Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Disini jelas menceritakan bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan. Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya
Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.
James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal dijalanan.
James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.
Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.
Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.
Comel la bob... jinak lak tu siap bagi Hi-5...siap pakai selendang kat leher.klu kucing aku dah lama rimas bila ade benda lilit leher..rindu lak kat kucing2 aku kat rumah...
terharu...sebak rasa tengok nilai murni antara seekor kucing dan manusia...nak bela kucing pun tk lepas sy ni...tapi suka sangat kucing, macam orang igla kadang, bole sy berhenti kalau tengok kucing pastu siap2 cakap2 kat kucing..orang kelilingt engok pealik je..nak kucing nama BOB tu
umah ai skrg dh penuh dgn stray cats, ala2 SPCA gitu... ntah sape la yg suka buang kucen dpn umah ai. asalnya kesian bila tgk meow semua tu kelaparan. Bila dh slalu bg mkn (frieskies jah), meow2 tu semua bajet kitaorg dh terima dia menetap kat umah ai tu... so redho je la, dari sekor skrg lebih 20 ekor sbb beranak pinak, brape generasi ntah! Lama2 dh syg kat meow2 tu semua, siap dh bagi nama... x sanggup nk bagi org dh... masing2 ada keletah tersendiri.