Jurugambar Tanpa Tangan Di Indonesia (12 Gambar):Rusidah Badawi wanita berusia 44 tahun dari Indonesia adalah merupakan jurugambar tanpa tangan yang berjaya mempunyai sebuah studio fotografi selepas lebih 20 tahun menjadi jurugambar walaupun dirinya tak mempunyai ciri fizikal yang normal.Semuanya bermula ketika berumur 12 apabila dia terlibat dengan kemalangan jalanraya yang menyebabkan kedua-dua belah tangan Rusidah terpaksa dipotong sehingga ke paras siku.Atas sebab ini,Rusidah terpaksa berhenti sekolah.Cita-cita Rusidah makin samar-samar sehinggalah dia memiliki kamera pertama Jenama Pentax yang diperolehi dari bekas guru sekolahnya pada tahun 1995.Pada tahun 2010 dia membeli kamera yang kedua dari jenis Canon 550D.Kesemua kamera Rusidah telah diubahsuai bagi memudahkan dirinya bekerja.Purata gaji Rusidah sebulan hanyalah sekadar RM 70-RM 140 sebulan dan dia hanya mengambil bayaran RM 0.70 sen bagi sekeping gambar.
Dimana ada lkemahuan disitu ada jalan nak pulak beliau bukan berasal dari keluarga kaya. Sekurang2nya kebolehannya itu dapat memberi rezeki buat beliau sekeluarga. Seronok lihat orang yang bersemangat seperti ni.