Pengantin perempuan berasal dari China ini mempunyai cara tersendiri supaya perkahwinannya menjadi perhatian orang ramai. Dia menggunakan gaun pengantin sepanjang 2.24 kilometer.
Zhao Peng, yakin gaunnya adalah yang terpanjang di dunia sehingga dia mendaftarkan ke buku rekod dunia.
Agensi berita Xinhua melaporkan lebih dari 200 orang diperlukan untuk memegang hujung gaun itu. Selain itu gaunnya juga dilengkapi dengan 9,999 kumtum mawar merah.
Zhao mengaku gaunnya itu sengaja dibuat untuk mengalahkan rekod dunia gaun pengantin terpanjang sebelumnya, iaitu 1,579 meter.
"Panjang gaun dan jumlah mawar yang digunakan dalam perkahwinan ini boleh tercatat dalam sejarah. Namun tiada masalah jika tak tercatat di Guinness," kata perempuan berusia 28 tahun berasal dari Provinsi Jilin itu.
Zhao mengatakan dia telah menghantar permohonan ke Guinness World Records dan juga akan menghantar video rakaman perkahwinannya dengan lelaki 25 tahun yang bekerja sebagai guru itu. Ibu Zhao sempat melarang Zhao membuat gaun yang menggunakan perbelanjaan sebanyak USD6,000 atau sekira Rp59, 6 juta itu. Gaun selesai disiapkan dalam masa 2 bulan.
"Bagi saya ini semua pembaziran. Namun saya faham dia ingin menunjukkan sesuatu di hari besarnya," kata ibu Zhao.
Rekod sebelumnya di pegang pengantin perempuan berasal dari Romania yang berkahwin pada April lalu.
|