq Mohd Khairuddin, 20, berkata sehari sebelum kejadian, dia bersama beberapa rakan berkunjung ke pantai yang terletak berhampiran institusi pengajian itu untuk berehat sambil mengulang kaji pelajaran.
Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapati wakaf itu sudah tumbang menyembah bumi dihakis ombak, petang kelmarin.
Pelajar Jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi berkata, hakisan itu begitu cepat kerana sebelum ini jarak pantai dengan wakaf sejauh kira-kira 20 meter.
“Keadaan amat menakutkan dan kami bimbang kemudahan di pantai ini lenyap ditelan ombak sekiranya tiada tindakan menghalang ombak daripada terus menghakis kawasan itu,” katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, tiga kereta dan sebuah motosikal remuk apabila pokok mangga dipercayai berusia lebih 30 tahun tumbang menghempap kenderaan itu serta tiang elektrik di Jalan Tok Lam, semalam. Saksi, Ahmad Idhan Muda, 35, berkata pada mulanya dia menyangka bunyi dentuman kuat di depan kedai membabitkan kemalangan, apabila meluru keluar terperanjat melihat kenderaan terbabit dihempap pokok.
Katanya, ketika kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, dia dan rakan sekerja berada dalam premis dikejutkan bunyi kuat sehingga bekalan elektrik bangunan itu terputus.
“Syukurlah tiada kemalangan jiwa berlaku kerana ketika pokok itu tumbang tiada penumpang dalam kenderaan,” katanya, semalam.
Pemilik kereta Proton Saga, Rohayu Awang, 30, berkata dia meletakkan kenderaan di tempat letak kereta bagi menghantar bapanya yang mendapat rawatan di sebuah klinik berhampiran tempat kejadian pada jam 2.10 petang.
“Saya sedih tapi bersyukur ketika kejadian anak-anak tiada dalam kereta, jika tidak saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya.
p/s : Musim tengkujuh dah tiba...harap tiada bencana besar berlaku {:4_189:} |
|
|
|
|
|
|
|
raya haji nk dekat |
|
|
|
|
|
|
|
balik raya puasa baru2 ni sempat ziarah sepupu arwah mak atas urusan keluarga di kpg tok jembal ni. banyak sangat perumahan2 taman baru sekitaran. rumah besar2 dan cantik2. katanya ramai orang2 luar dah menetap disini. |
|
|
|
|
|
|
|
musim tengkujuh kan....kl pon cm tu la...ptg2 ujan...lebat tol.. |
|
|
|
|
|
|
|
hati2lah siapa yang suka pergi ke pantai.... |
|
|
|
|
|
|
|
musim hujan sudah tiba...... |
|
|
|
|
|
|
|
balik raya puasa baru2 ni sempat ziarah sepupu arwah mak atas urusan keluarga di kpg tok jembal ni. ...
sitihawa Post at 2-11-2011 10:16
nak dkt kg kite dah tu siti |
|
|
|
|
|
|
|
minta semua selamat lah wlau musim tengkujuh dh dtg.
jgn jd smpi mcm bangkok... |
|
|
|
|
|
|
|
skang asal nk balik keje je ujan ....sedia kan lah payung...ptg2 mesti ujan punya........ |
|
|
|
|
|
|
|
musim tengkujuh dah tiba.....
pastinya rege ikan akan lebih mahal selepas ini..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak dkt kg kite dah tu siti
dino Post at 2-11-2011 10:38
kg dino mana?pdg nenas?ke area bira pantai jugok? |
|
|
|
|
|
|
|
risau pulak raya haji ni...kelantan .sempadan kelantan pun samala kan...... |
|
|
|
|
|
|
|
kg dino mana?pdg nenas?ke area bira pantai jugok?
cyclotron Post at 2-11-2011 10:41
seberang takir... dekat la tuh |
|
|
|
|
|
|
|
nak dkt kg kite dah tu siti
dino Post at 2-11-2011 10:38
kpg dino mana? gong badak? batu rakit?
kakak sulung yg kerja instep tu duk kat gong badak.
n, kpg asal arwah mak dan saya ialah mengabang telipot, huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
kg dino mana?pdg nenas?ke area bira pantai jugok?
cyclotron Post at 2-11-2011 10:41
bira? huwaaaaaaaaaaaa... lama doh dok guna perkataan 'bira'
|
|
|
|
|
|
|
|
musim tengkujuh da mule dah...awasi anak2..bdk2 mmg birah kalau nmpak banjer... |
|
|
|
|
|
|
|
seberang takir... dekat la tuh
dino Post at 2-11-2011 10:44
oooooooooo zaman sekolah2 dulu pernah sekali pergi seberang takir naik bot dari bandor kan?
lening naik keta pun sapa doh. |
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya kena cancel percutian gathering keluarga di cherating,pahang bulan 12 nie...krismas lak tue....mcm takut jer maklum tsunami last time 25-26hb gakk.....adooi
kena duk umah jerlah |
|
|
|
|
|
|
|
Ombak kat ganu ni kalau musim hujan memang scary. |
|
|
|
|
|
|
|
Ombak kat ganu ni kalau musim hujan memang scary.
kekekek Post at 2-11-2011 10:53
susah la nak balik ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|