comment:
OK arrrr... menghiburkan... tapi lepas habis nonton, tak ada ar feeling excited or obsession sesangat (feeling pasca nonton mobie ... )... boley ler layan dari awal sampai akhir....
rating: 2.85/5.... (kalo MI - 4.25/5 .... Sherlock Homes - 4.5/5 .... sebagai perbandingan jerrr... )
Apa yang korang akan buat bila sekumpulan makhluk asing yang tidak kelihatan dan tak tahu sifatnya secara tiba-tiba menyerang negara korang? Adakah korang boleh selamat dengan cara menembak menggunakan pistol atau hanya sembunyi di night club dan dalam rumah? Itu lah persoalan yang harus direnungkan selepas menonton The Darkest Hour di mana sekumpulan alien datang menyerang planet kita dan sekumpulan budak muda harus berjuang melawan alien tersebut untuk terus hidup
Pengarah telah membuat "ubah suai" terhadap makhluk asing yang selama ini kita kenal menerusi beberapa filem versi alien yang lain.. Makhluk asing halimunan, bersifat elektrik, terapung di udara dan menyerang dengan ganasnya dengan menukar sesiapa yang bernyawa kepada debu! Dengan sifatnya yang halimunan dan elektrik itu, cara menyerang alien tersebut lebih muda dikesan pada waktu malam kerana pergerakan alien yang berarus elektrik itu akan menyebabkan semua benda konduktor elektrik akan hidup seperti mentol lampu.. Cara ini memberikan kelebihan kepada kumpulan budak muda ini dalam berjuang untuk terus hidup dalam pengembaraan mereka yang samar di kota Moscow.. Namum tiada diantara mereka pun yang bersedia untuk kekal dalam suasana hidup.. Ditipu oleh rakan perniagaan, bersosial dalam kelab malam, dikejutkan dengan cahaya kuning turun dari langit, berlari dengan memakai kasut tumit tinggi, dan akhirnya ingin memakai pakaian hari kiamat..
The Darkest Hour bukan filem genre science-fiction seram yang baik apatah lagi terbaik... Walaupun dihidangkan dengan versi alien halimunan yang ganas yang boleh menukar manusia dan anjing kepada debu, tapi banyak kelemahan dalam filem ini.. Dengan kelebihan yang ada pada "teknologi" alien tersebut, kenapa tidak sahaja alien tersebut membunuh bersih manusia di bumi ini kerana mereka hanya mahukan sumber mineral kita sebagai makanan.. Bukanlah ingin mempersoalkan logik bagi filem Hollywood, tetapi agak pelik apabila alien yang boleh datang dari tempat yang amat jauh merentasi alam semester tetapi tak boleh melihat segala halangan yang diperbuat daripada kaca... Dari segi unsur kejutan pula, tidak banyak yang berlaku.. Pembunuhan polis oleh alien dihadap sekumpulan budak muda sepatutnya adalah unsur kejutan tetapi tidak berjaya kerana terlebih dahulu ditonton dalam trailer..
Apa yang menarik bagi filem ini adalah lokasinya Moscow dan barisan pelakon yang kacak dan cantik.. Pada permulaan cerita ditunjukkan suasan pada waktu malam di Moscow yang sangat cantik membuatkan diri kita ingin bercuti ke sana.. Barisan pelakon seperti Sean, Natalie, Ben, Anne dan Skyler sekadar gula-gula mata buat penonton.. Tetapi apa yang menarik apabila melihat mereka, adalah seperti jelmaan Leonardo Dicaprio, Anne Hathway dan Nicole Kidman berlakon dalam satu filem.. Tak dinafikan apabila melihat Natalie adalah persis Anne Hathway dan Anne seperti Nicole Kidman.. Tidak pada lakonan, hanya pada wajah sahaja!
Pengakhiran The Darkest Hour sangat cliche seperti filem-filem manusia di bumi diserang oleh sesuatu entiti.. Ada sesetngah watak yang dimatikan dan ada yang hidup sampai ke akhir cerita.. Dan sesiapa yang menonton filem ini pasti boleh meneka dengan tepat watak mana yang hidup dan watak mana yang dimatikan.. Itu lah formula wajib yang digunakan oleh pengarah seperti filem filem seram yang lain..
Walaupun filem The Darkest Hour bukan lah filem genre science fiction seram yang baik apatah lagi terbaik, tak bermaknan The Darkest Hour tidak seronok ditonton.. Tonton lah jika anda adalah peminat filem alien kerana alien versi halimunan sepanjang masa jarang dipaparkan dalam filem Hollywood..
Dari 5 bintang selayaknya hanya 2.5 bintang dengan skor C
Boleh la untuk sapa2 yg suka filem alien. Special effect memang gempak. Storyline tak best sgt. Alien dtg bunuh penduduk bumi, amik mineral pastu abih. Ending dia macam menunjukkan akan ada sequel kot.
2/5.
Aku lebih suka Battle L.A yg kuar awal tahun dulu...
dah tgk tadi..jalan cerita memang simple, tapi the way dia nak lari tu cam emosi jugak lah...nak2 lagi second hero tu mati..dengan pempuan nyusahkan tu mati...puas ati aku..menyusahkan orang je...