|
Post Last Edit by sara2511 at 8-6-2012 16:08
Jika anda pernah mengunjungi pantai Glass Beach di California,mungkin anda akan merasa kagum kerana di sinilah satu-satunya pantai dengan pasir paling indah di dunia.
Anda pasti tidak akan percaya dengan apa yang anda lihat, dan jika anda merasakan pasir di tempat ini adalah buatan manusia, maka telahan anda benar, tapi tidak 100% tepat.
Sejarahnya, pada awal abad ke 20, pantai ini tidaklah seindah sekarang. Boleh dikatakan sangat kotor kerana penduduk sekitar pantai menggunakan tempat ini sebagai tempat pembuangan sampah seperti piring, gelas,kaca dan sebagainya
Pada tahun 1967, datuk bandar di kawasan tersebut telah memutuskan untuk melarang para penduduk untuk membuang sampah lagi di kawasan tersebut. Tempat itu lalu ditutup, dan seiring waktu, semua sampah ditempat itu diproses secara semulajadi oleh hakisan ombak dan jadilah seperti sekarang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|