CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7404|Reply: 24

Penemuan Rangka Manusia Raksaksa Kaum A’d

[Copy link]
Post time 9-8-2012 02:22 AM | Show all posts |Read mode
[size=11.199999809265137px]Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.

[size=11.199999809265137px]Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.

[size=11.199999809265137px]Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

[size=11.199999809265137px]Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

[size=11.199999809265137px]Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?


[size=11.199999809265137px]Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.

[size=11.199999809265137px]Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabyang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
[size=11.199999809265137px]Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?

[size=11.199999809265137px]Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

[size=11.199999809265137px]Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.


[size=11.199999809265137px]Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.

[size=11.199999809265137px]Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.

[size=11.199999809265137px]Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.

[size=11.199999809265137px]Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.


[size=11.199999809265137px]Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran? Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ’Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:

[size=11.199999809265137px]Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.

[size=11.199999809265137px] (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)

[size=11.199999809265137px]sumber :


[size=11.199999809265137px]http://www.blogammar.com/






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2012 02:23 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 02:23 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 02:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 02:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 02:24 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-8-2012 02:26 AM | Show all posts
Azab Kaum Ad tolak ajaran Hud

Oleh Idris Musa
[email protected]

RASUL seterusnya ialah Hud, daripada keturunan Abdullah ibn Rabah ibn al-Khulud Ibn Ad ibn Aus ibn Iram, diutuskan kepada kaum Ad, yang tinggal di al-Ahqaf.

Sebahagian riwayat menyebut al-Ahqaf terletak antara Yaman dan Amman, hingga Hadramaut dan As-Syajar. Kaum Ad terkenal dengan kesombongan dan mempersekutukan Allah, menyembah berhala, seperti Shada, Shamud dan al-Hava.

Hud menyeru kaumnya supaya beribadah kepada Allah, dengan meninggalkan semua bentuk penyembahan berhala kerana ia adalah jalan bagi menghindarkan diri daripada azab di akhirat.

Tetapi kaum Ad beriktikad berhala itu adalah sekutu Allah, malah bagi mereka berhala dapat memberi pertolongan. Mereka bukan saja tidak mahu mengikuti ajaran yang disampaikan, malah merendah dan menghina Hud.

Bagi menghadapi mereka, Hud memperkenalkan dirinya seorang Rasul yang diutuskan Allah. Beliau juga mengatakan dakwahnya itu dengan ikhlas tanpa mempunyai tujuan lain.

Namun, pemimpin kaumnya yang kafir itu berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal dan kami menganggap kamu termasuk orang yang berdusta.”

Hud menjawab: “Wahai kaumku, tiada padaku kekurangan akal walau sedikit, tetapi aku ini utusan dari Tuhan semesta alam, aku menyampaikan amanah Tuhanku kepadamu dan aku hanya pemberi nasihat kepadamu.”

Kaum Ad yang memang bersikap keras kepala terus bersoal jawab. Namun, mereka langsung tidak menerima nasihat dan hujah yang disampaikan Hud. Mereka tidak mensyukuri nikmat Allah, malah bertuhankan hawa nafsu.

Pemimpin mereka berasa keberatan untuk meninggalkan penyembahan berhala.

Kemudian mereka berkata:

“Engkau belum memberi hujah yang jelas dalam dakwahmu. Kami sama sekali tidak akan meninggalkan penyembahan kepada tuhan kami, tidak akan membenarkan dan mengikuti seruanmu. Kami tahu sebahagian kami sembahan kami menimpakan keburukan kepadamu hingga engkau sakit ingatan dan mengucapkan perkataan tidak benar.”

Seterusnya, kaum Ad berasa bosan dan marah dengan Hud, kerana sentiasa berdakwah dan menasihati mereka ke jalan yang benar. Mereka tidak mahu lagi mendengar nasihat itu, sebaliknya meneruskan penyembahan berhala.

Kemudian Hud berkata: “Kamu semua pasti akan ditimpa kemurkaan Allah. Tunggulah bersama aku datangnya azab Allah yang akan menimpa kamu.”

Lalu mereka menjawab: “Apakah kamu datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah dan meninggalkan apa yang biasa disembah bapa kami?

Datangkanlah azab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang benar.”

Hud berkata: “Sungguhnya sudah pasti kamu akan ditimpa azab dan kemarahan dari Tuhanmu. Apakah kamu mahu membantah denganku mengenai nama yang kamu sertakan….tunggulah azab itu, sungguhnya aku tidak termasuk orang yang menunggu bersama kamu.”

Mereka keras kepala dan buta mata hati. Hud menjelaskan tuhan berhala yang disembah mereka tidak lebih daripada nama yang kosong dan tiada kekuasaan, hanya patung yang tidak masuk akal untuk disembah.

Kesombongan dan kedegilan kaum Ad itu mengundang petanda bala daripada Allah, iaitu kemarau yang panjang dengan tiada hujan selama tiga tahun.
Ketika itu Hud menasihati lagi: “Berdoalah pada Tuhan, mohon ampun
daripada dosa yang dilakukan, kemudian bertaubatlah pada Tuhan. Jika kamu lakukan, pasti Dia akan menurunkan hujan yang deras…”

Selepas dilanda kemarau panjang, Allah menurunkan azab terhadap kaum Ad. Mereka dibinasakan dengan taufan yang sangat kencang, dengan semua
bangunan tinggi ranap, kebun dan haiwan peliharaan mereka berselerak.

Negeri yang didiami mereka sebelum ini subur dengan tanaman dan mewah dengan bangunan tinggi, bertukar wajah sekelip mata menjadi tandus dan kering, tiada berpenghuni lagi, semata-mata kerana tidak mengikuti ajaran Hud.

Manakala Hud bersama pengikutnya yang beriman kepada Allah sebelum didatangkan azab itu berhijrah ke tempat lain, iaitu ke kota Makkah. Hud tinggal beberapa lama, kemudian meninggal dan dikuburkan di sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 02:31 AM | Show all posts
Peninggalan Kaum Adn: Umat Nabi Hud a.s.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2012 02:32 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 02:32 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 02:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 07:41 AM | Show all posts
Cerita Kaum Ad dan Kaum Thamud tu semuanya benar

Tapi yang tak benar ialah gambar2 tu.....tu semua photoshop la.....

Dan gambar bangunan tu semua kuil Hindu kat India.....bukan Madain Saleh....

Dan akhir sekali...Asterukkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2012 07:47 AM | Show all posts
alphawolf posted on 9-8-2012 07:41 AM
Cerita Kaum Ad dan Kaum Thamud tu semuanya benar

Tapi yang tak benar ialah gambar2 tu.....tu semu ...

oh ye ke?

buang je thread ni ke jamban!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:27 PM | Show all posts
thread BAPAK SEGALA ASTRO
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:37 PM | Show all posts
dah bertahun hoak nie tersebar ada juga yg tak sedar2
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:39 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 9-8-2012 07:47 AM
oh ye ke?

buang je thread ni ke jamban!

takpelah, tak usah dibuang dijamban nanti sumbat pulak
buat bahan bacaan ringan jelah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2012 10:02 PM | Show all posts
tengkorak punyala besar..tapi pintu masuk setanded saiz org zaman skang
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 02:33 AM | Show all posts
mmg keseme gambo2 diatas telah diubah dgn perisian photosyokk dan kebnyakan nya digunakan untoksatu contest yg bertemakan ‘Archaeological Anomalies’ ,besarr kemunkinan gambo tersebot di ambil dari laman terbabit dan seurang yang tdak bertanggungjawab mereka-reka critaa berkenaan dengan gambo tersebut..sambil kaitkan dengan pihak ARAMCO di saudi arabia,bila satu-satu artikel dan gambo di kaitkan dengan agama...maka senang dan cepat tersebar dan mudah di percayai oleh urang ramai tanpa mengambil usul periksa sertamenjadi modal "penjual ubat di kaki lima" untuk mencetak gambao tersebut dan menarik minat urang untuk datang lihat.begitulah sensitiviti manusia
tapi ...errr berbalik kpd Empty Quater agak-agak urang tahu tak?

Kat mana yer Empty Quater tu? Kenapa urang tak duduk situ? Tempat apa kebendekah itu?

Haaaaaa................ Sini nak stori sikit,Empty Quater atau nama arabnya Rub Al-Khali ni terletak di kawasan meliputi arab saudi, yaman, UAE, Oman. Berkeluasan kira-kira 650,000 km/persegi, ia dikatakan padang pasir terbesar di dunia (dalam area Gurun sahara) dengan keadaan alam yang sangat tak sosuai untuk diduduki manusia,
Apa kaitannya kaum aad berumur panjang,sangat kaya dan mempunyai saiz badan yang beso dan kisah bndarr nya yg banyak tiang tiang...sertaKaum aad dikatakan membuat rumah semacamsarang2 burung merpati, dengan Empty Quarter tadi?rupa-rupanya Empty Quarter inilah dikatakan lokasi penceritaan ayat yang Allah turunkan ini
And the 'Ad, they were destroyed by a furious Wind,exceedingly violent; He made it rage against them seven nights and eight days in ...

dan nilah tempat di mana kaum aad dikatakanpenah tinggal beribu tahun dahulu.ok, berbalik pada Empty Quarter, kita tengok ya kenapa ia dinamakan quarter empty. Bila di rujuk lokasi tempat ini, ini adalah kawasan yang sangat boleh nak kata "padang jarak padang tekukur". tadak apa-apa langsung. GERSANG!. Nama erabnya yang 'Rub al-Khali' tu pun maknanya 'segi empat yang dibiarkan'. Menurut creita, hanya golongan bedui sahaja yang mampu tinggal di situ. Kalau sebelum ini kawasan ini terbiar tak dipedulikan, tapi lepas di geledah oleh pakar sejarawan dan geologis2masa kini, kawasan ini pulakmenjadi rebutan banyak pihak. Kekayaannya dari segi sejarah, fosil, minyak dan pelbagai lagi harta karun underground membuatkan kawasan ini bukan lagi digelar "Rub al khali" tapi "Rub al-ghali" bermaksud segi empat yang kaya.
Sekian, melaporkan untuk info



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:17 AM | Show all posts
hoax alert
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 03:03 PM | Show all posts


zaman tu dah ada pistol eh?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.053881 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list