CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17922|Reply: 96

Samarinda : SAIFUL NITA

[Copy link]
Post time 4-9-2012 11:51 AM | Show all posts |Read mode

Bermula 4 September 2012 10.30 malam

Lakonan Arja Lee, Linda Hashim,Kilafairy,Fauzi Nawawi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2012 11:53 AM | Show all posts
lagu tema : ku pilih hatimu


mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2012 11:54 AM | Show all posts
tak tau la best ke tak citer nie..
fauzi nawawi tu nampak tua la untuk jadi budak sekolah..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:21 PM | Show all posts
kenapa perlunya ambil hero tua nih ! xsesuai langsung !
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:37 PM | Show all posts
Mcm bapak ngan anak x sesuai langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 12:42 PM | Show all posts
aku suke tgk lakunan Linda Hashim
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2012 01:39 PM | Show all posts
itulah..dah tua sangat la FN nie..ada watak budak sekolah lak tu..
adush..heroin muda dapat pulak..hero yg tua...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 03:17 PM | Show all posts


nti dah abis sekolah, nampak la kononnye muka matured..

x de review ke psl cerita nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2012 03:25 PM | Show all posts
Sinopsis Drama Saiful Nita. ‘SAIFUL NITA’ PENUHI SLOT SAMARINDA
Pada zaman serba moden ini, perkahwinan yang diaturkan oleh kedua ibu bapa mungkin sudah jarang dipraktikkan oleh generasi masa kini. Namun tidak dinafikan masih ada segelintir pihak keluarga yang masih mahu mengatur kebahagian anak-anak mereka. Dan itulah yang berlaku kepada Saiful dan Nita. Hayati kisah percintaan Saiful dan Nita yang mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang.

Menyusuli 7 RAMADAN, saksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Amy Maziah menerusi drama bersiri SAIFUL NITA di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 4 Spetember 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.
Drama bersiri 25 episod terbitan Pena Creative yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem membariskan pelakon hebat seperti Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.
Kisah ‘Saiful Nita’ bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.
Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.
Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.
Last edited by aryza on 4-9-2012 03:29 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2012 03:33 PM | Show all posts
Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?

Untuk mengetahui kisah percintaan tiga segi ini, jangan lupa saksikan SAIFUL NITA yang akan disiarkan mulai 4 September 2012, setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis pada jam 9.30 malam.


kredit to : http://www.budiey.com/sinopsis-drama-saiful-nita/


tapi kene tengok dulu la malam nie camne ceritanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2012 11:15 PM | Show all posts
Bukan FN jertu hero lah...sib baik


BTW i suka lagu tema dia..
bila i gugel..ia dinyanyikan oleh USSY...??AYOO nama xde naam indah lagi ke?USSY?? Mujur xde P kat depan tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 01:32 AM | Show all posts
FN berlakon jadik budak skola..??
kot ya pon nak save bajet..gi la amek budak mana2..
adoyai..sama cam si ako jadik bdk skola dlm citer yg ada ND ngan adiputra dulu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 01:43 AM | Show all posts
pelakon tak kena jeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 09:49 AM | Show all posts
tak sempat lagi layan citer ni sebab bola lagi penting malam tadi..
sesape tengok???ok tak kilafairy tu blakon?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 10:59 AM | Show all posts
rasa mcm nk layan.. tp ntah napa kilaferi tu buatkan mek takder mood nak nengok
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 02:11 PM | Show all posts
terkejut aku tgk muka KF masa scene dia visit Datuk kat rumah dia tu...

menakutkan dgn make-up & rambut dia tu, klu jln dlm gelap confirm lemah semangat tgk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2012 07:44 PM | Show all posts
heroinnyer bukan linda hashim ker?? si kila neh upanyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 11:17 PM | Show all posts
memang si kila tu la heroinnyer
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2012 11:33 PM | Show all posts
over tul watak kila nih
mmg laaa watak pompuan liar
tp ala2 real je liar nyerr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2012 11:37 PM | Show all posts
maknanya kat luar pun dia memang liar la???
mungkin gak tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.170145 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list