View: 14121|Reply: 62
|
Punca Wanita Jadi Queen Control
[Copy link]
|
|
Lelaki Lemah Punca Wanita Queen Control

Lelaki lemah punca wanita queen controlB siapa kawan awak yang add awak di Facebook tu? Perempuan, kawan sekolah awak ke? Perlu ke nak contact kawan sekolah lagi? Kan awak dah ada keluarga, dah ada saya tak perlulah kawan-kawan lama tu lagi.”
Apa persepsi anda pada si isteri apabila membaca petikan dialog isteri di atas? Terlalu mengongkong, terlalu cemburu atau mungkin istilah queen control yang paling sesuai?
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tidak kira apa zaman sekali pun memang masih wujud sikap-sikap yang dirujuk sebagai queen control.
Jenis Queen Control
Sikap ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, queen control yang memberikan kebahagiaan kepada suami dan rumah tangga dan satu lagi, queen control yang membebankan suami dan menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga.
Dan menurut Suzana juga lelakilah punca wanita itu dikatakan bersikap queen control.
“Ia berpunca daripada beberapa sebab yang asasnya adalah suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri perlu mengambil alih peranan suami sepenuhnya.
“Keduanya suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal segala tindak-tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi
“Dan ketiga suami gagal mengawal isteri hingga membiarkan diri dikawal penuh oleh isterinya,” ujarnya lagi.
Apabila ditanya adakah lelaki akan jemu dengan wanita yang bersikap queen control, Suzana berkata ia terpulang kepada bentuk kawalan (control) daripada wanita itu sendiri.
Kenapa Wanita Bersikap Queen Control.
“Jika wanita bersikap queen control kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki tidak akan rasa jemu malah tak mustahil lelaki akan rasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.
“Namun, jika sikap mengawal atau mengongkong si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak mengulangi kesilapan lalu, memang lelaki akan rasa jemu dan bosan. Sebabnya, lelaki akan mula rasa segala pergerakannya tidak bebas dan terkawal,” jelasnya.
Menurut Suzana, sama juga dengan sikap wanita yang memang sejak awal gemar mengawal dan bila bersama dengan teman lelaki atau suami, dia tidak dapat membuang sikap tersebut ditambah pula dengan kegagalan si lelaki mengawal wanita tadi, lelaki pasti rasa jemu dan bosan.
“Kalau sebagai teman lelaki, tidak mustahil wanita tadi akan ditinggalkan dan jika sebagai suami, tidak mustahil juga si suami akan mula pasang mata mencari wanita lain yang boleh memberikan ketenangan kepadanya.
“Paling buruk, lelaki akan mengambil pendirian keluar daripada perkahwinan,” tegasnya.
Namun bagi suami, terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan untuk berhadapan dengan isteri yang queen control.
“Perkara paling penting yang perlu anda lakukan ialah menjadi lelaki yang sebenarnya. Maksud saya, jadilah lelaki yang tegas dan menjalankan tanggungjawab.
“Jika anda pernah tersilap, yakinkan isteri atau teman wanita anda bahawa anda telah berubah dan tak akan ulangi kesilapan lalu.
“Pastikan juga anda betul-betul berubah. Ingatlah, teman wanita atau isteri anda mengawal anda kerana sayangkan anda dan ingin hidup bahagia dengan anda,”katanya.
Tambah Suzana, jika teman wanita atau isteri anda memang bersikap queen control sejak awal dan bukan kerana kesilapan anda, anda perlu ubah sikap teman wanita atau isteri anda itu.
Anda perlu sedarkan dirinya tentang kesilapan sikapnya. Sedarkan bahawa dia ialah wanita yang perlu taatkan suami dan tidak boleh sesenang hati mengarah suami itu ini.
“Sebagai permulaan, tanamkan dalam diri teman wanita atau isteri anda untuk bersikap toleransi dan sering berbincang di dalam menetapkan sesuatu perkara atau keputusan.
“Ingatkan wanita anda, walau siapa pun dirinya di luar rumah hatta jika dia adalah bos anda sendiri, di rumah dia adalah wanita yang perlu menghormati dan mentaati perintah suami selagi perintah suami tidak menyalahi ketetapan syarak,” jelasnya.
Bila masuk ke dunia perkahwinan, sikap ini terbawa-bawa hingga kadang-kadang si isteri sendiri merasa rimas sebenarnya.
Tidak semua wanita suka bersikap queen control tetapi terpaksa bersikap sedemikian demi menyelamatkan sebuah hubungan kasih sayang.
Kes queen control juga sering berlaku di dalam perkahwinan yang melibatkan pasangan lelaki dengan wanita yang lebih berusia, lebih berharta atau lebih berpendidikan daripada si lelaki.
“Dengan kelebihan yang ada pada diri wanita, ada kalanya mereka akan lupa diri maka tugas si lelaki adalah untuk mengingatkan peranan wanita tadi dan untuk melakukan tugas tersebut, lelaki perlu tegas dan bijak menangani si wanita.
“Perkara paling penting, lelaki dan wanita, suami dan isteri perlu faham dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing di dalam rumahtangga.
“Jika masing-masing memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, tidak kisahlah king control atau queen control, rumah tangga akan aman dan bahagia, insya-Allah,” akhiri Suzana.
Kredit Info : kamalmustafa.com : Lelaki Lemah Punca Wanita Queen Control |
|
|
|
|
|
|
|
teringat lynette scavo dlm cerita desperate housewives...
pun queen control jugak..semua decision pon dia nk conquer decide sorang2 orang tgk pon rasa stress..apatah lg bahu yang memikul |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sgt bersyukur mendapat isteri yg sgt memahami dan tidak membebankan fikiran dan fizikal aku |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya masa bercinta dg blh tau pompuan tu Queen Control ke tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku lak??....queen control kat some situation je...xsume okeh.... |
|
|
|
|
|
|
|
ade pompuan queen control sbb mereka ni mmg dah semulajadi suke control...
n ade juga terpaksa jd queen control sbb suami nye perangai hazabedah...
suami tegur la isteri yg queen control tu..n nak isteri respect, suami jgn la buat perangai x elok... |
|
|
|
|
|
|
|
suami perlu dikontrol isteri atas sbb kasih sayang..bkn ada menda pon.... |
|
|
|
|
|
|
|
Suami yang pandai akan membuat isterinya rasa macam she's in control, padahal tak pun....  |
|
|
|
|
|
|
|
aku sgt stress bile dpt laki sume nak wife die yg decide, plan etc.
cth yer:
1. nak pergi mkn angin: segala urusan bile, di mana, bagaimana, nak buat apa smua kite yg plan + decide. (balik2 akuuu jugak)
2. nak jalan ujungmggu: nak gi mana, nak mkn apa nak buat apa (aku pon kdg kering idea juge - end up duk umah lg bagus)
3. nak beli lauk mentah apa, nak beli mana, nak masak apa - (kamon mana ku tau ko nk mkn apa, so end up ikot selera ai la)
aku rasa spesis2 camni jenih yg mls pikir. die rasa cam bende remeh temeh kot.
bab keje plak.aku serender. aku tak reti n tak masuk campor, bese aku yg mintak advice die,
bese laa daa nama pon keje ngn jantan, opkos advice dr laki laa yg terbaik.
bab duit muit aku jgk urus ujung bln bayo membayo simpan menyimpan - alasan die TADAK MASA. |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 laki aku nak aku incontrol, so jgn salahkan aku yg tak nak derhaka ni |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki kalo kena tendang kat situ, terus lemah..
ini terbukti dlm byk cerita telemovie dan lakonlayar perak cerita dlm dan luar negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lelaki drama king macam mana pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
memang kena control lah kalau dapat laki perangai tak semenggah. |
|
|
|
|
|
|
|
kdg2 laki aku nak aku incontrol, so jgn salahkan aku yg tak nak derhaka ni
cmf_blingblings Post at 12-1-2012 17:20 
The very defensive statement indeed........ |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yg terlampau mengikut sgt kate bini...xmampu berfikir sendiri...ape punye laki aku pn xtahu... |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yg terlampau mengikut sgt kate bini...xmampu berfikir sendiri...ape punye laki aku pn xtahu.. ...
niezam_cs Post at 13-1-2012 09:01 
laki takdak teloq |
|
|
|
|
|
|
|
Punca Wanita Jadi Queen Control
Sgt dayus lelaki yg mmbiarkan bininya queen ctrl dia.bagi aku,setakat bini uruskan kewangan,rumahtangga,decide langsir warna apa,baju raya warna apa,sofa nk ltk mana,nk gi jalan2 kat mana,makan restoran mana,cntrl laki jgn asyik kuar malam,cek hp dia blum masuk kategori QC,.sbb ada jenis lelaki yg mls nk masuk cmpur hal2 remeh cmtu dn sbg isteri ada benda yg kt kena pantau.
Aku pernah nmpak sorang collegue aku yg saban hari suaminya setia dtg jemput smpai ke blk guru.dah tu siap di arah2kan suami bwk beg keje dia.yg tu dh tahap melampau bg aku.
Ada gak kwn aku yg mengadu bini dia suka maki,suka melenting.bila aku tanya,nape x tegur dia atau guna lah ketegasan sbg suami,dia kata' malas.tahu sendiri kan'.so dayus
Kalau awal2,suami dah tunjuk dia berkaliber,tegas dan bert/jawab,aku rasa x timbul isu QC.wife pun akan respek.
Kalau laki jenis lembik atau kaki maksiat,belanja anak bini pun jarang2,solat pun sekali seminggu,jgn salahkan pompuan kalau jd QC!laki mcm tu mmg payah nk dihormati
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut di kontrol pun, time tak kontrol lepas laku eh, dah kena control nak bising2 lak... sapa suruh... |
|
|
|
|
|
|
|
laki takdak teloq
BATUAPI8888 Post at 13-1-2012 09:04 AM 
tahu xpe...ape yg laki takut sgt dgn bini sendiri aku pn pelik la... |
|
|
|
|
|
|
|
Wife aku mengadu adik beradik dia yang pompuan kata dia ni asyik ikut cakap aku aje??? Padahal aku banyak jugak ikut cakap isteri aku. Kalau benda2 elok buat apa nak aku nak bantah.
Mesti ipar2 aku tu queen control abis.....macam aku ni pun diorang anggap tak ok lagi?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|